Kelemahan k'jaan pimpinan Najib: Apa kata Daim?

Masalah inflasi, yang diperkatakan orang ramai, antara kelemahan kerajaan di mata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
“Banyak. Nombor satu tentunya hari ini orang ramai kata inflasi meningkat,” katanya ketika ditanya ruang di mana kerajaan masih tidak kuat.

Tokoh korporat itu juga berkata, orang ramai mahu tahu kenapa kerajaan membuat semua pengumuman yang mendorong inflasi pada masa yang sama.

“Orang ramai mula mengkritik dasar-dasar dan bertanya kenapa pemilihan waktunya begini.

“Kenapa pengumuman pada Disember ketika keluarga memerlukan wang untuk keperluan sekolah anak dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau fikir kepimpinan negara lemah, Daim menjawab ringkas “saya penyokong kuat kerajaan”.

Beliau kemudiannya ketawa dan menambah:

“Apa yang kita mahu pastikan, kerajaan menuju ke arah yang betul, bahawa orang ramai mempunyai keyakinan kepada kerajaan dan menyokong kerajaan.

“Tetapi orang ramai mahu melihat, mereka mahu selesa dengan kerajaan. Dan saya fikir majoriti—jika kamu turun ke bawah—rasa ada sesuatu tidak betul di mana-mana.

“Tetapi terpulanglah kepada kerajaan untuk menilainya, bukan saya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan