Berdarah malam pertama (Gambar)

Foto“Biar suami sihat, baru kami bersanding,” kata Nor Diana Ayu Zainuddin, 26, isteri Mohamad Saiful Khairi Mat Jidi, 28, yang terbabit dalam kemalangan pada malam pertama perkahwinan mereka di Kampung Padang Midin, di sini, kelmarin.
Menurut Nor Diana, kemalangan jam 1.30 pagi itu berlaku selepas suaminya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, bersama bapa saudara dan rakan dalam perjalanan pulang rumah tumpangan tidak jauh dari kediamannya.

Katanya, suaminya yang memandu Toyota Hilux hilang kawalan selepas dirempuh sebuah kereta dari belakang menyebabkan kenderaan suaminya terjunam ke dalam bahu jalan yang curam.

“Kami diakad nikah jam 5 petang Jumaat lalu dan selepas itu sibuk berbincang mengenai pelamin untuk bersanding.

Dia pulang ke rumah tumpangan ahli keluarga pada jam 1.30 pagi selepas semua urusan di rumah saya selesai.

“Hampir pengsan saya apabila dimaklumkan suami terbabit dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui menemani Mohamad Saiful di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Nor Diana berkata, dia hanya mampu mengucap panjang selepas melihat suami diangkat pegawai perubatan di tempat kejadian.

“Lutut jadi lemah dan tidak berdaya melihat keadaannya yang cedera parah, manakala rakannya cedera di kaki dan muka.
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan