(MESTI BACA) Awas tekanan darah rendah juga boleh mengancam nyawa

NORAWAZNI YUSOF
Hipotensi atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya.
Hipotensi atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya. Hipotensi atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya.
TEKANAN darah rendah atau Hipotensi merupakan penyakit yang kerap dialami, namun ada segelintir masyarakat mengabaikan dan menganggap ia sebagai pening biasa atau masalah dehidrasi.

Malah ada segelintir daripada kita membiarkan tekanan darah rendah tanpa sebarang rawatan padahal penyakit ini boleh mengancam nyawa.

Tekanan darah setiap orang adalah berbeza tetapi jika seseorang yang mengalami tekanan darah rendah bacaan darah sistolik kurang 90 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik kurang 60 mm Hg atau tekanan darah yang sentiasa berkurangan pada kedua-dua tahap berkenaan.

Apabila tekanan darah rendah berlaku, setiap organ badan tidak mendapat aliran darah mencukupi, menyebabkan gejala penyakit terbabit timbul.

Tanda tekanan darah rendah seperti pening atau pitam, pengsan, penumpuan kelam, penglihatan kabur, loya, kulit dingin, pucat dan lembap, pernafasan pendek dan cepat, keletihan dan dahaga.

Berkait masalah jantung

Tekanan darah rendah juga boleh dikaitkan dengan masalah jantung berikutan organ berkenaan tidak berupaya mengepam darah dengan baik dan akan menyebabkan badan gagal mengedarkan darah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien dikehendaki.

Selain itu, masalah endokrin seperti penyakit paratiroid dan penyakit Addison yang menyebabkan kekurangan adrenal, gula dalam darah yang rendah atau hipoglisemia juga menyumbang kepada tekanan darah berkurangan. Malah, penyakit diabetes boleh mencetuskan tekanan darah rendah.

Mereka yang mengalami muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk juga terdedah kepada risiko mendapat tekanan darah rendah berikutan mengalami dehidrasi kerana ketika dehidrasi, tubuh akan kehilangan banyak air.

Lebih buruk, komplikasi dehidrasi seperti hypovolemic berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan penurunan mendadak tekanan darah dan pengurangan oksigen untuk sampai ke organ penting. Jika tidak dirawat, hypovolemic teruk boleh menyebabkan kematian.

Hipotensi wanita hamil

Wanita hamil juga mudah mendapat serangan tekanan darah rendah dan menyebabkan rasa pening serta loya dalam tempoh berkenaan akibat hormon kehamilan.

Jika wanita hamil mendapat serangan penyakit ini akan wujudnya masalah seperti anemia ( kekurangan haemoglobin atau darah merah) yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

Tekanan darah masa mengandung biasanya akan turun semasa trimester kedua (13-26 minggu) dan naik balik ke tahap biasa semasa trimester yang ketiga ( 27-40 minggu).

Jadi bacaan tekanan darah 90/53 atau 90/40 adalah biasa kalau puan adalah dalam linkungan trimester kedua. Tanda seperti pitam bila bangun dari kedudukan baring adalah biasa sebab tekanan darah rendah. Namun demikian pertukaran posisi kena dibuat secara perlahan.

Jikalau seseorang itu bukan dalam trimester kedua tekanan darah seperti tersebut perlu diperiksa dengan lebih teliti lagi kerana kemungkinan akan berlaku penurunan berat badan seperti 3.7kg dalam 7 minggu agar merisaukan.

Tanda-tanda kesejukan, pitam adalah satu tanda yang tidak meyakinkan dan pemeriksaan jantung dan haemoglobin perlu dibuat. Pembesaran bayi pun perlu diperiksa secara ultrasound.

Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja

Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa sahaja namun risikonya lebih tinggi kepada mereka yang lebih berusia.

Diagnosis tekanan darah rendah dilakukan bagi memastikan punca penyakit terbabit, sekali gus membantu mendapatkan rawatan sesuai, di samping mengenal pasti masalah berkaitan jantung, otak atau sistem saraf yang menyumbang kepada penurunan tekanan darah.

Biasanya, pesakit dikehendaki menjalani ujian tekanan darah yang membaca tekanan sistolik dan diastolik. Doktor juga akan menawarkan ujian elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung.

Pemeriksaan tahap tekanan darah juga boleh dilakukan menerusi ujian darah bagi mengesan sama ada seseorang mengalami lebihan atau kekurangan gula dalam darah dan kekurangan sel darah merah yang menyebabkan tekanan darah menurun.

Pakar Perubatan Obstetrik & Ginekologi KPJ Klang,
Dr Lillian George

Tiada ulasan:

Catat Ulasan