Percaya Atau Tidak Kos Hidup Lebih Murah di Jerman Berbanding Dengan Malaysia

Khairul Abdullah
Pelik kan bunyinya?

Kenapa pulak kos sara hidup di Jerman ini lebih murah berbanding Malaysia? Agak sukar untuk dipercayai, tetapi itulah hakikatnya.

Biar saya ceritakan dan hujahkan mengapa saya berkata sedemikian.

Kita selalu melihat nilai tukaran matawang asing sebagai penentu tahap mahal dan murah sesuatu barang. Sekiranya nilai tukaran asing menjadi kayu pengukur maka tajuk artikel saya pada hari ini adalah semestinya salah. Tetapi harus diingat, kos sara hidup perlu ditentukan dan diukur dengan nilai matawang negara masing-masing. Oleh itu, barulah adil untuk dinilai serta kemudia dibandingkan harga-harga penentu kos sara hidup tadi dengan negara-negara lain.

Ini kerana, saya tinggal dan bekerja disini, maka saya adalah orang yang paling layak menentukan samada kos hidup saya di sini adalah amat mahal atau murah

Saya bukanlah pakar ekonomi, jauh sekali sebenarnya. Namun itu tidak bererti saya tidak boleh bercakap sedikit sebanyak tentang ekonomi di dalam ruang lingkup pengetahuan saya. Saya tidak mahu berhujah dari segi perspektif, ekonomi secara literal, inflasi dan sebagainya, saya cuma ingin membentangkan hujah saya di dalam persepektif umum secara terus tanpa mengambilkira faktor nilai tukaran asing.

Ini kerana, saya tinggal dan bekerja disini, maka saya adalah orang yang paling layak menentukan samada kos hidup saya di sini adalah amat mahal atau murah. Saya juga tinggal di Malaysia, negara kesayangan saya dan saya boleh bandingkan perbezaan kos-kos sara hidup di kedua-dua buah negara ini.

Nilai tukaran asing.

Semua sedia maklum yang Euro adalah lebih bernilai tinggi daripada Ringgit. 1 Euro adalah bersamaan 4 Ringgit Malaysia. Sekiranya saya pulang ke Malaysia membawa wang tunai 1000 Euro maka wang tersebut akan secara automatik akan bertambah 4 kali ganda menjadi RM4000. Sebaliknya sekiranya saya membawa RM1000 ke Jerman ini, saya hanya mendapat Euro250.

Hakikatnya – pendapatan adalah sama cuma matawang yang berlainan

Pasti tidak adil untuk dibandingkan bukan?

Namun adalah adil untuk dibandingkan di mana pendapatan atau gaji bulanan bekerja di Malaysia dan di Jerman ini secara relatifnya adalah sama. Sebagai contoh, seorang guru sekolah rendah di Malaysia berpendapatan RM2,000 sebulan dan begitu juga di Jerman guru sekolah mendapat bayaran yang sama cuma di dalam matawang Euro. Seorang graduan yang baru mendapat kerja sebagai jurutera bermula dengan gaji sebanyak Rm2,800 dan sama juga di Jerman bagi seorang graduan bidang kejuruteraan yang baru mendapat kerja.

Hakikatnya – pendapatan adalah sama cuma matawang yang berlainan. Tidak perlu berkata “Yelah, gaji dia boleh darab 4 dah jadi RM8000 lebih” . Tidak boleh dibandingkan begitu kerana dia hidup dan berbelanja di Jerman, bayar sewa, isi minyak, beli barang semua di Jerman, jadi nilai gajinya itu adalah untuk taraf hidup di Jerman.

Nilai RM dan Euro secara relatifnya adalah satu nisbah satu (1:1) iaitu RM1.00 adalah bersamaan Eur1.00 di negara masing-masing

Sekiranya seorang graduan yang baru bekerja menyewa sebuah bilik dengan bayaran Rm250 sebulan, sama juga di Jerman di mana sewanya adalah Euro250. Sekiranya seorang graduan berbelanja sebanyak RM3.50 untuk sarapan, sama juga graduan di Jerman ini yang berbelanja Euro3.50 untuk sarapan beliau.

Jadi – nilai RM dan Euro secara relatifnya adalah satu nisbah satu (1:1) iaitu RM1.00 adalah bersamaan Eur1.00 di negara masing-masing. Namun nilainya akan berubah sekiranya ditukarkan dan digunakan di negara yang berlawanan.

Harapan saya agar anda jelas dengan perbandingan satu nisbah satu yang saya jelaskan di atas. Maka adalah paling tepat untuk kita beranggapan bahawa pekerjaan dan pendapatan saya dan anda di Malaysia adalah sama dari segi nilainya sekiranya kita sama-sama bekerja sebagai seorang pelayan restoran dengan gaji bersih masing-masing contohnya RM1,200 dan Euro1,200 sebulan.

Jadi, dimanakah yang lebih murah itu, sekiranya gaji sama, sewa sama dan makan minum juga sama?

Saya kemukakan satu senario mudah untuk menjelaskan hujah saya tadi. Di bawah ini saya senaraikan barangan yang perlu dibeli oleh kedua-dua pelayan restoran tadi untuk hari ini. Saya cuba dapatkan produk dengan jenama yang paling murah.
Jika dilihat dari senarai perbandingan di atas, pelayan restoran di Malaysia yang berpendapatan RM1,200 sebulan akan hanya berbaki RM422.20 manakala yang berpendapatan Eur1,200 di Jerman pula berbaki Eur986.41.

Sekiranya pelayan tadi hendak pergi ke Malaysia untuk bercuti, dia hanya perlu membayar Euro600.00 untuk tambang kapal terbang pergi dan balik menaiki Malaysia Airlines dan gajinya masih berbaki Eur386.00. Manakala bagi pelayan di Malaysia pula, dengan berbaki hanya RM213.59, beliau hanya mampu terbang ke Langkawi atau Penang dengan baki tersebut.

Tidak hairan juga sekiranya melihat pelayan restoran memandu kereta BMW dan membawa beg tangan LV.

Sekiranya kedua-dua pelayan memiliki kereta dan pelayan di Malaysia memiliki kereta bersaiz kecil, dan beliau membayar ansuran sebanyak RM480.00 sebulan manakala pelayan di Jerman memiliki kereta saiz sederhana membayar pada kadar Eur160.00 sebulan. Untuk memiliki sebuah VolksWagen Beetles model terbaru, harganya adalah Euro16,000 dan di Malaysia harganya RM130,000 (selepas cukai 300 peratus).Belum lagi di lihat atau dibandingakan dengan kereta mewah lain seperti Bmw, Mercedes dan Audi.

Pelayan restoran di Jerman boleh memiliki pelbagai barangan mewah dan berjenama, membayar sewa, makan minum dan sebagainya hanya dengan gaji Eur1,200 sebulan.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya rakyat Jerman adalah merupakan pelancong teramai didunia. Tidak hairan juga sekiranya melihat pelayan restoran memandu kereta BMW dan membawa beg tangan LV.

Dan tidak salah untuk saya katakan yang kos sara hidup di Jerman ini adalah lebih rendah berbanding Malaysia. Namun….harus diingat yang cukai pendapat disini adalah antara yang tertinngi didunia iaitu melebihi 30-35 peratus daripada gaji anda yang dipotong terus setiap bulan.

Sanggupkah anda memberikan kepada kerajaan sebanyak 35% daripada gaji anda setiap bulan?

ENTAHLAH..I Dont Know.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan