MH370: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri - Hishammuddin

SEPANG: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

“Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri),” kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

“Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini,” kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya.
-mstar-

2 ulasan:

  1. Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab jika Hishammuddin benar-benar menyebut perkataan 'juruterbang membunuh diri'. Perlu diingat selama ini pihak berkuasa cukup menjaga hati ahli keluarga mangsa hinggakan rumah juruterbang berkenaan baru dimasuki selepas seminggu kejadian walaupun maklumat tentang wujudnya simulator sudah lama diketahui.

    Jika 'juruterbang membunuh diri', dia tidak perlu bersusah payah mematikan semua alat hubungan, menyusup di bawah radar, menuju ke barat Semenanjung. Dengan mudah dia boleh sasarkan pesawatnya ke rumah Najib jika hatinya begitu kecewa atau sakit.

    Jangan sekali-kali menyatakan 'juruterbang membunuh diri' sebegitu mudah, kerana dia orang Islam. Kecuali sudah benar2 ada bukti yang kukuh!

    BalasPadam
  2. Kalau Kapten Zaharie adalah ahli totok umno, kemungkinan nak bunuh diri tu mungkin ada; tapi beliau adalah ahli PKR. Dan ahli PKR atau PAS tidak akan terlintas nak buat perkara mungkar.

    BalasPadam