Bayi ini dilahirkan semasa perut ibunya digilis tayar trak dalam kemalangan


HAICANG: Misteri menyelubungi kelahiran seorang bayi di China, selepas dia ditemui beberapa meter daripada mayat ibunya, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.


Ketika kejadian wanita itu, Wang Zhau, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun mereka dilanggar oleh sebuah trak, lalu tercampak.

Suaminya juga dilaporkan terkorban.

Saksi mendakwa, tayar trak terbabit telah menggilis badan Wang Zhau, menyebabkan bayi yang berada dalam perutnya, tercampak pada jarak tiga meter.

Namun ada pula laporan yang menyebut Wang Zhau sempat bersalin di tepi jalan, sebelum meninggal dunia.

Bayi itu kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil, lapor ABN News.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan