PETALING JAYA: Siaran langsung televisyen mengenai krisis tebusan di kafe Lindt di Sydney, Australia, menunjukkan kejadian tembak-menembak dan letupan berlaku dari bangunan berkenaan, sejurus selepas sekurang-kurangnya enam lagi tebusan dilihat keluar melarikan diri.
Rakaman yang diambil dari jauh menunjukkan tepi bangunan dengan pancaran yang dilihat sebagai tembakan dan letupan dari dalam kafe.
Anggota polis termasuk unit pemusnah bom, serta pasukan perubatan kecemasan kemudiannya dilihat berjalan secara berhati-hati memasuki bangunan itu.
Sekurang-kurangnya empat tebusan dipercayai cedera dalam keadaan yang huru-hara itu, dengan sekurang-kurangnya seorang ditembak.
Menerusi rakaman terdahulu yang disiarkan sejurus sebelum polis menyerbu masuk ke bangunan tersebut, menunjukkan sekumpulan lima tebusan melarikan diri dari bangunan itu sebelum dibawa ke tempat selamat oleh anggota polis.
Seorang lelaki keluar dari bangunan itu seorang diri selepas itu, tetapi diarahkan untuk meniarap di jalan sebagai langkah berjaga-jaga untuk diperiksa polis.
Robot pemusnah bom turut dilihat dibawa ke kafe tersebut selepas kejadian tembak-menembak berlaku.
Polis New South Wales menerusi akaun twitter @nswpolice mengesahkan bahawa krisis tebusan Sydney berakhir, 16 jam selepas lelaki bersenjata menawab sejumlah tebusan.
Sementara itu, beberapa laporan menyatakan bahawa dua maut manakala tiga lagi cedera ketika polis memasuki menyerbu masuk ke dalam bangunan itu.
-mstar-
Seorang tebusan cedera diusung untuk menaiki ambulans selepas tembakan dilepaskan dalam serbuan di dalam kafe semalam. - Foto Ihsan CNN
SYDNEY - AUSTRALIA. Drama tebusan di sebuah kafe di Sydney berakhir apabila pasukan polis menembak mati pengganas yang menawan hampir 15 orang sejak pagi semalam.
Bagaimanapun, operasi itu turut mengorban dua orang awam yang turut dijadikan tebusan hampir 16 jam lalu, lapor CNN.
Media tempatan melaporkan, mereka yang terbunuh adalah pengurus kafe, Tori Johnson, 34 dan peguam, Katrina Dawson, 38.
Sementara itu, empat mangsa lain dilaporkan cedera termasuk seorang anggota polis.
Sebelum ini, pusat bandar Sydney dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki bersenjata yang dikenalpasti sebagai seorang pelarian dari Iran menawan sebuah kafe, semalam.
-sinarharian-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan