Dr Mahathir, Daim paling takut Anwar masuk Selangor


KAJANG 18 FEB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling takut dan bimbang sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran Selangor.

“Bila dengar sahaja Anwar nak masuk ke Selangor, (Tun) Daim tak senang duduk. Meroyan dia dengar Anwar nak tanding (PRK DUN) Kajang,

“(Tun) Dr Mahathir yang sedang tidur (berehat) pun bangun (berkempen) bila tahu Anwar nak masuk Selangor,” kata Anwar dalam ceramah kelompok di Padang Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, malam tadi

Kata Anwar, sebagai anjakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, Selangor merupakan benteng penting dan negeri contoh dengan meletakkan DUN Kajang sebagai asas permulaan.


“Sebab itu dia (BN) cuba main isu kaum dan agama. Sedangkan yang kita sentuh soal dasar dan masalah rakyat. Tapi mereka (BN) mula sahaja kempen, terus berkasar.

“Tuduh saya ejen Amerika, dalang ‘Ops Lalang’. Sampai MCA pun tumpang sekaki. Kononnya nak tunjuk hero,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.

Justeru, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu mengingatkan kepada pengundi DUN Kajang tidak terperangkap taktik jahat Umno-BN.yang menunggangi media arus perdana yang menyebar maklumat palsu.

“Lebih baik kita tumpu kepada isu sebenar. Kalau kita nak layan dan jawab (mereka), membazir waktu,” ujar Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan