Mariam Mokhtar
Kita semua tahu apa yang ahli-ahli politik Malaysia katakan, tetapi apakah yang sebenarnya mereka maksudkan? Kita mengetahui pertembungan yang sengit di antara bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pertelagahan terbuka mereka telah berlangsung untuk sekurang-kurangnya tiga puluh tahun.
Walaupun selepas Mahathir bersara, pertempuran antara kedua-duanya tidak reda. Malaysia mahu bergerak ke hadapan dan meninggalkan helah yang memecah-belahkan dan dasar tindakan afirmatif tidak adil yang telah menggores negara ini, tetapi Mahathir masih mahu mendapatkan perhatian.
Beliau telah mengkritik penggantinya, Tun Abdullah Badawi dan PM semasa, Datuk Seri Najib Razak. Seperti orang gila, Mahathir juga mahu memastikan kemusnahan Anwar, sebelum beliau mati.
Anwar adalah ancaman terbesar bukan sahaja kepada Mahathir, tetapi juga untuk Umno-Baru. Jika Umno-Baru pupus, adalah mustahil bagi anak lelaki Dr Mahathir meneruskan legasinya.
Najib mungkin kelihatan seperti sakit kepala yang berulang-ulang kepada Mahathir, tetapi masih boleh diubati dengan aspirin. Anwar ialah sesuatu yang berbeza. Beliau adalah seperti sebuah ketumbuhan dalam kepala Mahathir, yang perlu dibuang. Anwar adalah seperti lemak dalam arteri Umno-Baru. Jika arteri kekal tersumbat, aliran darah akhirnya boleh terhenti.
Januari lalu, tidak lama selepas Serampang Kajang diumumkan, Mahathir mengejek Anwar dan berkata Anwar bersedia untuk mengambil "langkah-langkah kecil", hanya untuk menjadi MB. Dalam sebuah siaran Radio 24, beliau berkata, "Dia (Anwar) sentiasa mahu menjadi pemimpin kerajaan. Jika dia tidak boleh mendapatkan jawatan tertinggi, sekurang-kurangnya dia mendapat jawatan yang lebih kecil."
Apa yang Mahathir maksudkan ialah, "Saya tidak akan membenarkan beliau menjadi MB, dengan apa cara sekalipun."
Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, atau sesiapa dalam Pakatan Rakyat, yang tidak mempunyai rahsia tersembunyi, yang Umno-Baru boleh gunakan untuk memeras ugut, tidak akan menjadi MB. Golongan bijak pandai pernah berkata, "Anda tidak boleh menipu orang yang jujur”.
Hubungan antara Mahathir dan Anwar bermula pada lewat 1960-an, apabila Mahathir memikat Anwar, yang ketika itu merupakan pemimpin pelajar yang aktif di Universiti Malaya (UM). Anwar telah menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), cemerlang dalam berdebat, menjadi pengawas sekolah dan memimpin banyak kumpulan-kumpulan Islam.
Sewaktu menuntut di UM, Anwar kerap berkunjung ke rumah Mahathir, bagi membincangkan pelbagai kebimbangan yang sama mengenai orang Melayu dan Islam. Kedua-dua lelaki ini sedang memupuk kelayakan mereka sebagai nasionalis Melayu – Anwar sebagai pemimpin pelajar, Mahathir sebagai seorang ahli parlimen. Dalam tahun-tahun berikutnya, Anwar menjadi lebih inklusif terhadap kaum dan kumpulan agama lain, tetapi Mahathir kekal sebagai pejuang "Ketuanan Melayu".
Barry Wain menulis dalam bukunya "The Malaysian Maverick", Anwar sebagai pemimpin pelajar, aktif dalam menangani kemunduran Melayu dalam bidang kesihatan, pendidikan dan ekonomi, tetapi dalam dekad yang berikutnya, ini berubah.
Anwar mendapati dirinya bercanggah dengan Mahathir, yang pada masa itu telah diterima semula ke dalam Umno oleh Tun Abdul Razak, dan dilantik sebagai Menteri Pendidikan.
Anwar memimpin banyak perarakan bagi membawa kesedaran terhadap golongan miskin pedalaman. Bagi membendung rusuhan pelajar, Mahathir mengarahkan penahanan Anwar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memenjarakannya selama 22 bulan. Ini adalah untuk menghukum pelajar kerana menjalankan protes, dan mengetengahkan penderitaan petani-petani pedalaman dan penduduk-penduduk Kedah, pada tahun 1974.
Anwar juga merupakan ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Mahathir mengenalpastinya sebagai salah sebuah alat untuk mempromosikan kerajaannya sendiri, terutamanya kerana Anwar mendapat sokongan daripada para pelajar dan memperjuangkan pelbagai isu-isu Melayu dan Islam.
Dulu, seperti juga kini, Anwar mampu merangsang banyak NGO dan ramai pelajar. Mahathir tahu bahawa Anwar mampu menyatukan pelbagai orang, tetapi dengan kesedaran itu, mungkin Mahathir turut mengetahui bahawa pada satu ketika, Anwar juga bakal menjadi seorang musuh yang paling membahayakan.
Apa yang Mahathir lakukan? Beliau memujuk Anwar untuk meninggalkan ABIM dan menyertai Umno, supaya melalui hanya satu tindakan, Mahathir memadamkan sebuah ancaman terhadap kuasanya, dan memanipulasi Anwar untuk agendanya sendiri. Anwar yang ketika itu masih mentah, mungkin menyangkakan bahawa beliau boleh memperjuangkan pelbagai isu dari dalam Umno.
Mahathir telah menggunakan Anwar pada 1970-an, sama seperti beliau mempergunakan rakyat sekarang. Mahathir mungkin telah membendung kuasa sultan tidak lama selepas itu, tetapi dia berhati-hati untuk meninggalkan mereka dengan kuasa yang cukup untuk menjadi alat yang berguna kepada Umno-Baru, pada masa akan datang.
Pada Januari lalu, selepas Serampang Kajang diumumkan, Dr Mahathir berkata, "Dia (Anwar) tidak menyertai Umno kerana dia mencintai parti ini. Anwar melihatnya sebagai satu langkah untuk berada lebih dekat dengan cita-citanya untuk menjadi PM. Jika dia tidak menyertai Umno, dia tidak boleh menjadi PM.”
Maksud Mahathir, "Pada tahun 1970, saya memadamkan ancaman kepada Umno, dengan menjadikan Anwar salah seorang daripada kami. Dia membawa kehormatan kepada pentadbiran saya, kerana beliau memperjuangkan orang Melayu dan Islam dengan lebih baik. Beliau merangsang rakyat, tetapi saya tidak suka apabila dia menjadi lebih popular daripada saya. Saya mempunyai legasi untuk dilindungi. Sebab itu, Anwar perlu ditangani."
Hari ini kita dapat lihat manifestasi dendam Mahathir, dengan serangan terhadap perwatakan, kes-kes mahkamah dan video seks yang berpanjangan terhadap Anwar. Jika itu tidak mencukupi, pencalonan isteri Anwar, Wan Azizah di Selangor tidak dipersetujui oleh sultan, dan tidak ada alasan diberikan. Beruntung kita dapat memiliki sistem raja berperlembagaan, di Malaysia.
Mariam Mokhtar adalah “seorang warga Malaysia yang berani berkata benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan