MH370 Ubah Haluan : Telah Di Atur Di Dalam Sistem Komputer Pesawat Lebih Awal, Tolak Kemungkinan Perbuatan Rampasan Oleh Penumpang

MH370-masking-terrain.jpg
‘Terrain masking’, seperti yang digambarkan di sini, adalah teknik yang digunakan oleh juruterbang untuk mengelakkan pengesanan radar

Individu yang melakukan pengubahan haluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing memang memiliki kemahiran mengenai sistem penerbangan Boeng, tidak semestinya 777.

Pengendali cuma memerlukan tujuh atau lapan sentuhan pada papan kekunci kedalam komputer Sistem Pengurusan Penerbangan yang terletak di tengah kokpit diantara juruterbang dan pembantunya.

Kemungkinan ianya dilakukan oleh orang lain atau penumpang mengubah program Sistem Pengurusan Penerbangan sukar dipercayai dan amat tipis.

Maklumat ini meningkatkan tumpuan siasatan kepada kapten Zaharie Ahmad Shah, dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27.

Pusingan yang pertama ke barat dan mengalihkan laluan penerbangan MH370 yang seterusnya dilakukan melalui sistem komputer, bukan secara manual, menguatkan lagi andaian juruterbang atau pembantu juruterbang terlibat dalam kehilangan tersebut.

Orang pertama yang mengubah laluan kapal terbang yang hilang dari Kuala Lumpar ke Beijing memiliki berpengetahuan mengenai sistem Boeing, walaupun bukan 777, dengan menaip tujuh atau lapan ketukan kekunci ke dalam komputer yang terletak di antara kapten dan pembantu juruterbang.

Komputer, yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Penerbangan, mengarahkan sistem itu menurut pelan penerbangan dikemukakan sebelum berlepas. Ia bagaimanapun boleh diubah pertengahan penerbangan walau bagaimana pun tidak diketahui dengan tepat bila lencongan ke barat telah diprogramkan ke dalam Sistem Pengurusan Penerbangan MH370 itu.
MH370-flight-management-system
Penyiasat sedang mencari melalui simulator penerbangan yang dimiliki oleh Zaharie Shah untuk menentukan sama ada beliau telah memprogram semula pesawat luar laluan sebelum berlepas.

Juruterbang mengubah laluan atau menambah ‘waypoint’ atau lencongan untuk laluan yang sedia ada sekiranya mereka diarahkan oleh pengawal trafik udara dalam usaha untuk mengelakkan cuaca buruk atau trafik udara sibuk.

Tetapi dalam kes pesawat hilang, ‘waypoint’ itu juga di luar jalan ke Beijing.

Berita ini diterima pakai selepas didedahkan jet yang hilang menurun ke ketinggian 5,000 kaki untuk mengelakkan radar bumi.

Ini berpandukan laporan daripada penduduk kampung yang melihat lampu terang dan mendengar bunyi kuat pada masa yang pesawat itu diandaikan telah membuat ‘pusingan U.’

Penyiasat memberitahu bahawa Boeing 777 telah menurun kepada ketinggian yang lebih rendah untuk mengelakkan radar, menggunakan kawasan sekitarnya sebagai penghalang sonar.

Cara terbang begini adalah dianggap sebagai berbahaya dan berisiko, kerana ini akan memberikan tekanan yang besar terhadap rangka pesawat dan terbang rendah pada waktu malam tanpa bantuan radar boleh membawa kepada kapal terbang terhempas melanggar pokok-pokok atau gunung.

Sumber link

Tiada ulasan:

Catat Ulasan