Adam Abu Bakar
Shariman turut memuat naik status yang berbunyi "lebih baik jadi pejuang keamanan yang mengajak wanita-wanita cantik kembali ke jalan yang membawa kebaikan."
PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook dikecam oleh segelintir pihak apabila beliau secara jelas telah menghina Allahyarham Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang terkorban akibat mengalami kecederaan parah selepas diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria.
Dengan menggunakan ID Shariman Immortal Omar, lelaki tersebut telah memuat naik status yang menggelar Lotfi sebagai anjing peliharaan kafir harbi Cina DAP.
“Matinya pengganas ekstremis golongan pengikut ulama PAS dalam keadaan terseksa seperti seekor anjing peliharaan kafir harbi Cina DAP. Berkuranglah seekor anjing pengganas peliharaan kafir harbi Cina DAP. Alhamdulillahhirabbil’alamin,” tulisnya di dalam Facebook semalam.
Tindakan lelaki tersebut telah mendapat kecaman hebat daripada pengguna-pengguna Facebook lain dan setakat jam 1 tengah hari ini, ia telah dikongsi seramai 193 orang pengguna.
Pengguna Facebook seperti Mhmd Taufik menyatakan bahawa “aku sentiasa doakan kau akan tersiksa dahulu di dunia sebelum berangkat menikmati azab di neraka Shariman,” mengecam tindakan lelaki tersebut.
Dalam status berlainan, Shariman turut memuat naik satu lagi status pada jam 12 tengah hari semalam dengan menyatakan, “daripada jadi pengganas ekstremis pengikut ulama PAS duk taksub dengan puak puak arab yang suka berbunuhan sesama manusia, lebih baik jadi pejuang keamanan yang mengajak wanita wanita cantik seperti naemah ni kembali ke jalan yang membawa kebaikan. In shaa Allah,” tulisnya lagi di laman facebook miliknya.
Status kedua tersebut disertakan sekali dengan gambar seorang gadis dengan pose mengghairahkan.
Sebelum ini, Abu Talhah telah mengesahkan bahawa rakannya, Lotfi telah terkorban akibat mengalami kecederaan parah selepas diserang hendap oleh tentera Bashar al-Assad di Syria.
Berita mengenai pemergian Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah itu diperoleh daripada akaun Facebook milik Abu Talhah II, yang juga salah seorang rakyat Malaysia yang turut berjuang di Syria.
“Assalamualaikm…telah perginya seorang sahabat buat diriku..ulama dan mujahid buat ummah ini…pemergiannya sangat dirasai kepada kami disini..beliau tempat kami menadah ilmu dan membuat rujukan dalam permasalahan agama,” tulis Abu Talhal di halaman Facebook miliknya .
Lofti sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau secara terbuka mendedahkan kegiatannya di Syria dengan memuat naik gambar dan klip video di laman sosial.
Ekoran itu, PAS telah bertindak memecatnya dengan menegaskan parti itu tidak pernah mengiktiraf ahlinya untuk berjuang dalam gerakan bersenjata.
Seorang lagi militan Malaysia yang juga bekas anggota kumpulan rock Melayu, Ali Ukay. Beliau dikatakan dipengaruhi Lotfi dan menyertainya ke Syria.
Lotfi dikatakan bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanannya sebelum berlepas ke Syria.
Semoga Allah meletakkan beliau bersama sama dgn org org beriman...
BalasPadamKita tunggu dan lihat balasan ALLAH kpd individu yg menghina kekasih ALLAH. Semoga Allah SWT memberi kita kesempatan......Amin Ya Rabbalalamin.
BalasPadam