Rumah Pelacuran Lorong Haji TaibJadi Madrasah Bila Dakwah Dijalankan (Gambar)

Tranungkite
LORONG Haji Taib yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur mungkin pada tanggapan ramai orang tidak seindah namanya di mana kawasan itu cukup sinonim dengan aktiviti maksiat dan pelacuran terutama beberapa tahun silam. Namun siapa menyangka di kawasan 'jijik' seperti itu boleh 'mewangi' dengan sinaran cahaya agama berlandaskan iman dan takwa? Semuanya itu tidak mustahil boleh berubah apabila usaha atau kerja dakwah digerakkan.

Alhamdulillah, dengan berkat usaha dakwah yang dilakukan semata-mata kerana Allah maka Allah s.w.t telah ubah keadaan dan suasana dari kegelapan kejahilan kepada cahaya keimanan. Dahulunya bangunan ini adalah rumah pelacuran di kawasan 'hitam' tetapi sekarang bangunan ini berubah menjadi surau dan juga berfungsi sebagai madrasah tahfiz.
Daku Amat Menyintai Mu
Google Street View : Bangunan surau dan madrasah tahfiz yang asalnya rumah pelacuran

Berikut cerita seorang jemaah Tabligh yang pernah berdakwah di situ;

Saya pernah keluar 3 hari di situ, alhamdulillah ada 10 orang pelajar tahfiz dari Kemboja. Tukang masak seorang dari Acheh, Indonesia. Dulu tempat itu adalah rumah pelacuran dan sekarang dengan izin Allah ia telah berubah. Ianya bermula berkat ketabahan usaha dakwah yang dilakukan oleh Haji Ismet dan Haji Zakaria dari Kampung Baru yang bertekad ingin mengubah keadaan di kawasan tersebut. Bangunan tersebut semasa dibersihkan, banyak kondom yang telah dipakai ditemui sampai 2 beg besar telah dikumpulkan.

Renovation telah dibuat terhadap bangunan tersebut. Di bahagian bawah bangunan ini terletaknya kedai menjual pakaian sunnah dan di atas ada surau dan madrasah tahfiz.

Semoga surau dan madrasah tahfiz ini dipelihara oleh Allah s.w.t. Sama-sama kita doakan supaya Allah s.w.t limpahkan keberkatan terhadap Haji Ismet, Haji Zakaria dan keluarga mereka kerana menjadi asbab terbinanya surau Annur dan madrasah tahfiz tersebut. Amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan