Kantoi: Agensi berita pro yahudi, ABC cuba putarbelit serangan Israel di Gaza (Gambar)

Gambar menunjukkan rakyat Palestin mengangkut barang-barang mereka yang mampu diselamatkan selepas serangan udara Israel.
Gambar menunjukkan rakyat Palestin mengangkut barang-barang mereka yang mampu diselamatkan selepas serangan udara Israel.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Agensi berita ABC meminta maaf atas kesilapan dalam satu laporan berita bergambar berhubung serangan tenteras Israel ke atas penduduk Gaza baru-baru ini.

Kesilapan tersebut berlaku ketika agensi berita berkenaan menayangkan gambar yang dipetik dari Associated Press (AP) yang menggambarkan ‘rakyat Israel cuba menyelamatkan diri selepas serangan roket pejuang Palestin’.

Sebaliknya, imej tersebut sebenarnya menggambarkan dua rakyat Palestin berjalan melalui runtuhan dengan harta benda mereka berikutan serangan udara Israel.

Kesilapan itu dikenal pasti oleh wartawan pro-Palestin, Rania Khalek, lewat Rabu lalu.

Kemudian, ABC membuat permohonan maaf secara rasmi menerusi Facebook oleh penyampai berita, Diane Sawyer.

“Pada petang Selasa, kami melakukan kesilapan. Saya akan naikkan sekali lagi gambar ini kerana ketika menggambarkan serangan antara Israel dengan Palestin, saya silap mengenal pasti imej tersebut.

“Orang yang di dalam gambar itu adalah rakyat Palestin selepas serangan udara Israel dan kami ingin anda tahu, kami benar-benar minta maaf atas kesilapan itu,” katanya yang dipetik dari video yang dimuatnaik di laman Facebook ABC World News with Diane Sawyer.
-sinarharian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan