MH370: India halau kapal perang China dalam misi pencarian MH370

New Delhi: India menolak permohonan China untuk membenarkan empat kapal perang negara itu memasuki perairan berdekatan Kepulauan Andaman dan Nicobar dalam usaha mencari penerbangan MH370.

Pihak berkuasa India menolak permintaan China dengan sopan berikutan India sendiri sudah menggerakkan kapal perang dan pesawatnya mencari MH370 di kawasan mempunyai 572 pulau itu.

China berniat untuk menghantar dua kapal frigat dan sebuah kapal ke perairan India.

“Kepulauan Andaman dan Nicobar adalah kota ketenteraan kami di rantau ini yang menghadap ke Selat Melaka dan menguasai Six-Degree Channel.

“Kami tidak mahu kapal perang China berlegar di sekitar kawasan itu dengan alasan mengesan MH370 atau rondaan cegah lanun,” kata seorang pegawai India.

Sebuah pesawat peninjau jarak jauh maritim India, P-81 dan pesawat operasi khas, C-130J yang dilengkapi elektro optik dan pengesan infra-red terbang ke Malaysia pagi semalam untuk menyertai operasi pencarian.

“Empat kapal perang milik India sedang mengesan MH370,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan