Kuala Lumpur: “Mahu anak cepat, kenalah lebihkan masa dengan suami. Itu yang saya buat. Syukur, Allah SWT makbulkan doa kami suami isteri,” kata Rozita Che Wan atau Che Ta menjawab rahsia dia mudah hamil pada usia 41 tahun.
Pelakon jelita ini berkata, suaminya Zain Saidin mahu menimang zuriat secepat mungkin dan kerana itu dia mengurangkan aktiviti seni sejurus berkahwin pada Disember lalu.
Dengan cara itu, dia dapat menumpukan perhatian terhadap suami dan kalau pun keluar bekerja tidak mengambil masa lama.
“Kebanyakan masa memang dengan Zain. Adalah juga berlakon sikit-sikit, tapi taklah sampai larut malam.
CHE Ta dan Zain kini bercuti di Paris.
“Sempat juga pantau perniagaan Padusi Tudung dan syarikat produksi Padusi Pictures yang saya usahakan.
“Pendek kata, lepas berkahwin, saya banyak rehat dan elakkan kerja berat,” katanya yang kini bercuti di Paris, Perancis bersama Zain selama seminggu.
Kata Che Ta, mengamalkan pemakanan sihat mungkin turut membantu memudahkan kehamilan.
-hmetro-
Apa lah bangsa Melayu ni, artis mengandung, artis kawin, artis cerai pun kau buat macam kisah hot.Ta ada benda baik kah dalam kalangan Melayu dan terpaksa mensasikan kisah 2 remeh2, termasuk kisah Che Ta yg dah tua mengandung
BalasPadam