Ketua Pengarah JPJ dah letak jawatan ?


Ketua Pengarah JPJ tak minat nak letak jawatan kah ?

Sebab pihak berkenaan perlu cerdik dan guna otak. Bukan guna kepala lutut.

1. Ketua pengarah seharusnya berilmu dalam membuat dasar dan berkarisma mengeluarkan kenyataan. Beliau tidak seharusnya mengeluarkan fakta yang sangat lemah dan mengelirukan macam orang tak sekolah. Apatah lagi fakta lucu yang tidak langsung masuk akal sehingga membuatkan rakyat gelihati dan merasa diperbudak-budakkan. Fikirkan juga dilema serta kesan tempelak dari apa yang kita ucap dan tetapkan terhadap air muka pegawai bawahan kita sewaktu berhadapan dengan rakyat.

2. Ketua Pengarah seharusnya lebih peka terhadap sensitiviti rakyat. Tidak mengeluarkan kenyataan yang melibatkan maruah agama dan bangsa. Contohnya sampai tersasul mengatakan dengan yakin beliau ‘mahukan berlakunya sejumlah kematian’ tanpa meletakkan faktor takdir sama sekali. Lucu apabila ia dikaitkan dengan nombor plat, tanpa menjelaskan rasionalnya ..!!!

3. Ketua pengarah atau sesiapa sahaja yang terlibat membuat dan menguatkuasakan undang-undang harus bersedia untuk mematuhi kesemua ketetapan yang dibuat sendiri. Mereka seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat, bukan meminta rakyat mematuhi bahkan menyaman rakyat, tetapi beliau sendiri melanggarnya. Apabila Ketua Pengarah sendiri melanggar undang-undang, maka anak buah beliau yang diamanahkan untuk menguatkuasakannya juga mengikuti tabiat yang sama. Ini membuatkan rakyat MARAH dan BENCI.

4. Kami juga menyeru rakyat agar tidak keterlaluan membenci anggota penguatkuasa secara pukul rata, hanya kerana topi jabatan mereka. Ada di kalangan anggota itu orang beriman dan baik hati. Ada yang suka bersedekah dan membantu anak yatim, suka menolong masyarakat. Kami sendiri antara golongan yang pernah menerima kebaikan itu dari anggota penguatkuasa. Bagi individu yang memang dikenali sangat poyo dan bongkak, kami juga ikut membenci dan mengutuk.

5. Dalam menetapkan dasar dan undang-undang, jabatan kerajaan dilihat suka melakukannya secara tergopoh-gapah. Mereka seharusnya bekerjasama dengan jabatan lain, malah perlu mendapatkan maklumat tambahan dan maklumbalas dari pelbagai pihak seperti pakar teknikal, NGO dan orang ramai. Inilah gunanya ada laman sosial yang seharusnya dimanafaatkan. Jika ini tidak digunakan, maka laman sosial itu akan bertukar menjadi 'punching bag' kepada jabatan.

6. Majoriti rakyat di negara ini adalah golongan pertengahan dan bawahan. Keutamaan seharusnya mengambil kira nasib golongan ini, bukan main pukul rata yang mana golongan atasan tidak akan terjejas sama sekali, namun pada masa yang sama penguatkuasaan itu membuli dan menindas golongan miskin. Kami beri contoh kenaikan kos membuat lesen memandu, juga isu kenderaan yang terpaksa di lupus kerana tidak boleh dilesenkan atau dipindah milik selepas pemiliknya mati. Pindah milik juga memaksa individu hadir untuk cap jari. Semua itu amat merugikan dan menyusahkan rakyat.

7. Isu cermin gelap yang telah beberapa kali diubah-ubah dan memeningkan rakyat itu biarlah kekal begitu. Ia sudah cukup baik dan boleh diterima. InsyaAllah rakyat akan cuba mematuhinya. Maklumkanlah segera kepada pihak PUSPAKOM agar meluluskan apa yang telah JPJ tetapkan. Pelik sekali apabila JPJ izinkan ia di jalanraya tetapi tidak lulus ketika pemeriksaan PUSPAKOM.

8. Sebagai mewakili rakyat bawahan yang memakai kenderaan lama, kami luahkan bahawa kebanyakan aircond kami tidak berfungsi dengan baik atas faktor usia. Untuk bas yang tiada tingkap, tidak ada peluang untuk ambil angin luar. Tanpa tinted, panas matahari yang tidak ditapis membuatkan anak-anak kami kepanasan dalam bas.

Bagi kenderaan yang ada tingkap, membukanya akan membuatkan bayi kecil tercungap-cungap tak tahan dengan angin yang kuat. Itu tidak masuk isu debu bagi jalan kampung. Barang dalam kereta juga habis berterbangan ditiup angin. Isu aurat wanita yang terancam dengan intaian mata keranjang, isu ancaman pecah kereta oleh penjenayah, isu menyusukan bayi dan lain-lain telah kami nyatakan dengan jelas dan tidak perlu diulas. Satu dua kes jenayah yang kebetulan guna cermin gelap serahkan kepada PDRM. Janganlah JPJ ambil kesempatan pula untuk menyaman rakyat. Ironinya PDRM sendiri menafikan alasan itu. Ini apa cerita???

9. Kemalangan banyak melibatkan sikap pemandu kenderaan berat dan motosikal. Jangan dilupakan juga insiden pemanduan biadab kenderaan JPJ yang pernah menyebabkan kemalangan amat besar sehingga rakyat marah dan membakar kenderaan JPJ (lihat gambar). Penguatkuasaan sikap lebih praktikal diserahkan kepada PDRM, bukan JPJ. JPJ hanya perlu mendidik rakyat ketika mengambil lesen.

10. Soal nombor plat pula, bukan kami menentang ukuran yang diberikan, tetapi kami memberikan logik akal tentang ukuran dan jaraknya. Kami beri gambar contoh nombor plat motor (kecil) dan plat kereta (besar) yang di saman, sedangkan kedua-duanya masih boleh dibaca oleh mata kasar dan kamera yang sama.

Kenapa ia harus di saman? Soalnya, susunan huruf harus mengikut sedap dan selesa mata memandang, termasuk bentuk huruf tertentu yang kami contohkan semalam, bukan hanya ikut ukuran yang jumud (siap bawa pembaris lagiiii). Samanlah jika nombor plat itu memang tidak boleh dibaca dan terlalu mengelirukan, bukan pakcik miskin yang tidak mengubah nombor 'standard' dari Produa juga turut disaman!!!

Kami rasa atas sebab sedap mata memandang dan membaca plat itu jugalah pegawai JPJ sendiri pun ubah susunan itu, tidak ikut jarak yang JPJ sendiri tetapkan secara JUMUD (contoh JPJ 11). Mesej yang paling utama di situ ialah KAMI MENENTANG DOUBLE STANDARD. Jika VIP ada permit untuk bercermin gelap, permit apa pula untuk VIP khususnya pegwai JPJ sendiri sampai boleh pakai nombor fancy dan susunan jarak sesuka hati?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan