Atuk bunuh gadis bimbang hubungan seks didedah

Maha Sarakham (Thailand): Seorang lelaki berusia 71 tahun yang mendakwa diugut remaja perempuan, ditahan atas tuduhan membunuh, Sabtu lalu.

Daeng Kothana dari daerah Chaing Yuen didakwa membunuh remaja terbabit kerana berselisih pendapat.

Mayat remaja berusia 17 tahun itu ditemui dalam keadaan hanya berbaju dan dengan dua kesan luka di leher serta belakang kepala, dipercayai akibat dihentak dengan objek tumpul.

Polis berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan hutan berhampiran pagar Universiti Maha Sarakham pada tengahari Ahad lalu.

Sebuah motosikal juga ditemui di tempat kejadian.

Ketua polis Maha Sarakham, Mejar Jeneral Chitcharoon Srivanitch berkata, anggotanya mengesahkan suspek berada di tempat kejadian berdasarkan siasatan terhadap isyarat satu daripada dua telefon bimbit lelaki warga emas itu.

Siasatan awal menunjukkan mangsa keluar dengan seorang teman lelaki menaiki motosikal dan berhenti di universiti itu kerana kononnya mahu mengambil duit daripada bapanya.

Chitcharoon berkata, mangsa meminta rakannya menunggu di pintu universiti berkenaan sementara dia menggunakan motosikal itu, namun kerana terlalu lama menunggu rakannya memutuskan untuk pulang ke rumah.

Daeng mengaku membunuh remaja itu kerana marah dengan ugutannya untuk mendedahkan hubungan seks mereka kepada polis.

Menurut Chitcharoon, Daeng bimbang dikenakan tindakan kerana mengadakan seks dengan remaja bawah umur adalah kesalahan besar di Thailand.

“Mangsa meminta wang sebanyak 5,000 baht (RM500) daripada Daeng dan dia bersetuju memberikannya dengan syarat mereka mengadakan hubungan seks terlebih dulu.

“Daeng mengaku memukul kepala remaja itu dengan kayu sehingga mati dan kemudiannya melarikan diri,” katanya.
-Agensi/hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan