Dua tukang sihir ditangkap di Makkah

Tranungkite
Penyihir. ©2012 Merdeka.com Polis syariah Arab Saudi kelmarin menangkap seorang wanita Sudan dan seorang lelaki Saudi kerana mereka dipercayai membuka khidmat layanan ilmu hitam dan sihir.

Laporan dari akhbar Sabq itu menyebutkan lelaki Saudi yang ditangkap berusia sekitar 50-an . Dia menggunakan sebuah rumah di kawasan Rusaifah untuk menerima pelanggan, seperti dilansir dari laman Arab News, Isnin (23/12). Lelaki itu mengaku dia ahli dalam soal asmara dan mengusir setan.


Polis syariah menangkap lelaki itu melalui jperangkap yang dipasang. Seorang staf wanita polis syariah menyamar dengan mengatakan suaminya membenci dia dan ingin kahwin dengan perempuan lain. Penyihir lelaki itu mengenakan harga Rp 16 juta kepada wanita itu dan dia meminta seluar dalam suami dan wanita itu buat dibacakan mantra supaya sang suami berubah fikiran.

Ketika sedang mempraktikkan ilmu hitamnya staf polis syariah yang lain kemudian merempuh masuk dan menangkap lelaki itu buat disiasat.

Dalam kes serupa, polis syariah juga menerima maklumat wanita Sudan berusia 44 tahun membuka perniagaan khidmat ilmu hitam dan sihir di kawasan Sharea. Suami wanita itu sebelumnya sudah ditangkap atas tuduhan sama.

Wanita Sudan itu dilaporkan meminta bayaran Rp 16 juta, seuntai kalung, kepada pelanggannya. Dia mengaku boleh mengusir sakit dan iri dengki. Ketika mantranya berhasil dia kembali meminta tambahan bayaran sebesar Rp 6 juta. Polis syariah menangkap perempuan itu dengan perangkap serupa.
sumber : Merdeka.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan