Menurut sumber yang dipercayai Ahli Dewan Undangan (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud dikatakan akan menarik semula surat perletakkan jawatannya yang dihantar pagi tadi setelah mengadakan perjumpaaan tertutup dengan Perdana Menteri DS Najib Razak di Kuala Lumpur.
Beliau juga adalah Exco Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri bagi kouta Dungun. Dia ni tak lulus SPM sekadar menjadi kerani UMNO setelah dia dipecat ada penyelewengan tempat kerjannya.
Setelah menjadi exco tarbiat lama masih ada dan dia ada kes tetapi Ahmad Said telah membantu, itu emosi sangat dengan Ahmad Said. Tapi bila ada jaminan untuk kesnya ditutup dan ada imbuhan dia dikatakan akan menarik balik perletakkan jawatan dalam UMNO dan Adun Bebas.
Menurut sumber yang saya terima Perdana Menteri dikatakan akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan semua Adun BN Terengganu pagi besok untuk membuat penjelasan kenapa Ahmad Said dipecat MB.
Tindakan PAS yang cermat dalam isu ini amat disenangi kerana UMNO dengan Pitih (duit) rela mati mak bapak!!
Kedudukan sekarang Dun Sekarang adalah PR/PAS 15 UMNO 15 Bebas 2 kerana Ahmad Said dan Ghazali masih dalam rundingan dengan YAB TS Muhyiddin di rumah kediaman Ahmad Said.
Tapi percayalah kedatangan Muhyidin bukan datang dengan tangan kosong tapi dengan fail-fail Ahmad Said yang boleh membuat Ahmad Said merana seumur hidup!!
Percayalah Ahmad Said yang NELANG pun aku 'kecut batu' dengan Najib!! KAH KAH KAH
Ni jenis PITIH juga....
Kita tunggu dulu
TEMPAYAN RETAK
----------------------------------------------------------------
KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.
Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.
Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.
Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi Dun termasuk satu kerusi Speaker manakala Pas (14), PKR (1) dan Bebas (2). - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan