"Di Mana Ada Syiah, Di Situ Ada Kacau Bilau": Almarhum Ustaz Azizan

Jarum Menusuk, Bisa Bikin Gempar...
Aliran mereka makin jelas, tidak hairanlah mengapa krisis bisa tercetus tanpa ribut dan taufan. Hanya perlukan jarum!

Dia bekas pelajar Maktab Mahmud, rakan sekelas dengan seorang Imam sebuah kariah, jauh di pedalaman Daerah Sik.

Setahu saya, dia bukan pegawai agama, tetapi pegawai tadbir yang pernah ditempatkan di Majlis/Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Dia juga pernah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan yang lain. Dia bersara awal kerana dikatakan berkelahi dengan bosnya.

Entah bagaimana, selepas 2008, mungkin atas pengalamannya berkhidmat dengan pelbagai agensi kerajaan, dia dilantik sebagai CEO di Yiked Holding, cabang perniagaan Yayasan Islam Kedah (YIK) untuk jana pendapatan membiayai kegiatannya. Aku dan ramai yang lain tidak pernah mengenalinya sebelum itu. Malah ada pemimpin parti maupaun kerajaan yang tidak kenal dia sampai sekarang!

Tidak ada sebarang maklumat tentang penglibatannya dengan Syiah pada waktu itu. Saya pernah menulis satu artikel menegur pimpinan GLC yang tidak produktif, yang memberi kesan negatif kepada politik kerajaan Kedah. Boleh dibaca di http://sanusisetpol.blogspot.com/2010/10/pemimpin-pemimpin-glc-tindak-tanduk.html

Menerusi aktiviti teras syarikat itu (usahasama kuari, galian dan mineral) selama 3 tahun, tiada sebarang pendapatan baru dibawah kendaliannya! Gajinya saja hampir mencecah setengah juta. Maka YIK selaku pemegang saham memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya. Selepas itu, barulah dapat dilihat dengan jelas dia menyertai kem menentang Ustaz Azizan, turut dilihat berada di belakang tokoh-tokoh besar yang membuat beberapa penampilan di TV3.... Dia juga dilihat menyeret seorang tokoh peguam muda yang pernah berkhidmat dengannya ke kancah kacau bilau itu.

Pada satu ketika, Ustaz Azizan berkata kepada saya... "Hang tengoklah Nusi di dunia laa ni, di mana ada syiah, di situ ada kacau bilau! Bila sampai depa dah kuat esok-esok, akan berlaku di tempat kita, macam yang berlaku di Pakistan... darah Sunni menjadi halal dan mula bunuh membunuh. Hang tunggu tengok laa, aku tak dan tengok dah kot.."

Beberapa bulan selepas pilihanraya umum ke 13, aku berjumpa Hj Derih, seorang pengusaha kuasri pasir. Hj Derih bercerita tentang usahasamanya dengan Yiked Kuari tidak berjaya. Antara syarat yang tidak bertulis untuk menjayakan usahasama itu ialah Hj Derih diajak oleh bosnya menyertai Syiah. Hj Derih menyebut.. "Dia tak kenal kita kott..hah!" Aku tak yakin dengan cerita Hj Derih masa itu sehinggalah berlaku satu pertembungan....

Baru-baru ni, aku bertembung dengannya di sebuah kampung di Sik, menziarahi kematian. Dia datang dengan Ustaz Lah Hasan dan beberapa orang pengikut Syiah yang lain. Aku kenal Ustaz Lah dan pengikutnya kerana aku pernah bertemunya dan menerima sebuah memorandum yang dihantar kepada kerajaan negeri membantah sebuah program Jabatan Mufti berkaitan syiah.

Kedatangan rombongan Syiah ke kampung itu kali ini adalah untuk mengambil jenazah itu, untuk diuruskan secara amalan syiah, kononnya atas wasiat si mati. Selepas berlaku pertengkaran yang agak tegang dengan keluarga si mati, mereka akhirnya gagal. Aku lega dengan hal itu..

Aku menghulur tangan berjabat salam juga dengan mereka, termasuk tokoh ini sambil bertanya khabar. Ketika itu Ustaz Lah Hasan berkata... "Enta pekemaih Sunni enta elok-elok sheikh!... Kami Syiah ni lagi ditekan, lagi berkembang". Aku sepontan jawab... "Saya dok nampak ustaz, Sunni pun tak berkurang kalau syiah berkembang..." Aku cuba maksudkan bahawa kumpulannya telah menjadi tempat berhimpun orang-orang yang bermasalah! Tak pasti dia faham atau tidak.

Sebelum beredar, sambil menepuk-nepuk bahu tokoh ini, seorang pengikut mereka dengan riak wajah bangganya berkata kepada aku, ..."Ini orang kami, dia idola kami, seorang profersional dikalangan kami..."

Aku senyum sajaa... (Teringat lori-lori mundar mandir memindahkan muatan batu besi di Gurun...) selepas mereka berlalu dengan Mercedes berwarna hijau, ingatan aku segera mengimbau kata-kata Ustaz Azizan... Peristiwa perebutan jenazah yang menggemparkan kampung itu hari ini seperti telah mengesahkan kata-katanya itu.... Telah benarlah katamu Ustaz!

Sejak teguran di blog pada Oktober 2010 itu, namaku mula busuk hanyir, termasuk di kampung halamanku sendiri. Aku mula dituduh mempunyai kuari pasir, kuari batu, ban balak dan merampas hasil usaha orang lain. Bekas rakan sekelasnya di Maktab Mahmud, seorang kontraktor, kini seorang imam dan berbesan dengan TG Hj Salleh Musa. Kuliah-kuliah TG Hj Salleh turut membuat kecaman kepada 'pegawai MB' yang sibuk mengumpul harta dan kekayaan, berjuang tidak ikhlas dan dan merosakkan nama MB.

Aku terpinga-pinga bertahun-tahun! Dari mana munculnya cerita karut marut ini semua. Bukan sahaja tidak berasas, malah bertentangan dengan prinsip perjuangan aku dan dasar parti, malah bertentangan dengan kehendak dan arahan Ustaz Azizan sendiri. Kerana teguran itu, dan Rupa dirinya yang sebenar, sudah makin terdedah, Dia memindahkan rupa buruknya kepada aku melalui semua lorong.

Sesuai sangat dengan kewujudan satu puak yang suka menjaja cerita buruk sahabat dan pimpinan, tanpa diselidik (tabaiyun), terus melanyak dan menghentam, di media maya, di kedai kopi, di rumah kenduri, dari depan dan belakang. Peguam muda yang terheret dengan tokoh berpesan kepada seorang sahabat..." Hampa jaga, Sanusi tu Munafik besaq tuu..." Dia juga berhenti selepas kontrak bosnya tidak diperbaharui.

Selepas bertahun, barulah aku sedar, belakangku telah lama berdarah! Rupa-rupanya, jarum mereka ini tanpa belas menusuk menikam siapa saja yang menjadi penghalang mereka, di seluruh pelusuk negeri. Apa nak dihairankan! Kalau darahpun bisa menjadi halal, apa ada pada maruah?----sanusimdnor.blogspot.com/

-----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan