Kata-kata semangat Datuk Siti Nurhaliza kepada adiknya yang dicerai talak tiga

Post Pic
SHAH ALAM: Adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, diceraikan talak tiga oleh suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober baru-baru ini.

Paling menyedihkan apabila Siti Saerah diceraikan pada ulangtahun perkahwinannya yang keempat.

Hasil perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan 3 cahaya mata.

Siti Saerah diceraikan talak tiga di Mahakamah Rendah Syariah Kuantan.

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan Saerah enggan mengulas lanjut berkenaan isu itu.

"Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak.

"Saya minta maaf sangat-sangat," lapor akhbar itu.

Datuk Siti Nurhaliza turut memberi kata-kata semangat kepada adiknya menerusi status instagramnya.

"Bismillah..Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana..apa yg telah di aturkan pasti terbaik buat HambaNYA..jika tidak elok pasti mengikut kemampuan HambaNYA dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya..semoga Kita semua saling memperbaiki setiap kekurangan dan amalan ..buat @sairahtarudin adikku..bertabahlah& terusla berjalan..berpandu pada Allah, inshaAllah semuanya Tenang"

Sumber: AntaraPOS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan