Rayuan kes perceraian pelik bekas Sultanah Johor dijalankan di mahkamah tertutup


Mahkamah Rayuan Syariah Johor hari ini mengarahkan prosiding rayuan perceraian bekas Sultanah Johor Tuanku Zanariah Tuanku Ahmad dijalankan di mahkamah tertutup.

Keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mahkamah juga tidak membenarkan putera dan puteri almarhum sultan Johor Mahmud Iskandar, sebagai contoh Tuanku Masera dan saudaranya, hadir dalam mahkamah.

Tuanku Zanariah, yang memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Johor yang mengesahkan perceraian itu, tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan mahu diwakili puterinya.

Malah, peguam yang membantu peguam utama untuk Tuanku Zanariah turut diminta berada di luar mahkamah.

Kamar Ainiah Kamaruzaman, salah seorang peguam Tuanku Zanariah mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini.

1 ulasan:

  1. Adakah ini caranya Islam mengendalikan satu2 perbicaraan???Tidakkah Islam menganjurkan ketulusan dalam membuat pengadilan?
    Adakah Quran atau Islam menyuruh ada perbezaan keadilan antara yang bangsawan dan rakyat biasa?
    Apakah ini contoh terbaik pihak berkuasa agama Islam mempamirkan cara Islam?

    BalasPadam