Gambar2 Gelandangan DI KL - Takde Rumah Tapi Saya Ada Kerja Okay!!!

amenoworld
Bukan malas.

Bukan duduk saja minta sedekah kat corner2 jalan di sekitar KL. Tapi dorang neh ada kerja. Tapi kalau ada kerja kenapa takde rumah? Kenapa?

Sebab sewa rumah mahal nak mampos. Usah kata nak simpan duit untuk bayar sewa rumah, nak simpan duit untuk deposit pun tak lepas der.

Gambar2 berikutnya di ambil oleh salah seorang rakan facebooker, Ayah Halim. Dan, Ayah Halim sempat juga bertanyakan beberapa soalan bagi mencari jawapan kenapa mereka2 neh tidur di tepi2 jalan. Kalau korang nak tahu antara gelandangan2 yang ditemui oleh Ayah Halim ialah ;

1. Pasangan suami isteri - kaum melayu, agama Islam.

2. Pasangan suami isteri yang ada anak kecil - kaum india.

Well, aku highlightkan bab kaum neh bukan nak diskriminasi ke apa ke. Jangan salah faham k. Just nak buat perincian cerita aje.

Lihat gambar;
Gambar lain2 rujuk sini.

Boleh baca idea2 dari rakan2 kita disitu.

Situasi.

1. Ada yang tak mampu bayar sewa rumah.

2. Ada yang tak mampu nak menyewa sebab rumah mahal sangat. Tak setimpal dengan pendapatan yang mereka mampu raih.

3. Bukan semua gelandangan ini tidak bekerja.

Macam mana nak bantu dorang? Sediakan rumah sewa dan suruh mereka bayar sewa tiap2 bulan? Kalau dah tak mampu bayar sewa, sekali lagi pergi ke jalanan dan merempat?

Pasangan suami isteri yang ditemubual ada memberitahu bahawa mereka ;

1. Ada pekerjaan tetap

2. Cuma takde rumah disebabkan tak mampu bayar sewa

3. Tidur di sekitar2 KL. Berjalan setakat mana yang mampu

Ya Tuhan. Benda neh berlaku di KL. Bandaraya tau. Negara Islam tahu. Apa peranan baitumal kat sini? Dah, tak boleh tegur baitumal pusat zakat neh. Lantak la korang disitu.

Daripada geng2 UMNO dan NGO Islam kumpul duit nak tampar Teresa Kok baik korang bina satu pusat, di tengah2 KL juga sebab ia berdekatan dengan tempat dorang cari makan, untuk dorang tidur sekurang2nya. Tak boleh ke? Just untuk tidur aje. Tak kesian ke tengok orang2 tua, tidur kat escalator tue? Tak kesian ke tengok budak2 kecik tidur tepi jalan? Mari la kita jadi lebih berperikemanusiaan, lebih bersimpati dan lebih berkasih sayang antara satu sama lain. Walaupun duit itu best sangat, tetapi apa erti duit tue kalau ia menghilangkan ahti nurani kita? Perasaan simpati kita? Perasan saling bertolenrasi dan perasan peduli kita?

Geng2 dapur jalanan ada bagi dorang makan2. Rujuk sini.

Geng2 thenasilemak pun ada. Rujuk sini.

Bantuan makanan tetapi bukan sekadar makanan aje yang mereka perlukan. Tempat tinggal, tempat solat, baju bersih, tempat mandi, tempat berehat, tempat melepaskan lelah ketika penat bekerja dan sakit.

Anjung singgah? Apa peranan anjung singgah? Itu yang kita kena amek peduli. Setakat pongpang2 cakap ada anjung singgah buat apa. Entah2 dorang neh pun tatau apa kewujudan anjung singgah bagai. Orang2 anjung singgah la kena turun padang dan mendekati gelandangan2 neh. Cuba la, untuk sesekali, daripada sibuk bermain politik sana sini, tangkap gambar kat pasaraya ke, tangkap gambar beli biskut ka, tangkap gambar selfie ke, tangkap gambar berpayung ke apa ke, cuba la jadi pemimpin yang prihatin sikit. Keluar rumah jam 3 pagi tangkap gambar keadaan rakyat2 yang takde rumah. Nak sangat aku tahu. Kalau la pemimpin keluar rumah jam 3 pagi tangkap gambar rakyat yang homeless, apa perasaan mereka sendiri? Adakah mereka akan rasa sebak sepertimana yang aku rasakan ketika ini?

Lue fikirlah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan