Melaka: Seorang wanita beranak tiga didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap suaminya melalui SMS bulan lalu.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Sasha Diana Sabtu terhadap Jamilah Othman, 30, dari Taman Peruna, Sungai Udang di sini, yang mengaku salah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah melalui SMS terhadap Shahrir Firdaus Nor Ramlai, 35, di sebuah rumah di Jalan Wira 16, Taman Peruna, Sungai Udang kira-kira jam 9 pagi, 11 Jun 2014.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 12 tahun atau denda atau keduanya jika sabit kesalahan.
Sasha Diana memerintahkan tertuduh didenda RM2,500 atau dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
-hmetro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan