Mohon kongsikan info ini dengan teman

DATUK HUSAM MUSA | 28 Disember 2014.
Alhamdulillah, berkat prihatin seorang dermawan kami dapat membuat tinjauan menggunakan helikopter ke Gucil bersama YAB MB Selangor Azmin Ali dan Saudara Salehuddin Ayub.

Semasa di airport Kota Bharu kami terserempak dengan konvoi besar menunggu PM yang akan melawat Kelantan. Seakan pusat kritikal adalah PM lebih dari rakyat jelata yang sedang penuh kebimbangan, takut dan menjurus kepada panik kerana bekalan makanan masih belum sampai sejak beberapa hari

Sewaktu menemui mangsa banjir, masing-masing bercerita kecepatan air meluncur dan kedalaman air melebihi semua banjir besar sebelum ini. Mangsa banjir yang ditemui mengadu antara punca adalah Empangan Jajar di sempadan Teregganu-Kelantan yang dalam pembinaan.

Saya tiada jawapan kerana pertama kali saya dengar tentang Empangan Jajar. Sesiapa ada info boleh hubungi kami.

Dari situ kami cuba terbang ke Manek Urai tetapi terpaksa berpatah balik kerana awan mendung sedang berkumpul. Membimbangkan adalah kumpalan kumpalan awan yang sedang membentuk di Hulu Kelantan yang memungkinkan hujan lebat turun di kawasan banjir.

Setiba di hangar helikopter di aiport Kota Bharu, nota tinjauan dikongsi dengan kapten helikopter bantuan yang lain.

Hasilnya jika cuaca mengizinkan dijangka sejumlah 8 kali penerbangan akan diusahakan untuk agihan barang bermula esok dijangka ditumpukan di Krai, Dabong, dan Tanah Merah. Bagi pihak yang mempunyai maklumat khusus berkenaan lokasi rakyat yang terputus bekalan dan kecemasan mohon hubungi pihak kami. Mohon kongsikan info ini dengan teman. Untuk memudahkan sila kirimkan koordinat.. heli mampu bawa tidak lebih 250 kg bantuan.

Di waktu kritikal ini, kita kukuhkan persaudaraan insan saling tolong menolong tanpa syarat.

Teruskan bantuan dan DOA.

Husam Musa
10:00 pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan