Zuhdi buat kecoh lagi? Gesa Anwar dan pihak-pihak berkaitan jawab 15 soalan mautnya (MESTI BACA)

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Dr Mohd Zuhdi Marzuki,
SAYA menerima dan memperolehi maklumat-maklumat dari pelbagai sumber tentang Konsensus Nasional dan Kajang Move ini, justeru saya memohon kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk menjelaskan ketidakpastian berikut:

1. Benarkah seawal beberapa hari lepas PRU13, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggerakkan satu langkah untuk mewujudkan satu kerajaan 'Konsensus Nasional' dengan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Razak. Pencapaian buruk BN di bawah Najib, telah menyebabkan dia berkemungkinan berhadapan dengan desakan-desakan dari dalam Umno sendiri supaya beliau melepaskan jawatan sepertimana yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Benarkah setelah melihat kepada situasi tersebut, Anwar telah mengambil inisiatif mengusahakan perkara ini?

2. Benarkah Jusuf Kalla (sekarang Timbalan Presiden Indonesia) telah menjadi mediator antara Anwar dan Najib untuk menjayakan langkah 'Konsensus Nasional' ini, dan beliau telah datang beberapa kali ke Malaysia untuk tujuan tersebut?

3. Benarkah halangan kepada langkah 'Konsensus Nasional' ini di dalam PR adalah Pas, yang tidak mahu usaha ini dilakukan kerana akan mengkhianati kepercayaan majoriti rakyat Malaysia (berdasarkan undi popular) terhadap PR?

4. Benarkah satu usaha berterusan telah dilakukan untuk memujuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan Konsensus Nasional, setelah beliau dengan tegas menolaknya?

5. Benarkah Abdul Hadi telah diekori sampai ke London untuk dipertemukan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Naib Presiden Umno) dengan perantaraan Datuk Saifuddin Nasution, agar mempersetujui Konsensus Nasional ini?

6. Benarkah halangan utama kepada langkah 'Konsensus Nasional' ini di dalam Umno ialah Tun Dr Mahathir Mohammad sendiri yang melihat langkah ini cuba memberi talian hayat kepada Anwar?

7. Benarkah perlantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam kanan terkemuka, mengendali kes liwat Saiful Bukhari adalah antara usaha yang 'luar biasa' untuk mensabitkan Anwar dan sekali gus menggagalkan langkah 'Konsensus Nasional' ini?

8. Benarkah Anwar telah menandatangani secara sebelah pihak satu dokumen yang memberikan butiran lanjut tentang pembentukan kerajaan 'Konsensus Nasional' ini?

9. Benarkah di dalam dokumen itu terkandung tawaran Anwar untuk mengembalikan Selangor kepada BN, dan beliau mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 dan beberapa lagi jawatan kabinet?

10. Benarkah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang diamanahkan sekarang, merupakan halangan utama kepada pelaksanaan kandungan dokumen ini khususnya yang berkaitan dengan Negeri Selangor?

11. Benarkah Kajang Move ini adalah langkah susulan untuk menjayakan Konsensus Nasional dengan menaikkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baru seterusnya merealisasikan kandungan dokumen itu?

12. Benarkah kandungan kenyataan Rafizi Ramli di bawah ini tentang 'Kajang Move' secara tersirat menggambarkan hubung kait antara 'Kajang Move' dan 'Konsensus Nasional'?

13. Benarkah 'Konsensus Nasional' ini tergencat apabila Anwar disabitkan kes meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Rayuan beberapa hari sebelum penamaan calon PRK Kajang (Kajang Move), yang menyebabkan Anwar tidak layak menjadi calon?

14. Benarkah langkah 'Konsensus Nasional' tidak lagi berbangkit setelah kegagalan Kajang Move ini, walaupun Pas kemudiannya telah memberi persetujuan awal terhadap 'Konsensus Nasional' yang diusahakan Anwar dengan syarat dijelaskan apakah butir-butir permuakatan yang diusulkan oleh Najib?

15. Benarkah setelah kemenangan Jusuf Kalla baru-baru ini, ada usaha-usaha untuk menghidupkan semula 'Konsensus Nasional', ditambah dengan perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan yang semakin hampir?

Saya memohon pihak-pihak berkaitan untuk memberikan jawapan-jawapan kepada perkara ini, supaya saya boleh membantu menjelaskan ketidakpastian yang ditimbulkan oleh kalangan rakyat yang bertanya.


Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat

4 ulasan:

  1. Soalan bodoh dari seorang doktor...soalan yang langsung tidak relevan dan lari dari tajuk...

    terkadang diam lebih baik dari banyak bercakap..apabila banyak bercakap bukan menunjukkan kecerdikan..tetapi banyak mendedahkan kebodohan diri sendiri

    Konsensus nasional bukannya nak membentuk kerajaanlah...kalau x faham pi tanya khalid samad...khalid samad dah pernah huraikan dengan panjang lebar dalam blog dia berkenaan dengan konsensus nasional

    apa baghal punya doktor lagu ni..

    BalasPadam
  2. Kalau Konsensus National utk menyatukan PKR dgn UMNO, ia perlu menangkan DSAI bukan masukkan ka penjara.

    Ini doctor sijil mana punya biol

    BalasPadam
  3. Kalau mangkok ayun macam ini jadi penyelidik PAS yg otak setaraf Dzulkifli Nordin 100% PAS bungkus PR14 termasuk di Kelantan

    BalasPadam
  4. Pong Pang..Pong Pang...dgn 'Konsensus Nasional', sendiri yg ada hati dgn UMNO x cerita pulak! apahal dgn comment di whataspp Dr?

    BalasPadam