CUEPACS Tiada Lain Yg. Di Ingat....Bentang Belanjawan Minta Naik Gaji

Iqbal
Aku ni kakitangan awam juga . Sebenarnya kita kakitangan awam patut malu dengan kakitangan sektor swasta.
Kalau dibandingkan dengan budaya kerja...malu kita nak dedahkan. Tetapi kena dedahkan juga supaya kita sedar.

Tak pernah kita dengar CUEPACS bersuara menegur perihal mutu perkhidmatan awam. Oleh kerana sektor awam sangat besar. Kira ajelah berapa kementerian yang ada. Bawah kementerian ada pula Jabatan.

Kita tak perlu malu mendedahkan kelemahan diri sendiri.

Pernah kah CUEPACS buat survey...

a) berapa % kakitangan awam yang buat kerja cincai-cincai ?

b) peratus ikut Jabatan-jabatan kerja TAPI curi tulang.

c) sektor-sektor yang gaji banyak dibandingkan dengan beban kerja yang

dibuat.

d) sedarkah CUEPACS ada terdapat jawatan yang diujudkan tetapi fungsinya

seharian sangat minima.

e) sedarkah CUEPACS boleh dikatakan terdapat sektor kakitangan yang over paid.

Ini tidak berlaku disektor swasta .

Bayangkan jika Telekom tidak diswastakan , untuk pasang telefon sesebuah rumah yang datang 4 , 5 orang . Yang buat kerja sorang . Yang lain berborak bawah pokok.

Bila tiap kali bentang belanjawan , CUEPACS pasti berbunyi supaya gaji di naikkan. Minta naik gaji yang bukan2. Entah apa formula yang di pakai kita pun tak tahu. Bonus minta 2 atau 3 bulan.

Yang rajin dan YANG PEMALAS terima ganjaran yang sama.

Nak kata gaji tak cukup...janganlah berdaah.

Cuba survey kejabatan-jabatan terutama disekolah-sekolah dan lihat jenis kereta yang dipakai . Itu ke rupa gaji taK CUKUP ? Buat bancian berapa ramai kakitangan awam yang melanacong keluar negara sepanjang tahun. Yang graduate dah tentu ramai , ni yang sektor sokongan pun ramai yang pergi. Macam mana kata gaji tak cukup ?

Oleh kerana sektor awam 99% melayu , maka budaya melawa tidak boleh dipisahkan. Naikkan gaji ,PASTI akan bertukarlah kereta baru yang lebih mahal.

Bayangkan kerajaan terpaksa menanggung jumalh pekerja seramai hampir 1.5 juta yang majoritinya bermental seperti diatas.

SAMPAI BILA-BILA PUN TAK AKAN CUKUP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan