Bunuh isteri dengan kuali

Trenton (New Jersey): Seorang lelaki semalam didapati bersalah atas tuduhan membunuh isterinya selepas memukul mangsa dengan kuali ketika mereka bertengkar mengenai masalah kewangan yang mereka hadapi.

Bekas jurujual sekuriti, Patrick Allen, 47, cuba menyembunyikan masalah kewangan keluarga daripada pengetahuan isterinya, Kimberly, sebelum pertengkaran besar antara mereka berlaku yang mengakibatkan kematian wanita itu pada 2011.

Menurut pendakwa raya, Allen merahsiakan mengenai kemungkinan rumah mereka akan disita.
Dia juga menanggung beban hutang lebih AS$600,000 (RM2.1 juta).

Pertengkaran berkenaan tercetus selepas isterinya mengetahui situasi kewangan sebenar dan Allen yang tidak tahan diherdik isterinya, memukul wanita itu dengan kuali hingga mati. 
-Agensi/hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan