Hidayah: Lambat, cepat ketentuan yang Maha Esa - Monica Ngau Jok @ Azwaliza Aisyah Abdullah

Kuala Lumpur: “Lambat atau cepat, semuanya atas hidayah dan ketentuan Yang Maha Esa,” kata Azwaliza Aisyah Abdullah atau nama asalnya Monica Ngau Jok, 28.

Sebelum ini, Azwaliza menghantar komen terhadap niat bekas model Playboy, Felixia Yeap yang akan memeluk Islam Ramadan ini dalam Facebook Harian Metro dan berkata, keputusan wanita itu memakai tudung dan berjubah perkara baik dan tidak sepatutnya disalahertikan walaupun belum memeluk agama berkenaan.
“Saya sendiri mualaf dan memakai tudung serta berjubah selama lebih setahun sebelum benar-benar memeluk Islam. Ini kerana hidayah Tuhan itu tidak mengenal sesiapa.

“Lagipun, terlalu banyak perkara untuk diambil kira sebelum memeluk Islam, lebih-lebih lagi keluarga saya berpegang kuat pada ajaran Kristian.
Foto
FELIXIA
“Malah, saya juga aktif di gereja sejak berumur 13 tahun lagi. Untuk melakukan perubahan dengan berhijrah, saya perlu memikirkan banyak perkara, termasuk keluarga. Mungkin ini dirasai Felixia,” katanya.

Azwaliza yang juga pembantu pengurusan murid berkata, dia lebih tertarik mendalami Islam apabila ditukar ke kawasan pedalaman bersama-sama tenaga pengajar beragama Islam lain.

“Sejak ditukarkan ke kawasan pedalaman dan tinggal di kuarters kerajaan, saya mula bergaul dengan guru beragama Islam.

“Melihat amalan dan cara hidup orang Islam, hati saya mula tergerak untuk belajar mengenai Islam, termasuk menunaikan solat dan berpuasa, walaupun ia dilakukan secara rahsia. Ini yang dikatakan hidayah,” katanya.

“Bagaimanapun, proses memeluk Islam selepas itu bukan mudah untuk saudara baru seperti saya. Dicaci, dihina, malah suami yang ketika itu sebagai teman lelaki saya turut dikeji oleh keluarga dan rakan, menjadi pengalaman pahit bagi saya. Tidak cukup dengan itu, niat saya ditentang hebat daripada orang yang sangat saya sayangi iaitu ibu,” katanya.
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan