PKR akhirnya restu Azmin: Seperti kata TS Khalid pemimpin PKR pelawak

Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru berkuatkuasa esok.

Majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungiMalaysiakini, mengesahkan surat pelantikan itu telah dihantar kepada Azmin hari ini.

Sementara itu, Munir dipetik oleh Bernama sebagai berkata pihak Istana Selangor akan keluarkan kenyataan akhbar esok bagi memberi penjelasan mengapa Azmin dipilih sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Ketika ditanya mengenai surat pelantikan itu yang tersebar di media sosial, Mohamad Munir berkata perkara itu berada di luar kawalan pihaknya.

Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar hari ini.

Petang tadi, Khalid diraikan dalam majlis perpisahan yang dihadiri lebih 200 kakitangan.

Azmin telah selesai mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kira-kira jam 7.30 malam ini di ibu pejabat PKR.

Anwar dan Wan Azizah beredar meninggalkan ibu pejabat PKR tetapi Azmin masih berada di situ dan dijangka mengeluarkan kenyataan penuh pada jam 8 malam.

Ketiga-tiga mereka tersenyum ketika mereka keluar dari bilik mesyuarat.

Azmin kemudiannya pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti.

Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor.

Sementara itu, PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menulis dalam twitter, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh.
-malaysiakini-

3 ulasan:

  1. Hari tu menonggeng2 kata tak mahu Azmin jadi MB. Marahkan Pas kerana calonkan Azmin ke istana. Tuduh Pas khianat dan hambor cacian kepad Presiden Pas!! Last,last bagi restu pada Azmin sebagai MB bary dan Wzn Azizah tarik diri. Kesudahannya PKR jilat balik ludah (kahak) sendiri dengan lahapnya!! Tapi muka2 yang tak tahu malu ni akan senyum terhegeh2 seperti tak ada apa2 berlaku.

    BalasPadam
  2. mana kata TSKI kata PKR pelawak.

    dia patut sedar dialah punca semua krisis ini.

    jika dia tadbir mengikut gagasan parti dgn sebeb rakyat pilihparti, insyaalah krisis dapat dielakkan.

    kerana Khalid semua org susah dan PAS pun huru hara. adun PAS selangor sendiri pun merasakan Khalid perlu diganti.

    bukan salah anwar.

    sekarang tentulah PKR terpaksa restu perlantikan azmin setelah DSWA tidak diperkenan tuanku. maka setidak2nya PKR masih mendapat tempat MB dgn seorg calon berkaliber selepas DSWA.

    PKR sudah usul yg terbaik tp perkenan sultan perlu diredhai dan diterima. tanda PKR masih menghormati sultan tp telah menunjukkan sikap berprinsip dgn tetap mencalon DSWA sebelum ini.

    begini mudah pun masih ada yg tk faham ke?

    BalasPadam