PRK Kajang: Bertanding calon bebas, Zaid Ibrahim kata dia kena minta izin isteri dulu? ha ha ha

Kekalahan dalam satu pilihan raya kecil di Selangor sebelum ini, nampaknya tidak menghalang bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim daripada berhasrat bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.
Zaid yang bertanding tetapi kalah dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010 di bawah tiket PKR, menulis dalam blognya bahawa beliau berminat bertanding jika isterinya memberikan restu.

Menulis dalam blognya (www.zaid.my), Zaid berkata beliau cenderung untuk menawarkan diri sebagai calon bebas kerana bertanding dalam pilihan raya itu akan membolehkannya menangani banyak isu-isu politik dan ekonomi yang dialami negara.

"Menulis blog ini (www.zaid.my) adalah menyeronokkan tetapi bagus juga untuk bercakap secara bersemuka dengan rakyat sebenar, mendengar apa yang mereka mahu katakan dan, sudah tentu, menjamu sate bersama mereka.

"Bercakap kepada pengundi Kajang juga akan menguji penerimaan beberapa idea saya, yang seterusnya boleh menjadi maklum balas yang berguna untuk pembuat dasar kita," katanya.

Beliau berkata Malaysia kini "dibelenggu" oleh suasana yang "tidak terkawal" dan para pemimpin sama ada tidak berkata apa-apa atau berkata "perkara bodoh dan merbahaya".

Katanya, jika pemimpin takut untuk menangani apa yang dipanggil isu-isu sensitif kerana takut kalah dalam pilihan raya, maka "biarlah saya melakukannya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan