Mimpi Aneh : Pelajar Maraton Hilang Di Sekitar Pokok Besar Di Sekayu, Azan Mula

Tranungkite
Seorang pelajar tingkatan empat Ahmad Rafikin Azman hilang ketika menyertai acara Maraton Gajah Terom di Sekayu, Kuala Berang petang semalam.

Perkara itu disedari bapa mangsa, Azman Othman yang datang untuk menjemputnya jam 3 petang semalam, tetapi pelajar itu tidak muncul di garisan penamat tanpa diketahui puncanya.

Pada malam sebelum kejadian, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu berkhemah di lokasi marathon berkenaan yang dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara.

Sumber berkata, pihak urusetia memaklumkan Ahmad Rafikin hanya sempat melepasi checkpoint pertama saja dan selepas itu tidak dapat dikesan.

“Sehingga jam 4.30 petang tadi, pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui mangsa dan operasi masih diteruskan,” katanya.

Seramai 42 anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela dan penduduk kampung setempat mengambil bahagian dalam operasi mencari.

Adik Nor Hayati dari Sekolah Sekolah Sri Berang mendapat alamat dari mimpinya semalam mangsa hilang di sekitar pokok besar di laluan trek marathon Gunung Gajah Terom.


Antara kumpulan sukarelawan yang turut serta dalam SAR membuat persiapan untuk bermalam di Hutan Lipur Sekayu.

Kumpulan yang terdiri dari 6 orang ini masuk pada jam 5 petang dan tiba di sekitar lokasi mangsa hilang pada jam 7 malam.

Ahli kumpulan ini mendakwa mereka mendengar seperti sahutan yang kurang jelas. Walau apa pun, usaha mencari masih meneruskan pelbagai ikhtiar dan usaha untuk mencari adik Rafikin.

UPDATE 10am: Lintas Langsung dari SAR Hutan Lipur Sekayu

Pasukan Penyelamat telah mendengar laungan dua kali meminta tolong daripada suara yang disyaki mangsa hilang di Air Terjun ke-7 di Sekayu selepas melaungkan azan. Usaha mencari dan menyelamat dipergiatkan lagi. Doakan adik Rafikin ditemui dalam keadaan yang selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan