Adoiii!!! apa lagi ni: Selangor arah 3 exco 'siasat' Azmin Ali

Azmin Ali KUALA SELANGOR: Kerajaan negeri mengarahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta mendapatkan laporan pihak terlibat dalam transaksi projek PJ Sentral Development (PJ Sentral) melibatkan anak syarikat PKNS Holdings Sdn Bhd.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, arahan tersebut melibatkan exco Datuk Teng Chang Khim, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail untuk mendapatkan laporan serta penjelasan mengenai transaksi projek berkenaan sebagaimana yang didedahkan Bahagian Audit Dalaman PKNS sebelum ini.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mendapatkan penjelasan dan laporan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.

"Perkara (laporan mengenai PJ Sentral) ini dilakukan oleh Bahagian Audit Dalaman PKNS. Berdasarkan laporan audit dalaman itu, dinyatakan masih belum mendapat keterangan daripada Azmin Ali.

"Bagaimanapun, saya telah meminta tiga anggota exco ini membuat penelitian mengenai perkara ini. Saya rasa semua orang yang bertanggungjawab mesti membuat laporan dan penjelasan mengenai perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan bahawa Bahagian Audit Dalaman PKNS gagal mendapatkan penjelasan Azmin berhubung isu anak syarikatnya, PKNS Holdings dalam transaksi berkaitan projek PJ Sentral.

Laporan tersebut turut menyatakan pihak audit dalaman PKNS itu gagal meneruskan siasatan mereka ekoran 'kesukaran mendapatkan tarikh yang sesuai' untuk bertemu Azmin yang juga ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif, untuk disiasat.

Pada 27 Februari lalu, PKNS dilaporkan gagal dalam samannya terhadap Nusa Gapurna Development Sdn Bhd (Nusa Gapurna) dan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) berhubung pelanggaran perjanjian pemegang saham berkaitan kepentingan dalam PJ Sentral Development Sdn Bhd.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hasnah Mohammed Hashim yang menolak saman itu setelah mendengar keterangan enam saksi dan memerintahkan PKNS membayar kos RM100,000 kepada Nusa Gapurna dan RM50,000 kepada MRCB. 
-Bernama-

Perempuan ni mungkin jenis bodoh sombong (Gambar)

Selfie maut atas bangunan
Kuala Lumpur: Tanpa sedikit perasaan takut, seorang gadis menunjukkan keberanian dengan merangkak dan duduk di atas bangunan semata-mata kerana ingin mendapatkan sudut terbaik ketika bergambar selfie.

Perbuatan berani mati gadis berbaju biru itu berselfie di atas sebuah bangunan dipercayai di sekitar ibu kota menjadi viral dan mendapat perhatian ramai selepas gambarnya mula tersebar di laman sosial beberapa hari lalu.

Melalui beberapa gambar yang dimuat naik dalam Facebook dan blog, gadis itu memegang telefon pintar dan monopod untuk mendapatkan sudut terbaik di puncak bangunan yang memperlihatkan persekitaran ibu kota.

Kelakuan gadis itu sama ada untuk kepuasan atau sekadar meraih populariti, diselar pengguna laman maya kerana beranggapan tindakannya itu keterlaluan dan boleh membahayakan diri.

Menurut Pakar motivasi dan kaunseling Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultancy Hushim Salleh, aktiviti berkenaan tidak dianggap salah dan tidak pula membabitkan penyakit jiwa seperti pandangan segelintir pihak.

“Selfie ini tiada kaitan dengan sakit jiwa, ia hanyalah trend kerana boleh dikatakan semua orang suka berselfie pada zaman sekarang.
Foto
SEORANG gadis berani mati duduk atas bangunan untuk berselfie.

“Kalau nak jadikan selfie sebagai hobi tak salah, tetapi nasihat saya biarlah bertempat dan jangan sampai membahayakan diri sendiri.

“Walaupun berselfie sudah menjadi trend, tetapi sebelum buat sesuatu lebih baik fikir terlebih dulu sama ada ia membawa kebaikan atau memudaratkan diri sendiri,” katanya mengulas berkaitan kegilaan gadis berkenaan berselfie.

Mengulas lanjut perkara itu, Hushim berkata, dari sudut psikologi tindakan gadis itu sebenarnya adalah untuk meraih perhatian ramai.

“Remaja memang terkenal dengan sikap mereka mencuba benda baru, kadang-kadang mereka suka tunjuk setiap aktiviti dilakukan dalam Facebook, Instagram mahupun WhatsApp.

“Selfie ini sudah trend sebab itu ia menjadi saingan dalam kalangan remaja hari ini.

“Jadi dia mungkin mahukan perhatian lebih supaya orang kagum dan puji kerana mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat orang,” katanya.

Justeru itu, Hushim menasihati orang ramai supaya tidak memperjudikan nyawa semata-mata kerana kegilaan mendapatkan sudut terbaik ketika ingin berselfie seperti dilakukan gadis itu./hmetro

Cuba Fikirkan Bagaimana Lembu Ini Boleh Naik Atas Bumbung Rumah Yang Curam ni


Lembu ini sedang berusaha mencari jalan pulang.
BARANGKALI bosan menghabiskan masa dengan meragut rumput di padang yang sama setiap hari, lembu ini membuat keputusan untuk mencari padang rumput baharu.

Tetapi tindakan beraninya itu juga mungkin berakhir dengan kekesalan kerana pengembaraannya itu menyebabkan haiwan ini terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di Switzerland.

Seorang pelumba basikal, Rolf Steiner ternampak haiwan itu di atas bumbung licin dan curam sebuah rumah di kawasan ladang berhampiran bandar Bern.

"Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan terpaksa melihat sebanyak tiga kali untuk memastikan apa yang saya lihat adalah benar. Seekor lembu berada di atas bumbung," katanya.

Lembu itu akhirnya berjaya mencari jalan pulang ke padang rumputnya, tetapi malangnya kepingan-kepingan jubin bumbung telah pecah.

"Dia sentiasa menjadi binatang yang paling cepat menaikkan kemarahan saya, sentiasa mahu saya ikut kehendaknya, bukan saya," jelas pemilik ladang, Dieter Mueller.

"Dia akan berada di sana untuk selama-lamanya jika dia mahu. Saya cuba untuk memujuknya supaya turun apabila pertama kali melihatnya di situ tetapi dia tidak akan berganjak.

"Dia memerlukan 'masa manisnya' sendiri. Dan saya akhirnya ditinggalkan dengan bil-bil untuk menggantikan jubin yang pecah," katanya.
-mstar-

Dr Asri: Segera Perjelaskan Bidang Kuasa Mais, Jais

KUALA LUMPUR: Kegagalan kerajaan Selangor menguruskan bidang kuasa antara dua entiti yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam adalah punca berlakunya konflik agama di negeri itu.

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat seharusnya membezakan bidang kuasa antara Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mengembalikan kuasa kepada Menteri Besar.

Jelas Asri, kedudukan Jais sebagai agensi penguatkuasa agama seharusnya berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri serta bertanggungjawab terhadap Menteri Besar sebagai Ketua Eksekutif.

"Ada kerumitan tentang Jais sebenarnya bertanggungjawab kepada siapa dan sejauh mana bidang kuasa kerajaan negeri.

"Pertimbangkan semula mengenai apa bidang kuasa kerajaan negeri dengan Jais. Sekarang ini kita nampak Menteri Besar macam tidak boleh buat apa-apa," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Tambah Asri, situasi di Selangor memperlihatkan polisi kerajaan negeri gagal dicerminkan oleh Jais kerana agensi itu bertanggungjawab kepada Mais.

Mais ditubuhkan di bawah Seksyen 5, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 yang bertujuan menasihatkan Sultan Selangor dalam hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Konflik agama di Selangor, terutamanya membabitkan Islam dan Kristian timbul apabila Jais merampas 321 kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara awal tahun lalu.

Bagaimanapun Khamis lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengarahkan Jais yang berada di bawah Mais memulangkan semua bible yang dirampas itu.

Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup.

Bagaimanapun, Mais mengeluarkan kenyataan enggan memulangkan bible berkenaan kerana yakin terdapat klausa dalam Enakmen Agama Bukan Islam 1988 yang membolehkan kes itu di bawa ke mahkamah.

Mengulas lanjut, Asri berkata, konflik yang sama akan berulang jika kerajaan negeri tidak melakukan pengasingan kuasa antara Mais dan Jais.

"Konflik akan berterusan selagi mereka tidak terjemahkan kuasa mereka (Mais dan Jais).


"Kerajaan negeri Selangor perlu kembali memperbetulkan bidang kuasa mereka," katanya.

-mstar-

Hishammuddin bakal ganti Najib, akan dilantik sebagai Menteri Kewangan?

PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata jangkaan pertukaran portfolio menteri Umno, hanyalah bertujuan memprojekkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai penganti Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak suatu hari nanti.

Menurutnya lagi, sebelum ini menteri Umno yang dijangka bertukar portfolio ialah Hishammuddin akan dinaikkan taraf sebagai Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dikembalikan ke Kementerian Pertahanan manakala Najib akan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

“Hal ini telah menimbulkan rasa tidak senang majoriti ahli Umno kerana Hishammuddin terbukti adalah watak yang lemah serta hampir ditolak oleh perwakilan Umno dalam pemilihan Naib-Presiden Umno tahun lalu.

“Memandangkan PM sendiri sarat dengan pelbagai kelemahan, ahli Umno bagaikan tidak sedia lagi menerima pemimpin yang juga lemah, malah kadangkala lebih lemah daripada PM,” katanya.

Memetik daripada blog shahbudindotcom.blogspot.com beliau berkata, apabila dispekulasikan pula Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yasin akan bercuti panjang dan jawatannya akan dipangku oleh Hishammuddin, tentulah lebih gempar ahli Umno dengan berita ini.

“Jika mahu dijadikan Menteri Kewangan sahaja sudah ramai yang membantah, apatah lagi jika terus dinaikkan sebagai TPM.

“PM memang akan merombak kabinetnya bagi memenuhi janji dan membawa pembaharuan. Beliau mungkin akan memasukkan wakil MCA dan Gerakan dalam kabinet,” jelasnya.

Tambah beliau, ketika ini Muhyiddin dilaporkan memang menghadapi beberapa masalah.
“Antara masalah yang dihadapi ialah isterinya Norainee Abdul Rahman yang sedang sakit dan tidak berapa sihat sekembalinya daripada percutian luar negara minggu lalu. Muhyiddin juga turut sengsara dengan apa yang berlaku dalam Umno dan kerajaan sekarang ini.

“ Muhyiddin akan terus kekal dengan jawatannya sekarang sehingga pilihan raya umum akan datang, sementara dalam masa yang sama PM akan memikirkan cara yang paling sesuai untuk menonjolkan Hishammuddin sebagai bakal penggantinya,” ujarnya.

Jelasnya lagi, ini bermakna Muhyiddin akan memperlahankan aktivitinya dengan alasan perlu menemani atau meluangkan masa bersama isterinya dan ini akan menjadi hujah terbaik bagi maksud tersebut.

“Pengurangan aktiviti itu juga mungkin akan disusuli dengan cuti yang perlu diambil sekali-sekala jika keadaan kesihatan isterinya tidak menunjukkan banyak perubahan,” katanya.

Naga putih hanya 'ilusi' tapi ramai juga yang bodoh percaya dan menyebarkan di internet

naga
SHAH ALAM: Penyebaran berita mengenai seekor naga putih yang ditembak mati di Gerik, Perak menerusi media sosial nyata palsu apabila gambar pendedahan pembuatan replika naga putih itu didedahkan semalam.

Ternyata, kisah naga putih yang dikatakan menelan serta meratah seekor arnab seorang pekebun hanyalah sebuah khabar angin sesuatu yang direka.

Sebuah portal berita melaporkan bahawa seekor naga berwarna putih telah ditembak mati di sebuah rumah di Gerik, Perak oleh seorang pemilik dusun.

Portal berita tersebut turut menyiarkan gambar bangkai naga putih terbabit yang telah ditembak mati oleh pemilik dusun terbabit.

Menurut portal terbabit, pemilik dusun terbabit mengambil senapang auto dan melepaskan lapan das tembakan dan turut mendakwa naga terbabit mempunyai sepasang tanduk dan misai panjang sedang meratah seekor arnab jantan.

Terdahulu, gambar bangkai naga putih sama menjadi viral di media sosial apabila ia dikatakan ditemui di Apartment Tanjung Puteri, di Pasir Gudang, kelmarin.

Berita itu kemudiannya dinafikan oleh penduduk di apartment berkenaan.
-sinarharian-

Aduh!! Seronoknya dapat 2 hadiah menjelang Ramadhan...!

tokpepijat
KHABAR GEMBIRA 1

Baru-baru ini, majalah Business Times In Malaysia melaporkan, pihak berkuasa meluluskan pelan pembangunan pusat kasino tersebut di Berjaya Resort, Berjaya Hills Pahang.

Ia dibangunkan oleh syarikat Berjaya Corperations milik Tan Sri Vincent Tan yang mempunyai pegangan terbesar dalam syarikat berkenaan.

Pusat kasino ini akan menjadi pusat perjudian kedua terbesar selepas pusat kasino di Genting Highlands yang dimiliki oleh Genting Berhad.

KHABAR GEMBIRA 2

Petaling Jaya: Pertandingan akhir ratu cantik dunia Mrs Universe 2014 berlangsung buat julung kalinya di Malaysia serta Asia pada 29 Ogos ini.

Sebanyak 40 hingga 45 negara mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini.

Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim berkata, semua peserta bertanding selama lapan hari dengan mengadakan sesi fotografi di lokasi di sekitar negara ini.

“Ini juga bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya kepada sidang media, di sini, semalam.

Turut hadir, Mrs Universe 2013, Carol Lee, Presiden ERM World Marketing Pte Ltd, Alex Liu dan Pengarah Kumpulan Pemasaran Sunway Resort Hotel & Spa, Farizal Jaafar.

Dalam situasi UMNO tolak usul hudud di Terengganu dan menarik usul hudud di Selangor serta Musabaqah Antarabangsa sedang berlangsung,dengan sukacitanya UMNO hadiahkan "hadiah paling bernilai" untuk umat Islam menjelang Ramadhan.

Walaubagaimanapun,UMNO cuba "menutup " hadiah ini dengan pemberian air zam-zam dan kurma untuk pakcik makcik di kampung dan ceruk FELDA agar umat Melayu tetap setia bersama UMNO dulu, kini hingga ke liang lahad!

Bertempiaran melarikan diri selepas pistol ‘tipu’ meletup

Petaling Jaya: Tiga tukang urut lelaki yang bergelut dan cuba menumpaskan seorang perompak sebaliknya bertempiaran melarikan diri selepas penjenayah melepaskan tembakan dari pistol yang disangkakan mangsa sebagai senjata tiruan.

Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek lelaki berusia sekitar 30-an itu sempat menarik picu pistol ketika dipukul kumpulan tukang urut terbabit yang cuba menghalang rompakan di sebuah pusat urutan tradisional di SS2, di sini.

Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Law, 40-an berkata, suspek yang memakai seluar pendek dan bertopi sebelum itu memasuki premis dengan menyamar sebagai pelanggan.

Menurutnya, suspek bagaimanapun bertindak mengeluarkan sepucuk pistol sebelum mengacukannya ke arah pekerja di kaunter pembayaran.

“Dia memaksa pekerja itu menyerahkan wang jualan selain mengugut kami dan dua tukang urut wanita yang sedang duduk berhampiran kaunter tidak cuba melawan.

“Bagaimanapun pekerja terbabit bertindak menarik tangan suspek sebelum cuba merampas senjata api dipegang. Pada masa sama kami membantu dengan memukul suspek hingga terjatuh di pintu masuk premis,” katanya.
Foto
SUSPEK mengacukan pistol ke arah pekerja kaunter.

Menurutnya, mereka bertindak memukul suspek kerana menyangka pistol digunakan itu adalah senjata api tiruan untuk menakut-nakutkan kami.

“Namun, kami terkejut apabila senjata api itu meletup secara mendadak sebaik penjenayah menarik picunya. Kami kemudian bergegas melarikan diri ke bahagian belakang premis berikutan bimbang ditembak.

“Mujur penjenayah meninggalkan premis tanpa mengejar kami. Kejadian itu bagaimanapun berjaya dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV) premis,” katanya.

Menurutnya, suspek disifatkan amat berani berikutan melakukan rompakan ketika premis dipenuhi pekerja serta terdapat pasar malam di hadapan kedai.

“Berdasarkan maklumat polis, suspek individu sama yang melakukan rompakan nekad pada jam 3 petang kelmarin di dua lagi pusat urutan tradisional di sekitar kawasan ini.

“Suspek sudah berkeliaran melakukan rompakan sejak dua minggu lalu dan gemar menjadikan pusat urutan tradisional dan refleksologi sebagai sasaran utama kegiatan,” katanya. Sementara itu pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya mengesahkan menerima laporan dari mangsa berhubung kes rompakan dilakukan oleh lelaki tempatan itu.
-hmetro-

Nazri Aziz bakal ganti Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri?

HARAKAHDAILY 
KUALA LUMPUR: Desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkuatkan lagi oleh tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di dalam blog beliau zamkata.blogspot, bekas menteri itu mendedahkan Muhyiddin sebenarnya sudah lama menyatakan hasrat untuk berundur dari kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya.

Sejak awal minggu ini desas-desus kononnya Muhyiddin akan digugurkan selepas rombakan kabinet berlegar di alam maya.

Malah perkara tersebut didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis veteran Umno.

Muhyiddin semalam bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyerahkan kedudukan beliau kepada Najib untuk menentukan.

Beliau menegaskan, sehingga hari ini tiada sebarang isu yang dibangkitkan berhubung kedudukannya dan perdana menteri tidak pula memaklumkan apa-apa kepadanya.

Menyentuh rombakan kabinet, Zam mendakwa dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan Gerakan.

"Dan kabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz," tulisnya.

Padah miliki payudara, punggung besar (Gambar)

Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.

Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu.

Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003.

Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.
Foto
GAMBAR dalam bulatan menunjukkan wanita berkenaan tersepit di celah bongkah batu.

Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.

Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. 
-Agensi/hmetro-

GEMPAR : C4 meletup di Mahkamah Syariah?

tokpepijat

Seorang daripada tertuduh dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Cif Inspektor Azilah Hadri, hari ini ditangkap khalwat bersama seorang anggota polis wanita.

Mereka dikatakan ditangkap oleh suami wanita terbabit yang juga seorang anggota polis pada kira-kira pukul 2 pagi di perumahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan khalwat itu.

May day...may day..Unit Letupan siap sedia! Keluarkan C4 dan aktifkan segera!
@ Hello...hello IGP sila bebaskan dia....

Adakah skrip zaman IGP Musa Hasan bakal digunakan?
@ Hello ..kedai topeng,sila bekalkan topeng kat Mahkamah Syariah.

KEADILAN buat Altantuya Shaariibu.

Pelacur jalanan cilik (Gambar)

Siti Salmiah A Hamid
Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.

Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa melacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera seks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu.

Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu.

Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah pelacuran.
Foto
Foto
Foto
PELACUR kanak-kanak mengerumuni dua pekerja amal dakwah.

“Selaku bekas detektif serta berpengalaman menyiasat selama 30 tahun mengenai penderaan kanak-kanak termasuk kes skandal Jimmy Savile, apa yang saya temui di Brazil membuatkan saya menggeletar.

“Beribu-ribu kanak-kanak berada dalam keadaan terdesak.

“Pencari pelanggan untuk seks serendah RM7.12 selepas bapa ayam memaksa mereka berpakaian dan bersolek agar kelihatan lebih tua.

“Mereka berulang-alik bagi menjalankan perdagangan kotor itu hanya beberapa ela dari hotel yang didiami peminat British.

“Mereka juga perlu menghidu gam untuk menghentikan rasa kelaparan.

“Malah, mereka takut selepas seorang pelacur ber–usia 14 tahun dibunuh dan mayatnya dibuang di jalanan beberapa bulan lalu oleh seorang lelaki yang enggan membayar perkhidmatan seks,” katanya.

Pemerdagangan mengejutkan membabitkan kanak-kanak perempuan dan lelaki berada di bawah pemerhatian polis.

Dengan suasana pantai yang menarik dan di sebelah bangunan pencakar langit, Recife adalah bandar kelima terbesar di Brazil serta tuan rumah kepada lima perlawanan Piala Dunia.

Recife juga terbabit dengan dadah dan penderaan kanak-kanak seperti mana yang dikatakan seorang pekerja amal, ia adalah sama di semua bandar di negara ini.

Sebaik saja pelancong tiba di lapangan terbang, pemandu teksi yang menunggu akan menawarkan pelancong membeli dadah atau seks.

Kanak-kanak terbabit akan duduk di sekitar dataran pusat bandar, tempat yang sama peminat bola sepak berkumpul.

Ia mungkin dianggap tempat kejadian yang tidak membahayakan, tetapi ramai kanak-kanak ini menawarkan seks tanpa berfikir dua kali.

“Terlintas di fikiran semuda manakah kanak-kanak ini kerana mereka cuba berlagak agar kelihatan lebih tua dengan pakaian dan solekan.

“Dengan ditemani penterjemah dan mubaligh yang bekerja dengan kanak-kanak di jalanan, saya bercakap dengan tiga budak perempuan, seorang daripadanya jelas tidak waras kerana menghisap dadah dan menghidu gam.

“Lorrisa baru berusia 13 tahun dan saya pasti tubuh kecilnya itu terbantut akibat dadah.

Dia menghidu gam industri yang kuat daripada sebuah botol plastik yang mereka namakan sebagai ‘cola’.

“Saya rapatkan botol itu ke hidung dan cuba melihat isi kandungannya, namun bau yang terlampau itu menyakitkan kepala saya,” kata Mark.

Menurut Lorissa, menghidu gam membuat–kan dia pening dan kebas sekali gus menghentikan rasa lapar, oleh itu dia tidak perlu makan.

“Ia membantu saya menghadapi keganasan dan bahaya di jalanan,” kata Lorissa.

Seketika kemudian, Raphaela, 13, rakan Lorissa turut menyertai perbualan kami.

“Saya sering didatangi puluhan lelaki yang mahukan khidmat seks sama ada penduduk tempatan, pelancong dan pemandu teksi.

“Mereka akan membayar BRL10 (RM14.28).

“Rakan saya, Mickela tinggal di jalan dan dia dibunuh pada hari polis merusuh.

“Seorang lelaki menjemputnya di stesen kereta api Metro dan dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu.

“Tetapi, lelaki itu enggan membayar Mickela lalu dia dibunuh dan mayatnya dibuang. Ia berlaku hanya beberapa minggu lalu,” kata Mickela, 14.

Seorang pelacur tua yang berperanan sebagai ibu kepada kanak-kanak terbabit memberitahu polis gagal mencari pembunuh itu.

Dalam tempoh tiga jam Mark menghabiskan masa berbual dengan kanak-kanak itu, dua kali kereta polis melewati mereka, tetapi pegawai polis itu tidak melakukan apa-apa.

Ia membuatkan keba–nyakan bapa ayam datang dan pergi bersama pengedar dadah selamat daripada pengetahuan polis.

Calliem, 14, memberitahu Mark bagaimana dia mula menjual tubuhnya untuk seks pada usia 11 tahun.

“Saya melakukan hubungan seks dengan lelaki dan mereka hanya membayar saya RM7.13,” katanya.

Calliem adalah pengguna tetap cola, ganja dan kokain crack, memperoleh kokain itu daripada peniaga di jalanan.

“Ayah saya sudah mati, ibu saya tinggal di tempat perlindungan bersama ibu saudara dan saya mempu–nyai sembilan adik-beradik.

“Tiga daripadanya mati. Seorang darinya maut dalam satu tembakan,” katanya.

Keluarga yang masih ada tahu kegiatannya yang hidup di jalanan dengan menjual diri untuk seks.

Perkara yang paling mengejutkan adalah cara dia bercerita mengenai hidupnya, seolah-olah ia adalah normal dan boleh diterima.

Calliem memberitahu Mark, dia takut jika Piala Dunia hanya menarik lebih ramai lelaki mengadakan hubungan seks.

Wanita berumur 41, yang tinggal di jalanan sejak ber–usia tujuh tahun berkata: “Kanak-kanak menghadapi risiko besar daripada lelaki dan pelancong tempatan.

“Seorang budak berumur 10 tahun dipaksa menjadi pelacur.

“Kanak-kanak ini me–ngikut kebanyakan lelaki kerana mereka ketagih pada dadah dan memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli dadah.

“Mereka menggunakan dadah untuk berasa kebas akibat penderaan seksual, mula menjadi ketagih lantas perlu menjual diri ber–ulang kali bagi mendapatkan wang,” katanya.

Dadah mudah diperoleh secara meluas di Brazil dan negara ini berada dalam genggaman wabak kokain crack.

Menurut Mark, dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang ketagih crack dan cola dan menjadi bapa ayam oleh seorang lelaki yang mereka gelar Pak Cik.

“Saya juga dibawa ke kawasan setinggan terkenal Santo Amaro untuk bercakap secara rahsia dengan seorang pengedar dadah berpangkat pertengahan, Stephanie.

“Dia memberitahu hanya menjual crack kepada remaja dan orang tua malah seorang pelanggannya bergelar peguam.

“Apabila saya memberitahunya dadah itu sering dijual kepada anak-anak muda, dia mula menangis kerana mempunyai anak ketagih ‘crack’,” katanya.

Beliau juga bertemu komander polis, Mejar Angelo yang menjemputnya ke stesen bersama seorang pegawai dari Jabatan Pemerdagangan Manusia.

“Pegawai polis terbabit memberitahu terlalu banyak kes seksual membabitkan kanak-kanak di negara itu sehingga mereka tidak ingat satu persatu,” katanya.

Mejar Angelo menambah: “Kami memandang serius isu berhubung peminat mahu melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.

“Kami menubuhkan talian bantuan dan bertindak segera dengan mana-mana panggilan serta mencari bukti,” katanya.

Namun tidak pasti sejauh mana serius dan ikhlas anggota polis di negara itu bagi membanteras kegiatan seks membabitkan kanak-kanak.

Namun operasi pengawasan yang mudah selama lebih seminggu mungkin mampu memerangkap ramai pesalah seks dan dapat menyelamatkan kanak-kanak.

Polis di United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyekat kemasukan pesalah seks kanak-kanak yang dikenali. - The Mirror

Najib sedang mengemaskan barisannya?

Hazlan Zakaria
Mula-mula kita dengar pertukaran menteri besar dan kini, kedengaran kisah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula yang akan berundur bagi memperkukuhkan parti Umno. Adakah ini dongengan atau akan benar-benar berlaku? Tunggu dan lihat.

Ketika satu persatu tokoh besar Umno bertukar, persoalannya: Adakah Perdana Menteri akan membuat perubahan besar bagi mengukuhkan kedudukannya sendiri?

Setelah dikritik dan diserang dari pihak dalaman parti, termasuk tokoh veteran Umno kerana kurang berpendirian tegas dan tidak menunjukkan pengaruhnya, Najib dilihat berdepan cabaran besar mengekalkan kuasa.

Diberitakan terdapat beberapa kumpulan yang diterajui pemimpin veteran yang turut disokong bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kurang senang dengan Najib dan mahunya berundur. Muhyiddin dilaporkan menjadi pilihan bagi menggantikan tempatnya.

Ironinya, ia seperti apa yang berlaku apabila Najib mengambilalih jawatan perdana menteri daripada tangan Tun Abdullah Badawi dahulu, di mana Muhyiddn memainkan peranan penting menyingkirkan Pak Lah.

Berita yang berlegar-legar daripada kumpulan di dalam Umno telah dibaca pemerhati sebagai kemungkinan Najib bakal disingkirkan dari berterusan memimpin parti Melayu itu, selepas pencapaian hambar di dalam PRU13 yang lalu.

Namun Najib secara senyap-senyap (atau mungkin penasihatnya) mengorak langkah menyusun kembali langkah agar beliau kekal memimpin Umno.

Sejak berita pertukaran barisan MB tersebar, sekurang-kurangnya satu jawatan MB telah bertukar tangan dengan pengunduran Datuk Seri Ahmad Said di Terengganu. Ini kemungkinan diikuti dengan Datuk Seri Adnan Yaakob di Pahang mengambil langkah yang serupa.

Tokoh lama diganti dengan pemimpin baru yang menyokong kepimpinan Najib.

Berita kemungkinan Muhyiddin direhatkan daripada jawatan TPM bakal mengesahkan bahawa Najib sedang memperkemas barisannya sambil menyingkir pesaingnya.

Berita tersebut dipetik daripada blog Umno dan Muhyiddin dikatakan akan mengambil cuti daripada berpolitik kerana beliau mahu memperkukuhkan parti Melayu itu.

Penyokong tegar Najib dan sepupunya yang juga menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dikhabarkan akan mengambil tempat Muhyiddin selaku TPM.

Cerita yang mungkin sukar diterima, seperti juga Ahmad menandatangani perjanjian bagi menjadi MB hanya bagi tempoh setahun selepas PRU13 dan Adnan dijangkiti bakteria yang menyebabkannya berundur atas sebab-sebab kesihatan.

Seorang blogger Umno dilaporkan mengulas tentangnya di laman Facebook, walaupun beliau kurang gemar dengan langkah menjadikan Hishammuddin TPM, sambil menggelarnya ‘pondan’. Ini bermaksud beliau bukan pemimpin kuat yang mampu menjayakan agenda Umno.

Tetapi mungkin benar Najib sedang mengemas kedudukannya. Namun bukan mudah menyingkirkan Muhyiddin. Malah penyingkiran Ahmad turut memberi kesan kepada Najib dari segi kos, modal politik dan pengaruh.

Langkah Ahmad keluar parti hampir menyebabkan BN tumbang di Terengganu. Muhyiddin bakal memberi kesan lebih besar kepada Najib dan kumpulannya sudah tentu tidak bersetuju beliau digantikan dengan Hishammuddin

Baghdad terancam, militan terus mara

ABD SHUKUR HARUN   
KEDUDUKAN Baghdad, Ibu Kota Iraq, sedang terancam apabila bandar Baquba, 40 batu utara Baghdad telah jatuh ke tangan kumpulan militan - yang menggelar diri mereka Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria atau ISIS - dalam pertempuran yang menewaskan tentera Iraq.

Kumpulan ISIS ini adalah pro-Sunni yang disokong oleh negara Arab Sunni dan Wahabi.
Sekiranya Baghdad jatuh, kesannya ialah bahawa kedudukan Baghdad terancam. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk Baghdad dan sekitarnya lari dari kota itu. Demikian menurut agensi berita luar negera.

Tetapi masalahnya, sudah lima bandar di Iraq telah jatuh ke tangan militan ISIS itu dan militan ini merancang bukan saja untuk membebaskan Iraq daripada pemerintahan Syiah Perdana Menteri Nouri al-Maliki, tetapi juga merancang untuk membebaskan Syria daripada pemerintahan Syiah Alawi, Bashar al-Assad.

Penganalisis antarabangsa berpendapat, jika kumpulan Sunni ini semakin banyak menawan wilayah Iraq, maka impikasinya ialah akan mengundang krisis sejagat, yang akan melibatkan kuasa besar dan Iran.

Rabu lalu, Presiden Barack Obama telah berbincang dengan pemimpin Kongres Amerika untuk memutuskan sama ada Amerika akan campur tangan kansung di Iraq dan bagaimana caranya. Pentadbiran Amerika dikatakan berdepan dengan keputusan yang sukar. Bagaimanapun, Obama sudah menghantarkan ratusan tenteranya ke Iraq, tetapi belum memutuskan sama ada akan melakukan serangan udara ke atas wilayah yang telah ditawan oleh militan ISIS itu.

Sementara itu, ribuan penduduk – kebanyakannya Syiah – telah meninggalkan Baquba dan beberapa bandar yang telah ditawan oleh militan ISIS itu. Pelarian itu membawa apa saja yang sempat mereka bawa, termasuk daging dan makanan lain.

Sebelum ini militan Sunni ini telan menawan bandar Tal Afar, dua wilayah di daerah Diyala dan Mosul, bandar kedua terbesar selepas Baghdad.

Menurut laporan agensi berita luar negera, militan ISIS mendakwa telah membunuh sekurang-kurangnya 1,700 penduduk bermazhab Syiah sejak mereka melancarkan serangan untuk membebaskan Iraq daripada pemerintahan Syiah.

Kabinet Iraq kelmarin telah memberi bantuan USD850,000 kepada penduduk yang rumah mereka musnah di Nineveh, Salaheddin dan wilayah Diyala.

Sementara itu Iran, yang bersempadan dengan Iraq, kini sedang bersedia untuk campur tangan di Iraq. Baru-baru ini, agensi berita Iran, Irna melaporkan bahawa Presiden Hassan Rouhani memberitahu bahawa Iran akan melindungi beberapa tempat suci Syiah di Iraq daripada serangan ‘pembunuh dan teroris’.

Seorang pegawai tinggi Iraq di Baghdad memberitahu CNN minggu lalu bahawa Iran telah menghantar 500 Pengawal Revolusi untuk menentang militan ISIS. Tetapi Rouhani menafikan berita itu. Bagaimanapun, beliau berkata, Iran terbuka untuk membantu Iraq jika diminta. Iran mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Syiah Iraq.

Sementara itu, Amerika dan Iran telah mengadakan perbincangan serius di Vienna, Austria Isnin lalu mengenai ancaman militan ISIS.

Krisis yang berlaku di Iraq ini menimbulkan impikasi terburuk mengenai kestabilan di Semenanjung Arab itu. Pertentangan Sunni-Syiah di negara rantau Arab itu sudah lama membara, walaupun pemimpin negara Arab itu selama ini cuba tidak membesar-besarkannya.
Sementara itu, tentera Iraq yang sempat lari, menceritakan bahawa mereka sangat malu apabila ditewaskan oleh militan ISIS. Komander mereka tidak kelihatan di tempat pertempuran. Mereka meminta peluru untuk melawan, tetapi tiada jawapan, lalu mereka lari meninggalkan pusat-pusat kawalan dengan rasa amat malu.

Dalam hubungan ini dua komander tentera Iraq telah disoal-siasat kerana meninggalkan pusat kawalan. Dalam masa yang sama Perdana Menteri Nouri al-Maliki telah menuduh kaum Kurdis di utara Iraq mendorong kekalahan tentera Iraq supaya mereka dapat merebut wilayah utara itu serta senjata yang ditinggalkan oleh tentera Iraq. Tetapi tuduhan al-Maliki itu tidak dapat dibuktikan.

Selasa lalu, al-Maliki telah memecat tiga orang jeneral yang ditempatkan di Mosul dan memerintahkan supaya mereka dibicarakan di mahkamah tentera.

Beliau juga telah memecat seorang brigadier jeneral dan memerintahkan supaya jeneral itu dibicarakan di mahkamah tentera. Al-Maiki juga bercadang untuk memecat beberapa lagi pegawai kanan tenteranya atau dihadapkan ke mahkamah tentera.

Menurut sumber, militan ISIS ini mendapat bantuan kewangan dan senjata yang banyak dari negara Teluk yang kaya dan dijangkakan krisis ini akan berlarutan.

Amy Search kecewa dengan Nabila?

Amy Search kecewa dengan Nabila?
BAPA merupakan ketua dan pemimpin yang berdepan dengan tanggungjawab berat dalam memastikan kesejahteraan keluarga.

Namun, apabila setiap kali nasihatnya itu dipandang sepi, sudah pasti ia memberi kesan buat dirinya sendiri.

Begitulah situasi yang dialami oleh legenda rock terkenal, Amy Search, dalam menggalas tugasnya sebagai bapa.

Sebelum ini, dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya yang juga pelakon, Nabila Huda, namun kali ini dia enggan.

Walaupun ramai mula berbicara mengenai anaknya itu, namun Amy mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen dan nasihat lagi.

Menurut Amy, berita mengenai anaknya yang diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui pada hari ini (semalam).

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,' kata Amy lagi.

Mendengar butir bicara Amy, jelas menunjukkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini.

Ini bukanlah kali pertama Nabila dilanda kontroversi malah, kebanyakan daripada pengikut laman sosial pelakon ini sentiasa meninggalkan pesanan dan komen yang kurang enak di setiap foto yang dimuat naik.

Terbaru, melihat kepada kehidupan peribadi Abil yang gemar bersosial dan bercuti bersama kekasih, seorang pengikut laman Instagramnya, bernama, Darian Christ telah meninggalkan komen berbaur sinis kepada pelakon drama, Masih Ada Cinta, ini.

Antaranya, pengikut itu mengajak Abil untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Abil tidak berhasil apabila pelakon ini kini sedang bercuti di Barcelona.
-sinarharian-

Lengan Besar Sebelah Bawa Tuah

SEORANG warga Jerman yang dilahirkan dengan lengan kanannya bersaiz besar telah berjaya dalam kariernya sebagai ahli gusti lengan profesional.

Matthais Schlitte mempunyai penyakit tulang yang jarang-jarang berlaku yang menyebabkan tangan kanannya dua kali ganda lebih besar berbanding saiz lengan kirinya, dengan ukur lilit lengan sekitar 46cm.

Dia yang berusia 27 tahun itu telah menjadi juara dunia dalam sukan yang diceburinya, meraih lapan gelaran di kejohanan kebangsaan Jerman dan 12 gelaran antarabangsa.

Dia menjelaskan kerjayanya bermula pada tahun 2004 selepas dia pergi ke sebuah bar di bandar Haldensleben, Jerman, tempat di mana dia dilahirkan.

"Sebuah bar kecil di Haldensleben sedang mencari ahli gusti lengan yang paling kuat di rantau ini dan kejohanan itu menjadi kejohanan pertama saya dan permulaan kerjaya saya,' jelasnya di laman web rasmi.

"Tanpa apa-apa pengetahuan atau latihan saya bertanding sebagai seorang amatur bagi kategori 90kg ke atas ketika berumur 16 tahun dengan berat 65kg.
"Pada mulanya, lawan saya yang lebih tua dan berpengalaman tersenyum melihat saya yang begitu ringan tetapi selepas menang, pendapat mereka mula berubah," katanya.

Dia menambah perkaitan di antara gusti lengan dan orang mabuk di pub adalah 'benar-benar salah'.
-mstar-

Wanita bunuh suami kerana dendam 40 tahun

Tokyo: Polis semalam menahan seorang suri rumah berusia 79 tahun yang didakwa memukul suaminya sehingga mati kerana menjalin hubungan sulit dengan wanita lain 40 tahun lalu.

Menurut jurucakap polis, Yoshiko Suzuki menggunakan ‘objek seperti kayu’ untuk menyerang suaminya, Masaharu, 79, di rumah mereka di bandar Nakai, 60 kilometer ke barat Tokyo, Ahad lalu.

“Suami saya kehilangan kerjayanya 40 tahun lalu kerana menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita.


Hal ini menyebabkan kami sering bertengkar,” kata suspek kepada penyiasat.

Polis pernah meleraikan satu pertengkaran di antara mereka September lalu.

Pasangan berkenaan hidup bersama anak mereka berusia 43 tahun yang keluar membeli-belah ketika kejadian.

Yoshiko ditahan atas tuduhan serangan yang menyebabkan kematian dan kesnya diserahkan kepada pendakwa raya di wilayah Kanagawa.

Tahun lalu seorang wanita Jepun memukul suaminya yang berusia 70 tahun hingga mati dengan cawan selepas mengetahui lelaki berkenaan menjalinkan hubungan sulit.
-AFP/hmetro-

Wanita Bogel Berjemur Di Tingkap Sebabkan Kemalangan Jalan Raya (Gambar)

Wanita berbogel berjemur di tingkap kediamannya menyebabkan kemalangan jalan raya di Vienna, Austria.
TINDAKAN seorang wanita berjemur dalam keadaan bogel di tingkap kediamannya menimbulkan keadaan kelam kabut apabila mengganggu tumpuan pemandu hingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.

Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.

Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu.

"Saya terkejut apabila melihatnya," kata pelajar itu.

Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan.

Michael Kienast berkata, wanita itu terlalu inginkan sinaran matahari hingga melakukan sesuatu yang jarang dilakukan.

"Ketika ramai mendongak melihat wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan lain di hadapannya.

"Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui tumpuannya terganggu berikutan tindakan wanita itu dan menunjuk ke arah tingkap di mana wanita itu sedang berbaring," katanya.

Menyedari punca pelanggaran yang tidak disengajakan itu, mangsa kemalangan kemudiannya berkata: "Oh, baru saya faham maksud awak."

Pada masa sama, beberapa kereta dilihat menghalang lalu lintas kerana pemandunya terlalu asyik melihat gelagat wanita itu hinggakan polis peronda terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Bagaimanapun, sebaik polis tiba, wanita itu sudah masuk ke kediamannya dan menutup tingkap.
-mstar-