Ini Adalah Watak Watak Penting Di Keliling Anwar

rahim ghouse
3 orang PKR bakal pegang aset negeri Selangor, pencatur utama Dr Rahim Ghouse
Dr Rahim Ghouse, nama yang jarang disebut, tetapi menjad penasihat dan penacatur politik Anwar. Seorang yang licik dan bijak. Beliau tidak sealiran dengan Azmin. Menjadi kelaziman Anwar akan groom orang-orang dari awal iaitu di kampus lagi.

Dr Rahim Ghouse pernah belajar di UK dan bersama dengan Dr Dzulkifli Ahmad (PAS) dalam IRC. Kemudian sambung belajar di Southern Carbondale University Illinois dan terus menjadi orang kuat Anwar di luar negara dalam mengatur strategi menyemai pengaruh Anwar di USA dan UK bersamaa Dr Dzulkifli. Ketika Anwar ditendang keluar dari UMNO, dan kerana bimbang ditahan di bawah ISA, Dr Rahim Ghouse telah lari ke Indonesia dan kemudian ke Australia. Walaupun jauh beribu batu dari Malaysia, Dr Rahim Ghouse masih mengolah percaturan politik Anwar dari jauh. Hanya selepas Anwar bebas penjara di zaman Pak Lah, barulah Dr Rahim Ghouse pulang ke Malaysia.

Dr Rahim Ghouse adalah pesaing Azmin secara senyap-senyap. Ezam adalah pesaing Azmin secara terbuka dan Ezam adalah anak didik Anwar tetapi terpaksa meninggalkan Anwar kerana sebab-sebab peribadi. Azmin tidak dididik oleh Anwar tetapi dididik oleh Mahathir. Semasa Azmin ikuti pengajian BA di Oklahamo pertengahan 80an, Dr Rahim Ghouse sedang membuat Master di Illinois. Apabila Azmin tamat pengajian, anak angkat Mahathir ini dihantar oleh Mahathir ke Minnesota akhir 80an. Sekembalinya dari USA, Azmin diarah (ditanam) dalam kelompok pekerja Anwar hingga hari ini. Azmin diarah setia pada Anwar, ikut Anwar dan “pegang” Anwar.

Rafizi dididik oleh Anwar bermula dengan MCKK, menyambung pelajaran ke UK dan kemudian ditanam dalam Petronas. Setelah “dewasa’ beliau keluar membantu Anwar. Saifudin, bekas pelajar UPM, yang dididik melalui usrah PAS, keluar menjadi pengikut setia Anwar melalui hubungan abangnya dalam UMNO pada masa itu. Abang Saifudin kini berkhidmat di pejabat PM Najib. Saksikan episod seterusnya Soap Opera percaturan kuasa dan harta oleh Anwar dan Azmin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan