Penyerang Cameroon Mati Dibaling Batu Oleh Penonton (Gambar)

Ebosse diusung keluar padang selepas terjatuh akibat dibaling batu oleh penonton.
ALGIERS: Seketul batu dibaling dari tempat duduk penonton menyebabkan penyerang Cameroon Alberts Ebosse terbunuh ketika perlawanan kelab JS Kabylie melawan USM Alger, jelas Menteri Sukan Algeria.

"Ketulan batu itu dikenal pasti objek yang turut berada di luar stadium, dan ianya adalah cebisan batu besar yang dipecahkan," jelas Mohamed Tahmi sambil menambah ketulan batu itu ditemui di kawasan Stadium 1er Novembre yang ditutup.

Menteri itu berkata, kerja-kerja pembinaan di kawasan stadium itu turut berlangsung ketika perlawanan dijalankan 23 Ogos lalu dan didapati banyak ketukan batu serta objek lain di kawasan tersebut.

Keputusan autopsi pada 25 Ogos lalu mendedahkan pemain berusia 24 tahun itu yang menjadi penjaring terbanyak kelabnya musim lalu meninggal dunia kerana mengalami masalah serius di kepala berpunca darupada objek tajam.

Ebosse diserang dengan batu selepas kelabnya tewas 2-1 kepada USM Alger.

Penyokong-penyokong itu melempar batu kepada pemain ini ketika dalam perjalanan ke bilik persalinan.

Dia disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke hospital di Tizi Ouzou.

Kematiannya itu menyebabkan penggantungan perlawanan liga di negara itu dan JS Kabylie tidak dibenarkan bermain di laman sendiri sehingga siasatan tamat.
-mstar-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan