Tan Sri Khalid Ibrahim Cuba di Rasuah oleh PKR? sila baca surat ini

Tranungkite
Adakah penyelesaian langkah Kajang untuk TSKI mengundur diri ini RASUAH POLITIK? Nilai sendiri la tawaran-tawaran yang telah diberikan..

Sebelum ini ada berita menyebut khidmat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diserap sebagai antara orang kanan bahagian perancangan ekonomi negeri Selangor.

Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata, isu pertukaran MB juga disifatkan selesai dengan kerjasama dan persetujuan bersama pimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP.

"Saya yakin masalah pertukaran MB dapat selesai dengan proses dan suasana yang baik di dalam PR.

........................................................
PKR kecam edaran surat palsu tawaran lepas jawatan
SHAH ALAM - PKR mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan surat palsu yang kononnya dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin dan ditandatangani Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, sedangkan perkara itu tidak berlaku.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata Saifuddin yang dihubunginya telah mengesahkan surat yang dikeluarkan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai 'Penyelesaian Langkah Kajang' itu tidak benar sama sekali.

"Saya telah menghubungi Datuk Saifuddin dan mendapat pengesahan bahawa beliau tidak mengeluarkan surat tersebut.

"Malah nombor rujukan yang digunakan juga adalah nombor rujukan palsu dan Datuk Saifuddin tidak menandatangani surat jawatankuasa tersebut," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Surat palsu yang bertarikh 5 Ogos 2014 itu menggunakan kepala surat pejabat setiausaha agung PKR mengenai beberapa penyelesaian secara aman terhadap krisis jawatan menteri besar Selangor.

Surat itu juga menyebut tawaran itu telah diputuskan oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah melakukan perbincangan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Isnin lalu (4 Ogos).

Antara tawaran tersebut ialah Abdul Khalid akan dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Air antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Jika Abdul Khalid melepaskan jawatan menteri besar, beliau dijanjikan dengan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun bulanan RM50,000 serta kemudahan setaraf menteri besar.

Lebih mengejutkan apabila salah laku politik dan masalah kewangan Abdul Khalid juga turut ditutup dan dijanjikan tiada laporan dan penyiasatan ke atasnya.

Dalam pada itu, Fahmi menyifatkan penyebaran surat palsu itu sebagai berniat jahat dan cuba mengeruhkan keadaan dalam usaha PKR melakukan peralihan kerusi menteri besar.

"Tindakan itu berusaha untuk menimbulkan syak wasangka dan ingin merosakkan usaha menyelesaikan masalah di Selangor dengan baik dan tertib," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan