Mohammad Agus Yusoff
Apabila munculnya isu dalam negara, sama ada itu kenaikan harga barang, isu kenaikan cukai atau isu kenaikan tarif, maka muncullah kenyataan yang pelik dari para pemimpin. Kali ini pula adalah tentang isu calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, sesorang gadis muda lulusan undang-undang dari UiTM.
Kenyataan pemimpin di bawah ini tidak masuk akal saya. Apakah apabila kita masuk ke universiti awam, maka kita tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?
Kita membina universiti bertujuan untuk mendidik anak-anak kita menjadi rakyat yang berguna untuk masyarakat dan negaranya. Selepas tamat pengajian, jikapun mereka tidak menyokong kerajaan yang memerintah, kita tetap perlu rasa bersyukur kerana pendidikan yang mereka terima telah membolehkan mereka membuat pilihan dan terlibat aktif dalam politik.
Saya fikir tidak salah untuk Dyana Sofya membuat pilihan politiknya. Cumanya, jika kita mahu mahasiswa hari ini menyokong kerajaan yang memerintah, berubahlah pendekatan kita dalam memahami aspirasi anak muda. Janganlah suka sangat membuat kenyataan yang pelik-pelik.
Petikan FB Mohammad Agus Yusoff
Dengan Nama Allah SWT
BalasPadamApakah kerajaan Barisan Nasional memberi peluang pekerjaan didalam Kerajaan pemerintahnya kepada kesemua penuntut yang menuntut di UiTM ???
Jika betul atau benar , ini bermakna Cik Dyana Sofya kianat atau kacang lupakan kulit tetapi jika tidak bermakna perjuangan UMNO hanya lah omong kosong atau rubbish