Khairil Ashraf
Sekiranya isu seperti 1MDB tidak diselesaikan, maka ia akan menganggu perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti.
PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak seharusnya mengambil langkah awal dengan menjelaskan keputusan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, penjelasan itu membolehkan ia tidak lagi menjadi isu dan tumpuan utama Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.
“Pada asasnya, mereka di dalam UMNO yang menentang Perdana Menteri berharap perkara ini akan mewujudkan suasana bagi mempertikaikan Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO
“Kebimbangan adalah serangan oleh para pemimpin UMNO sendiri, dulu dan sekarang khususnya dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin. Tun Daim bahkan mengatakan bahawa jika Najib tidak berhati-hati 1MDB mungkin mengakibatkan kejatuhannya,” katanya dalam entri terbarunya sskeruak.blogspot.com/ .
Salleh berkata, sekiranya isu seperti 1MDB tidak diselesaikan, maka ia akan menganggu perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti.
“Ia akan menggangu perwakilan berkenaan isu-isu lebih penting seperti bagaimana pembaharuan yang boleh dilakukan oleh UMNO dalam memberikan pengundi lebih keyakinan dengan memberikan sokongan merka kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.
“Inilah yang akan menentukan masa depan UMNO dan membuatnya masih relevan. Dan ada perkara yang positif bahawa Najib telah lakukan tetapi ada yang tidak diketengahkan bagi meyakinkan pengundi bahawa UMNO sedang bergerak ke arah yang betul,” katanya.
-fmt-
Jgn kelentonglh keruak ooi.
BalasPadamDlm perhimpunan umnob mana ada ahli ckap pasal kesusahan rakyat atau penipuan krajaan terhadap negara.
Semua najib buat best2 belaka dn disekitar sampingan perhimpunan bigama akn dikerumuni ahli2 dgn kertas cdangan projek melumayankn.
Dlm bilik tandas pula ada meeting2 kecil dgn menteri2 cuba korek peluang buat bisines tk perlu berniaga.
Ada jamuan perdana semua lesu kekenyangan dn sendawa masam pulang kmpg.
Acara tahunan umnob.