JKKK tak perlu sekat orang nak bantu mangsa banjir

HARAKAHDAILY 
KUALA TERENGGANU: "Sepatutnya tak perlu wujud sekatan itu dan ini dalam nak membantu mangsa-mangsa banjir," ujar Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim.
Katanya ruang untuk menyumbang dan menghulurkan sumbangan perlu dibuka seluasnya.

"Bila dah kemarau sikit lagi, kalu tak puas lagi nak berpolitik, jom kita berpolitik sehabisnya," ujarnya.

Justeru, beliau tidak terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak Bilik Gerakan Banjir Kemaman bahawa pusat-pusat pemindahan berdaftar seperti sekolah-sekolah dan Dewan MPK 'dikawal' sepenuhnya oleh JKKK menyebabkan petugas bantuan PAS tidak dibenarkan menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

"Tak apa, kerja kita adalah menyelamatkan mangsa banjir ketika saat genting dan dalam situasi kritikal.

"Bila dah selamat duduk di pusat pemindahan, JKKK nak monopoli mungkin kerana nak qada kegagalan mereka berperanan di musim banjir tahun lepas, maka biarkan," ujarnya.

Baginya, mereka tidak bagi petugas PAS membawa tiada masalah asalkan kebajikan mangsa banjir terjaga.

Menurutnya, masih ada banyak lagi mangsa di pusat-pusat pemindahan yang tidak berdaftar seperti masjid, surau dan rumah saudara mara yang memerlukan bantuan.

"Mereka yang tak berdaftar dengan JKKK bermakna tak ada bantuan diterima. Ini sasaran kita untuk membantu," katanya.

Beliau menambah, ada ramai lagi mangsa banjir yang tidak berpindah walaupun mereka terputus hubungan dan terjejas kehidupan.

"JKKK tak akan pergi 'round' rumah ke rumah untuk bantu. Ini kerja susah dan 'memboringkan' bagi mereka. Kita perlu menyantuni mereka dari tangga ke tangga.

"Kita juga masih ada tanggungjawab yang berat pasca banjir. Proses pembersihan, pemulihan dan baik pulih," katanya lagi.

Proses itu, ujar beliau sangat berat dan memerlukan tenaga serta sumber yang bukan sedikit.

"Kerja-kerja berat seperti ini biasanya kita yang akan pikul.

"Biarlah JKKK nak ambik peranan jadi jaga pusat pemindahan yang menghalang orang lain nak masuk bantu kerana mereka memang tak ada kerja. Alhamdulillah... mereka dah dapat kerja," katanya sinis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan