Subhanallah! Serban Dan Kopiah Masih Elok Selepas Tertanam Hampir 22 Tahun

Kerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu.

Kecuali kopiah yang hanya terkoyak sedikit di bahagian atas, serban itu masih tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal.

Penemuan itu terhasil apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib memantau kerja penggalian semula kubur berkenaan untuk dikebumikan di tanah perkuburan lain di dalam masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya.

Serban dan kopiah itu milik Allahyarham Shamsudin Abas yang meninggal dunia ketika berusia lebih 80 tahun pada 1992 dan dikebumikan di masjid itu yang dibina pada 1942.

berkata, arwah datuknya dikebumikan bersama serban dan kopiah selepas sakit tua selama dua bulan
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan