MH192 disabotaj?

Polis akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyiasat kemungkinan sabotaj mengenai kerosakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH192 menuju ke Bangalore, India, awal pagi tadi.

"Kita akan ambil langkah-langkah yang patut untuk menyiasat perkara itu," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di Putrajaya pagi tadi.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum itu meminta polis menyiasat berkemungkinan terdapat unsur sabotaj terhadap pesawat syarikat penerbangan Malaysia itu.

Awal pagi ini, MH192 berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Pemangku menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui Twitternya berkata, pesawat itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagi dan semua penumpang serta anak kapal selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan