Raja Muda Selangor difitnah murtad
PETALING JAYA: Kenyataan yang dikeluarkan oleh portal World News Daily Report bahawa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah keluar daripada Islam dan menukar agamanya kepada agama Katolik telah menggemparkan seluruh penganut agama Islam di negara ini.
Dalam laporannya pada 24 Julai lalu, portal berita itu menyatakan bahawa “Satu-satunya anak lelaki dan waris Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, telah mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang disifatkan majalah People’s sebagai ‘kisah benar Romeo dan Juliet zaman ini’.”
“Raja Muda Selangor itu meletakkan semua jawatan serta peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model yang juga bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16. Nama Cristina mula dikenali apabila stesen televisyen merakamkan gambarnya ketika menonton perlawanan bola sepak.”
Namun demkian setelah diteliti dan diperiksa, nama Cristina Gomez itu tidak tergolong dalam senarai nama model terkenal.
Dalam masa yang sama, portal berita tersebut juga telah melaporkan maklumat yang salah berkenaan Tengku Amir kerana pada tahun ini, usia Tengku Amir adalah 23 tahun dan bukannya berusia 21 tahun.
Laporan palsu itu mendakwa “upacara pembaptisan bekas umat Islam itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral, di Braga, Portugal mengundang kritikan hebat umat Islam sedunia ke atas bekas waris takhta Selangor itu.”
Ia juga berkata: “Pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral di Venice dan lokasi berbulan madu mereka masih belum diketahui.”
Walaubagaimanapun, lewat tengah hari ini, didapati portal tersebut tidak lagi dapat diakses.
Mari Kita Tengok Siapa Patih Kerma Wijaya di Istana Selangor?
Abdul Rahman Kadir
Semua tahu kisah Hang Tuah. Dia difitnah pembesar istana sehingga menyebabkan Sultan Melaka murka dan menjatuhkan hukuman mati ke atas dirinya.
Yang memfitnah Hang Tuah adalah Patih Kerma Wijaya. Beliau memfitnah Hang Tuah kerana cemburu dan dengki terhadap kemasyhuran dan kedudukan Hang Tuah.
Dan atas kepetahan berhujah, beliau berjaya menyebabkanbaginda marah dan lupa segala jasa Hang Tuah terhadap diri baginda.
Maka Hang Tuah yang tidak bersalah dimurkai Sultan dan dijatuhkan hukuman mati!
Hanya kebijaksanaan Datuk Bendahara menyelamatkan Hang Tuah dan sepertimana kita semua tahu, akhirnya Sultan Melaka sendiri kesal dengan sikap terburu-burunya.
Begitulah juga ceritanya dengan Hang Nadim semasa Singapura dilanggar todak. Kebijaksanaan Hang Nadim yang hanya berumur 7 tahun pada masa itu dicemburui pembesar istana.
Mereka menimbulkan kemarahan Sultan dengan menuduh kononnya Hang Nadim apabila sudah dewasa akan merampas tahta baginda!
Akhirnya Hang Nadim yang sepatutnya diberikan ganjaran dan anugerah atas kebijaksanaannya dalam menangani serangan diperintah dibunuh oleh Sultan! Dia dibawa ke tengah laut dan dibuang ke dalam laut sehingga mati lemas.
Dan banyak juga lagi kisah sedemikian rupa dalam sejarah kesultanan Melayu. Pembesar istana kerap memainkan peranan durjana, memangsakan orang yang tidak disenangi atau yang tidak mengikut kehendak mereka dengan menyebarkan fitnah untuk menimbulkan kemarahan Sultan terhadap orang berkenaan.
Sebagai pembesar Istana yang berdamping dengan Sultan, mereka tahu apa yang dirisaukan dan dibenci Sultan. Kepandaian berhujah serta membodek akhirnya boleh menyebabkan Sultan bertindak sepertimana yang diharapkan.
Dalam semua kisah yang sebegitu rupa, didapati Sultan terlalu percaya kepada pembesar istana dan menjatuhkan hukuman tanpa memberi peluang kepada pihak yang difitnah membela diri. Mendengar sebelah pihak merupakan formula pasti menjamin keputusan tidak adil.
Saya menimbulkan kembali kisah-kisah ini kerana tercetusnya kemurkaan Sultan Selangor terhadap salah seorang Ahli Parlimen Selangor Khalid Samad. Titah Baginda pada 15 Julai di majlis berbuka puasa di sebuah Masjid di Sepang di mana baginda menyatakan kemurkaan terhadap Khalid secara terbuka dan memeranjatkan ramai.
Nama Khalid disebut sebanyak enam kali dalam ucapan baginda dan dituduh dengan tuduhan amat berat. Di antaranya adalah tuduhan menentang kuasa Sultan dan bertindak biadap terhadap Sultan.
Namun, apabila ditanya Khalid mengenai tuduhan berkenaan, beliau menyatakan beliau amat terperanjat dan menafikan berniat sebegitu rupa. Sebaliknya apa yang ingin dilakukan ialah menyelamatkan Sultan daripada cemuhan yang mungkin timbul apabila sesuatu keputusan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Apabila mendengar cadangan Khalid, sepertimana yang dijelaskan, saya tidak nampak adanya mala-fide atau niat jahat terhadap Sultan.
Mungkin ada yang setuju dan ada yang tidak terhadap cadangan itu, semua dengan hujah masing-masing, tetapi cadangan ini tidak menjejas kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Selangor walaupun sedikit. Yang berbeza hanya dari sudut siapa yang ditugaskan untuk melaksanakan dasar yang diputuskan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Oleh itu, timbullah persoalan sejauh mana pembesar istana, atau dalam konteks ini penasihat Sultan dalam Mais benar-benar berperanan secara profesional dan jujur dalam kes ini?
Adakah mereka jelaskan kepada Sultan niat sebenar Khalid atau menokok-nambah mengikut prejudis mereka? Atau adakah ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk memukul Khalid atas sebab beliau selalu mempersoalkan cara bagaimana sesuatu tindakan diambil Jais atas arahan Mais?
Atau peluang keemasan untuk menjatuhkan seorang yang memenangi kerusi Parlimen Shah Alam dua kali berturut-turut dengan majoriti undi melebihi sepuluh ribu?
Sekiranya yang menasihati Sultan mempunyai agenda tersendiri, maka amat malanglah rakyat Selngor kerana sudah jelas apa yang pernah berlaku pada zaman Kesultanan Melayu berulang kembali. Dalam keadaan itu, rakyat Selangor wajar bertanya siapakah yang memainkan watak Patih Kerma Wijaya di Istana Selangor?
Apabila dikaji daripada senarai anggota ahli majlis Mais, sememangnya ada ramai yang merupakan penyokong Umno mungkin berkepentingan dalam soal ini. Oleh itu peranan mereka untuk memfitnah Khalid berhubung niat sebenarnya tidak merupakan sesuatu yang mustahil.
Mungkin Umno tiada cara lain untuk menjatuhkan Khalid di Shah Alam selain memfitnahnya sebagai penentang Sultan sehingga menyebabkan Sultan murka terhadapnya.
Dengan itu diharap rakyat Shah Alam akan menolaknya sebagai Ahli Parlimen mereka. Atau dianggap dengan adanya Khalid maka sokongan bukan Melayu dan bukan Islam akan terus bersama PAS kerana sikapnya yang adil terhadap mereka?
Tanpa adanya Khalid, tindakan Jais untuk menimbulkan ketegangan dengan orang bukan Islam dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi sehingga menyebabkan mereka kembali kepada BN. Ini kerana mereka hanya menghadapi masalah selepas Selangor dimenangi PR.
Dalam pada itu adalah dianggap wajar sekiranya Tuanku membenarkan Khalid menjelaskan sendiri apa yang ingin beliau cadangkan dari mendengar hanya sebelah pihak. Lebih-lebih lagi apabila diketahui pihak berkenaan adalah merupakan seteru politik Khalid.
Sultan yang adil semestinya menjatuhkan hukuman atau membuat keputusan selepas mendengar kedua-dua pihak dan orang yang tertuduh wajar diberi peluang pembelaan. Kalau tidak, tragedi kezaliman seperti yang melibatkan Hang Tuah dan Hang Nadim boleh berulang kembali.
Dengan itu akan menjadi jelas kita orang Melayu dan Sultan-Sultan Melayu tidak belajar daripada sejarah.
Malaysia Insider
Apa strategi kalahkan bangsa Yahudi?
MEJAR (B) MOHAMMAD QAYYUM A BADARUDIN
KITA harus belajar dari bangsa Yahudi sendiri iaitu bangsa Palestin itu harus kuat, harus pintar, harus sabar dengan cara mengalah dan menyusun kekuatan, iaitu kekuatan peringkat dalaman, kekuatan ekonomi, kekuatan ilmu pengetahuan, kekuatan teknologi senjata, kekuatan melobi menjadi pengaruh besar di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, jika anda ingin membantu agar bangsa Palestin tidak tertindas, tidak ada lain kecuali empat perkara pokok itu harus dimulai dari sekarang untuk membolehkan Islam kita mengalahkan bangsa Yahudi.
Itupun dalam keadaan jika bangsa Yahudi itu berdiam diri, tidak terus berkembang.
Keempat-empat unsur penting itu adalah pertamanya ekonomi, keduanya teknologi perang, ketiganya melobi dunia dan keempat harus bersatu bersama-sama menghalang kekuatan sama ada dalaman atau dari luaran.
1. Mulai sekarang berjihad dan belajarkan dengan sekuat tenaga untuk menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi sampai tiba ketikanya kita dapat mengatasi bangsa Yahudi.
2. Mulai sekarang belajarlah ekonomi dunia, kuasailah segala sektor untuk kekuatan ekonomi, sektor industri, sektor komunikasi, sektor hiburan dalam ranga penguasaan ekonomi dunia. Mulailah belajar membuat filem yang mendidik dan bukannya merosakkan, menguasai jalur lebar media massa, media hiburan, olahraga dan sebagainya.
3. Buat teknologi perang, persenjataan lebih maju berbanding Amerika Syarikat, Eropah dan Yahudi.Buat roket yang canggih, pesawat tempur yang tidak boleh dikesan. Pasukan tempat yang tidak takut mati, teknologi satelit, geografi, radar dan sebagainya.
Buat sistem pertahanan berlapis, tahan peluru, tahan bom bahkan bom nuklear.
4. Mulai sekarang bersatulah dan jangan beralasan dan bersyarat. Tetapi bersatulah menyusun kekuatan dalam rangka strategi membuat bangsa Yahudi tidak berjaya. Kuasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan organisasi dunia untuk kita mempunyai kuasa memutus.
5. Tetap berdoa agar Allah berpihak kepada kita, sebab orang Yahudi juga berdoa. Bezanya doa kita pada Tuhan yang betul, yang telah mencipta alam ini dan segala isinya.
Siapa pembekal senjata kepada Hamas?
HARIS ZALKAPLI
SETIAP kali berlaku serangan ke atas Gaza di Palestin, atau sebarang konflik dalam wilayah dunia Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC, sering disebut dalam kenyataan-kenyataan, mendesak pertubuhan terbesar masyarakat Islam dunia itu bertindak.
Malangnya, realiti politik aliansi global tidak membenarkan peranan yang besar itu diambil oleh OIC, sebuah pertubuhan yang dikuasai oleh Arab Saudi dan tidak melibatkan diri dalam isu politik yang rumit.
Negara-negara Arab yang secara tradisi menguasai dunia Islam dan sekaligus OIC ialah Arab Saudi dan Mesir, dua negara yang juga sekutu kuat Amerika Syarikat.
Dua negara ini ialah negara yang tidak senang dengan Ikhwan al-Muslimin dan Hamas, kumpulan yang umumnya berkongsi falsafah perjuangan yang sama.
Maka, amat sukar untuk melihat OIC yang dikuasai Saudi dan Mesir berupaya mengambil tindakan yang tegas dalam isu Palestin.
Mesir di bawah Abdel Fatah al-Sisi kini lebih kuat memusuhi dua kumpulan ini, dan tidak dapat diharapkan sama sekali untuk membantu dalam kes Gaza.
Dalam dunia Arab, politik serantau seperti konflik Syria dan Iraq biasanya ditangani melalui Liga Arab, yang kini juga dikuasai oleh Arab Saudi dan sekutu-sekutunya di Teluk Parsi.
Tindakan paling tegas diambil oleh Liga Arab sejak beberapa tahun lalu, pada 2011, ialah menggantung keahlian Syria, dalam satu tindakan yang memperlihatkan persaingan serantau melibatkan konflik di negara itu.
Syria yang bersekutu dengan Iran sejak 1979 kini digugat oleh Saudi, Qatar, Turki dan negara sealiran yang lain dalam usaha melemahkan paksi Syria-Iran dan kumpulan-kumpulan yang disokong mereka, yang paling utama Hizbullah dan Hamas.
Syria dan Iran - dan juga Sudan - memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kekuatan persenjataan Hamas dan Hizbullah dalam berdepan dengan Israel.
Syria dan Iran ialah pembekal utama senjata kepada Hamas dan Hizbullah, yang menjadi satu sebab AS yang melindungi Israel mahu pakatan Syria-Iran diputuskan.
Selain dua negara itu, Sudan berperanan sebagai satu saluran bekalan senjata dari Iran ke Hamas dan Hizbullah. Kilang senjata, yang satu destinasinya utamanya ialah Gaza, turut beroperasi di wilayah Sudan.
Pada tahun 2012, sebuah kilang senjata di Sudan, tidak jauh dari Khartoum, dibom, dipercayai oleh Israel sebagai usaha menjejaskan bekalan senjata kepada musuhnya di Gaza dan Lubnan.
Kilang tersebut dikatakan dimiliki oleh Iran, dan dioperasikan untuk membekalkan senjata kepada musuh-musuh Israel di kawasan Syam.
Sudan sebelum itu pada 2009 menjadi sasaran serangan udara, dipercayai oleh AS ke atas konvoi membawa senjata. Satu serangan pada Januari dan satu lagi pada Februari, 2009, dilaporkan mengorbankan 88 orang.
Hari ini, Iran masih membekalkan senjata kepada Hamas - dan juga semakin banyak kepada Jihad Islami - yang berdepan dengan serangan Israel.
Realiti politik serantau menunjukkan yang kuasa-kuasa Arab tidak diyakini untuk berdepan secara tegas dengan Israel, akibat pelbagai kepentingan dan keterbatasan.
Sebuah lagi negara Islam, Turki, telah menunjukkan kesediaan berdepan dengan Israel pada tahap tertentu, tetapi kedudukannya sebagai anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato, menghalangnya daripada bertindak lebih tegas.
Realiti politik rantau Arab mendedahkan kompleksiti yang menjadikan sebarang tindakan tegas ke atas Israel sukar dilakukan oleh kuasa-kuasa Arab, terutama Mesir yang bersempadan dengan Gaza, yang kini dipimpin oleh al-Sisi.
Kekuatan dan iltizam politik yang lebih kuat diperlukan oleh kerajaan-kerajaan negara Islam untuk membantu umat di Palestin.
Ini tidak bermakna usaha membantu terhad kepada kerajaan, kerana pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan telah menunjukkan kemampuan dalam membantu warga Palestin. Tetapi, realiti politik melibatkan persaingan kuasa-kuasa di dunia Islam ini menjadikan penyelesaian masalah Palestin menjadi semakin sukar, dan bermakna serangan ke atas Gaza akan terus berulang.
Dalam menangani isu kekejaman Israel, selain bantuan kemanusiaan, penyelesaian politik tetap diperlukan kerana faktor kuasa negara yang besar dalam hal ini.
Tetapi, pada masa sama, perhatian yang serius juga perlu diberikan pada umat Muslim di negara-negara lain yang juga berdepan kezaliman seperti di Myanmar, Thailand, Filipina, dan Sri Lanka.
Remaja perempuan menyerang lelaki warga emas berusia 77 tahun
Tidak padan dengan jantina, dua perempuan muda melakukan serangan berunsur perkauman terhadap lelaki warga emas berusia 77 tahun yang juga rabun dalam sebuah bas, lapor media semalam.
Kejadian itu menjadi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa selepas rakaman mengenainya dimuat naik di laman sosial - terima kasih kepada seorang budak perempuan yang berani.
Lana Janet Watmough, 21, dan Layni Gloria Cameron, 17, menyerah diri kepada polis selepas rakaman kejadian itu tersebar kepada umum.
Semalam, kedua-duanya mereka didakwa menyerang dan mengganggu mangsa.
Lana dibebaskan dengan jaminan manakala Layni masih ditahan reman.
Seorang budak perempuan berusia 13 tahun merakamkan kejadian itu yang menunjukkan mereka turut menendang dan meludah Paul Bittigieg yang ketika itu duduk di bahagian depan bas.
Kedua-duanya mereka juga memaki hamun penumpang lain ketika menaiki bas itu, termasuk seorang ibu yang membawa anaknya.
Bercakap kepada media, Buttigieg berkata, dua perempuan terbabit memaki hamun orang ketika menaiki bas dari pintu belakang.
“Saya berkata dengan baik supaya jangan menyeranah kami, namun tiba-tiba mereka memukul saya,” katanya.
Kes itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menandatangani petisyen selain mewujudkan kumpulan di Facebook mendesak mereka ditangkap.
Sementara itu, peguam bela dua wanita terbabit berkata anak guamnya turut menerima ancaman bunuh.
Kes 2 London: Seorang wanita yang menjadi buruan kumpulan gengster menyaman polis yang menyelamatkannya kerana pihak berkuasa didakwa melanggar hak asasi.
Wanita dikenali sebagai Julie, 47, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London bagi menuntut ganti rugi £100,000 (RM549,000) daripada Polis Metropolitan.
Berdasarkan dokumen difail, Julie mendakwa dia kini papa kedana selepas hampir sedekad dimasukkan ke skim perlindungan saksi.
Tuntutannya bakal didengar lewat tahun ini dan dia akan mewakili dirinya sendiri berikutan tidak mampu melantik peguam.
Jurumekap profesional itu tinggal di beberapa lokasi rahsia bersama anak perempuan remajanya di selatan England sejak dia dan bekas teman lelakinya - pengedar dadah yang mempunyai kaitan dengan keluarga gengster Adams - menjadi buruan penjenayah.
Kata Julie, polis melarangnya bekerja ketika berada dalam skim perlindungan saksi mengakibatkan rumahnya di London, serta beberapa harta lain, dirampas bank disebabkan gagal membayar hutangnya.
“Saya hilang segala-galanya.
Saya rasa seperti polis mengabaikan saya.
“Mereka berjanji akan menebus balik sebarang kerugian dialami sepanjang berada dalam program perlindungan saksi itu, tetapi kini saya tiada duit langsung dan masih takut setiap kali terdengar pintu rumah diketuk,” katanya.
Menurut Julie, masalahnya bermula selepas polis merampas sejumlah besar dadah di dalam van dipandu bekas teman lelakinya.
Dorling merempuh van itu supaya ditangkap kerana bimbang diburu anggota geng yang mungkin melihatnya sebagai tali barut akibat kejadian itu.
Polis kemudian menghubungi Julie dengan amaran dia menjadi sasaran pembunuh upahan.
Julie berkata dia dimaklumkan program itu hanya untuk enam bulan sehingga perlu memberi keterangan terhadap Dorling.
“Namun kini sudah bertahun-tahun saya hidup bagai pelarian.
“Saya, ibu dan anak perempuan tinggal di sembilan rumah antara 2003 dan 2011,” katanya.
- Agensi Kes 3 Florida: Seorang wanita yang terkenal selepas gambarnya di balai polis dimuat naik ke Internet kini menyaman sebuah syarikat yang didakwa menyalahgunakannya untuk mengaut keuntungan.
Meagan Simmons, 28, menuduh InstantCheckmate.com meraih keuntungan daripada imej itu yang diambil ketika dia ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2010.
Gambar itu banyak kali digunakan dalam Internet berikutan keayuan wajahnya.
Namun peguam Meagan, Matthew Cristmenyifatkan perbuatan syarikat terbabit sebagai melampau.
Ini berikutan syarikat yang melakukan pemeriksaan latar belakang untuk pelanggannya menggunakan gambar itu dalam iklan berserta slogan “Kadangkala yang comel tidak semestinya tidak bersalah.” “Ini isu membabitkan harta intelek.
Jika mereka mahu menggunakan imej itu mereka perlu membayarnya,” katanya.
- Agensi
Tentera Israel dipecat kerana takut dengan Al-Qassam
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Media Zionis semalam melaporkan pihak tentera rejim itu terpaksa memecat anggota tenteranya ekoran enggan menyertai serangan ke atas Gaza kerana takut terbunuh di tangan pejuang Palestin.
TV10 Israel melaporkan, puluhan anggota tentera rejim menolak untuk menaiki kenderaan perang untuk memasuki Gaza.
Nama anggota-anggota itu juga disenarai hitam dari menjadi askar untuk seumur hidup.
Sehingga semalam, lebih 30 askar rejim Zionis maut berdepan serangan balas sayap kanan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam ketika mereka melakukan serangan darat ke atas Gaza.
Beberapa sumber juga menyebut, tentera Zionis sangat taku apabila berhadapan serangan hendap Al-Qassam sehingga ada yang terpaksa menembak kaki sendiri supaya cedera dan dibawa keluar dari kawasan perperangan.
Mereka juga dilaporkan mengakui kehebatan anggota Al-Qassam sehingga mendakwa bukan berperang dengan manusia tetapi seperti berperang dengan hantu yang datang secara tiba-tiba dan kemudian hilang.
Pada sabtu lalu enam anggota tentera Israel maut setelah kenderaan tentera yang dinaiki mereka berjaya ditembak Al-Qassam di kawasan Timur Tuffah, Gaza Timur.
Sumber Israel sebelum ini mengakui kenderaan perisai jenis M113 yang digunakan mereka menyerang Gaza, tidak selamat jika diserang dengan roket jenis RPG terbaru.
Kecoh la pulak gambar mayat dililit ular ini
PETALING JAYA: Stesen televisyen saluran Astro Oasis mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar dan menimbulkan kekecohan masyarakat merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur: Kutuk Azan.
Pengurus saluran itu, Namanzee Harris berkata, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak Astro, bagaimanapun ia tersebar di laman-laman blog dengan pelbagai cerita yang menimbulkan kerisauan orang ramai.
"Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.
"Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa keping gambar jenazah sedang disembahyangkan dilingkari seekor ular sawa yang tersebar di internet.
Gambar yang didakwa kejadian benar yang berlaku di utara tanah air itu telah menimbulkan kebimbangkan masyarakat.
Gambar yang tersebar di internet menimbulkan keresahan masyarakat.
Menurut Namenzee, dia pada awalnya turut terkejut apabila menerima kiriman gambar-gambar tersebut daripada rakan-rakannya yang bertanyakan hal itu.
"Beberapa hari lalu mereka ada beberapa rakan yang hantar gambar ini kepada saya, mula-mula saya tengok macam betul tetapi bila lihat betul-betul ia nampak ular itu seperti sudah diatur dan sedia untuk penggambaran.
"Kalau orang luar lihat mungkin akan mempercayainya, lagi pula kononnya ia berlaku pada bulan Ramadan ini," katanya.
Dalam pada itu, katanya, drama Tanah Kubur: Kutuk Azan itu bakal ditayangkan tidak lama lagi bagi musim ke-12.
Drama tersebut merupakan inspirasi daripada kisah yang diambil pada zaman Khalifah Abu Bakar R.A berkenaan pengebumian seorang lelaki yang telah mengutuk laungan Azan dan mayatnya dibelit oleh seekor ular.
-mstar-
'Ya! perempuan gengster itu adalah aku'...
Lanh
Baru ini rakaman video seorang wanita bertudung yang didakwa bertindak ganas dan ekstrem selepas kereta Peugeot 208 miliknya dilanggar kereta seorang pesara di Kuantan, menjadi viral dalam internet.
Ramai orang memilih untuk mengutuk wanita ini,namun pada bulan Ramadan yang mulia ini saya memilih untuk mengaku bahawa 'perempuan gengster itu adalah aku'.
Ya, ramai daripada kita mendakwa kononnya diri kita baik, tidak buruk seperti perempuan itu, tetapi ketahuilah wahai tuan dan puan sekalian bahawa diri kita ini tidak sebaik mana, hanya Allah melindungkan sikap buruk kita, kalau Dia dedahkan habislah kita...
Bukankah salah satu doa yang kerap kita baca adalah: "Ya Allah, janganlah Engkau biarkan kami dalam keaiban kecuali Engkau sembunyikannya..." Demikianlah perlakukan buruk kita tidak didedahkan oleh Allah, ertinya kita nampak baik bukan kerana kita baik tetapi Allah menolong kita dengan tidak mendedahkan keburukan kita kepada umum.
Kalaulah perlakukan buruk kita dirakam dan didedahkan kepada umum...alangkah malunya dirinya. Namun ingatlah, di akhirat nanti segala keburukan kita akan didedahkan kecuali di kalangan orang tertentu seperti orang yang menyembunyikan aib orang, maka Allah akan menyembunyikan aibnya.
Hanya Allah dan kita yang tahu akan hakikat diri sendiri. Sesetengah ulama memberi panduan bagi mengenal diri sendiri, renunglah mata kita sendiri dalam cermin dan lihatlah diri kita sendiri dalam mata itu. Bukalah pintu hati, akan datanglah keinsafan diri bahawa "aku sebenarnya tidak sebaik yang orang sangka."
Akan terbayanglah segala keburukan diri kita selama ini. Kenangkanlah masa lalu, apabila harta benda kita (termasuk kereta) 'diusik' orang adakah kita orang yang sabar ataupun kita pun bertindak sama macam 'wanita gengster' itu? Bukankah kita pernah menjadi 'Hulk'...naik angin semacam apatah lagi menyedari mangsa yang kita maki hamun itu berada dalam kedudukan lemah?
Orang bertukar menjadi 'Hulk' bukanlah perkara asing...kerap benar kita melihatnya di pejabat, di dalam kenderaan awam malah di rumah sekalipun. Sebagai ketua di rumah, saya takut jika menjadi 'Hulk' kerana gagal mengawal emosi akibat tekanan anak isteri. Menjadi 'Hulk' di rumah lagi senang daripada di pejabat dan di jalan raya sebab orang yang kita hadapi (anak isteri) lebih lemah daripada kita.
Namun di pejabat dan jalan raya, kita tengok-tengok juga sebelum menjadi 'Hulk'. Kalau lawan kita bos kita yang bebadan sasa atau pembuli jalan raya tentunya kita tidak menjadi 'Hulk' sebaliknya jadi 'tikus'.
Ulama berkata berdoalah kepada Allah SWT agar Dia tidak menyerahkan 'diri kita kepada diri kita sendiri'. Jika ini berlaku, kita akan bertindak seperti 'wanita gengster' itu kerana dalam situasi begitu iblis dan syaitan akan menguasai diri kita.
Sebaliknya, berdoalah kepada Allah agar Dia-lah yang menguasai dan menjaga diri kita. Apabila kita berada dalam jagaan dan perlindungan-Nya, terselamatlah daripada menjadi 'gengster' atau 'Hulk'. Hanya orang yang akrab dengan Allah (beriman) akan terselamat kerana semua gerak gerinya adalah berpandukan kehendak Allah. Sifat-sifat mulia seperti reda dan sabar akan menghiasai dirinya.
Ya, wahai pembaca, mungkin ada yang tertanya-tanya apa kena mengena antara 'kisah wanita gengster' dengan 'kisah Tanah Suci'. Berdasarkan pengalaman saya, jemaah haji pun ada yang bertukar menjadi 'Hulk'.
Suatu subuh dapat saya saksikan betapa hebatnya pertengkaran antara seorang jemaah haji lelaki yang isterinya dipaksa meninggalkan dataran Kaabah kerana selepas azan kawasan itu akan dijadikan tempat sembahyang jemaah lelaki sedangkan orang perempuan nun jauh di belakang.
Bayangkanlah di depan Kaabah pun mereka bertengkar, lama pula tu. Namun tidaklah saya ketahui butir-butir kerana bahasa mereka asing pada saya.
Selain 'kelam kabut' sejurus sebelum solat wajib (jemaah perlu memberhentikan tawaf untuk solat), ada juga jemaah bertukar menjadi 'Hulk' ketika mahu mengucup Hajar Aswad.
Mereka tidak pedulikan apa juga halangan, mereka rempuh saja tidak kira perempuan ke atau orang tua. Kadang-kala sehingga tercampak dan terjatuh jemaah dirempuh mereka. Ada yang dapat kucup Hajar Aswad tetapi kemudian mendapati diri mereka 'dicampakkan' ke atas jemaah lain. Ada pula yang membikin rantaian manusia, mereka menginjak-injak ke depan untuk mencium Hajar Aswad, apa yang terjadi kepada jemaah lain bukan urusan mereka.
Demikian kemungkinan untuk menjadi 'Hulk' ada pada setiap manusia dan pada bila-bila masa tanpa disangka. Akan tiba-tiba saja 'satu angin' datang kepada diri kita, langsung kita tidak sedar apa yang kita lakukan. Itulah kita manusia yang tidak sunyi daripada melakukan dosa. Kata orang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Menyedari diri sendiri bahawa kita banyak salah dan dosa sudah baik, apatah lagi bermuhasabah untuk mengkoreksinya.
Islam mengajarkan kita; sebaik-baik orang adalah mereka yang bertaubat apabila sudah terlanjur. Nabi Adam a.s. sendiri memohon doa yang bermaksud: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi." (Maksud Surah Al-A'raaf ayat 23)
Ada 4 tempat pelik dalam al-Quran
penyunikon
Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran.
Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!
Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?
Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?
Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.
Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada 'kuantiti' bukannya 'kualiti' bacaan.
Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).
Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)
**********
1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)
****
2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah 'Laa tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام
***
3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.
Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.
Rujuk link:
http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)
*****
4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan baris bawah.
Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca:
ii-tuu-nii
Bukannya
Uk-tuu-nii
http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)
*****
Penulisan dalam blog sangatlah terhad. Jika anda takut tersalah, rujuklah mana-mana guru al-Quran. Dengar dan ikutlah bacaan dia. Itu lebih selamat. Wallahua'lam.
Sumber : http://effysaiful.blogspot.com/2011/03/4-tempat-pelik-dalam-al-quran.html
.....
4 tempat pelik dalam al-Quran
Effy Saiful
04
Mar 2011
Lawak Antarabangsa - Tentera Isreal Tembak Kaki Sendiri!
Tranungkite
Media Israel melaporkan hampir 15 orang tentera Israel menembak kakinya sendiri dengan niat untuk dihantar ke hospital dan menerima rawatan serta tidak bagi mengelak dari terlibat dalam medan pertempuran.
Walaupun kita dengar pelbagai cerita tentang Yahudi laknatullah ini jangan kita terlalu bergembira kerana umat Islam Palestine setiap hari terkorban.
PRAY FOR PALESTINE
Media Israel melaporkan hampir 15 orang tentera Israel menembak kakinya sendiri dengan niat untuk dihantar ke hospital dan menerima rawatan serta tidak bagi mengelak dari terlibat dalam medan pertempuran.
Walaupun kita dengar pelbagai cerita tentang Yahudi laknatullah ini jangan kita terlalu bergembira kerana umat Islam Palestine setiap hari terkorban.
PRAY FOR PALESTINE
Lelaki cina ini diburu kerana memukul remaja disyaki mencuri (video)
KUALA LUMPUR: Pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki yang telah membelasah seorang remaja yang ditangkap kerana mencuri berdasarkan rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, insiden yang berlaku pada September 2013 itu adalah sama sekali tidak wajar dan kertas siasatan kini dibuka.
“Tangkapan awam boleh dilakukan di bawah prosedur kanun acara jenayah, namun pesalah tidak boleh diperlakukan sebegitu, kena serah kepada polis,” katanya
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan agar polis dapat menjejakinya.
Rakaman video selama satu minit empat saat itu menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang remaja di bahagian muka kerana tidak berpuas hati terhadap remaja berkenaan.
Ini menimbulkan reaksi negatif dari orang ramai apabila video itu tersebar di laman-laman sosial.
-freemalaysiatoday-
DrMaZa: Baju tulisan ayat suci al-Quran, jangan mudah menghukum
Menggunakan ayat al-Quran untuk hiasan pakaian memang boleh membawa kepada ayat-ayat suci itu diperlekehkan. Ia satu kesalahan. Namun bukan semua orang tahu ataupun perasan kesan penggunaan tersebut.
Mereka yang tersalah menggunakan ayat-ayat al-Quran itu MUNGKIN tidak bermaksud menghina tapi tidak tahu adab-adab yang sewajarnya.
Jangan tergopoh menganggap mereka itu musuh Islam ataupun ingin menghina Islam. Apatahlagi jika dia seorang yang bukan muslim yang tiada maklumat banyak mengenai Islam.
Justeru, sebelum kita menghukum mereka ini, kita hendaklah tahu latar tindakan mereka. Berbicara dengan matang sebelum bertindak kasar untuk menghukum.
Dalam hadis yang sahih ada seorang badawi yang kencing dalam masjid Nabi s.a.w. Para sahabat bangun untuk bertindak ke atas badawi tersebut. Nabi s.a.w melarang mereka mengasarinya sambil bersabda: "Kamu diutuskan untuk memudahkan bukan menyusahkan". Nabi s.a.w menyuruh disimbah air di tempat kencing tersebut. Baginda kemudiannya memanggil badawi itu dan menerangkan kepadanya tujuan masjid dibina. Ini menyebabkan badawi mendoakan kepada baginda agar dirahmati.
Dalam hidup ini kita hendaklah membezakan antara tindakan seseorang yang bertitik tolak dari permusuhan dengan tindakan seseorang yang disebabkan kesilapan ataupun salah faham.
Facebook DrMaZa
Lagi pesawat terhempas mengorbankan sekurang-kurangnya 47 orang (Gambar)
Wartawan tempatan menunggu di hadapan kaunter TransAsia di lapangan terbang Sungshan di Taipei selepas sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dalam nahas kapal terbang di Taiwan.
Beijing: Sebuah pesawat domestik TransAsia Airways telah terhempas membunuh sekurang-kurangnya 47 orang, selepas cuba mendarat dalam cuaca ribut di Taiwan.
Pesawat, 70 tempat duduk berkembar enjin turboprop ATR 72, terhempas di sebuah kampung di pulau-pulau Penghu, di luar pantai barat Taiwan dengan 54 penumpang dan empat anak kapal, menteri pengangkutan Yeh Kuang-shih kepada pemberita pada hari Rabu.
Encik Yeh berkata terdapat 11 mangsa dalam penerbangan; laporan awal memetik jabatan bomba Penghu berkata seramai 51 orang maut dengan hanya tujuh terselamat.
"Ia huru-hara di tempat kejadian" ... Pengarah Taiwan Pentadbiran Aeronautik Awam (CAA) Jean Shen bercakap kepada media di lapangan terbang Sungshan di Taipei mengenai kemalangan TransAsia yang. Photo: AFP
Juruterbang telah dikenal pasti oleh media Taiwan sebagai Lee Yi-liang, 60, dan pembantu juruterbang sebagai Chiang Kuan-Hsing, 39.
Punca kemalangan itu masih belum disahkan, walaupun dikatakan Taufan Matmo bergerak dari Taiwan menuju ke arah tanah besar China.
Penerbangan yang dikodkan GE222, dijadualkan berlepas dari Kaohsiung pada pukul 4 petang waktu tempatan tertangguh hampir dua jam akibat cuaca buruk.
Pekerja penyelamat meninjau bangkai TransAsia Airways GE222 penerbangan, yang terhempas ketika cuba mendarat dalam cuaca ribut di Pulau Taiwan Penghu, lewat pada hari Rabu.
Pekerja penyelamat meninjau bangkai pesawai TransAsia Airways GE222 yang terhempas ketika cuba mendarat dalam cuaca ribut di Pulau Taiwan Penghu, lewat pada hari Rabu. Photo: AP
Sebagai pesawat itu bersiap sedia untuk mendarat di lapangan terbang Magong dalam keadaan hujan lebat, ia terpaksa ditangguh kerana jarak penglihatan yang lemah, lapor Central News Agency Taiwan.
Pada percubaan kedua, pesawat itu terhempas di Kampung Xixi, hanya 3 kilometer dari landasan lapangan terbang, CNA dilaporkan, memetik jabatan bomba Penghu pesawat tersebut terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada jam 07:06 waktu tempatan, semasa percubaan kedua untuk mendarat pesawat, kata Jean Shen, Ketua Pengarah Aeronautik Awam Pentadbiran.
Keadaan cuaca di lapangan terbang pada masa itu sesuai untuk mendarat dengan jarak penglihatan 1600 meter, katanya, sambil menambah bahawa penerbangan Far Eastern Air Transport dan pesawat UNI Air telah mendarat dengan selamat sebelum penerbangan TransAsia.
Pekerja penyelamat bekerja berhampiran dengan bangkai TransAsia Airways GE222 penerbangan. Photo: AP
Para saksi yang dipetik dalam laporan media tempatan yang diterangkan pesawat jatuh dari langit dan api yang besar meletus dari bangkai. Dua buah rumah di lokasi kemalangan yang telah "digergaji setengah" oleh pesawat itu, kata laporan.
Presiden Taiwan Ma Ying-jeou menyatakan kesedihan dan menggesa agar satu siasatan segera.
Pengurus Besar syarikat penerbangan itu juga membuat permohonan maaf dan menangis di televisyen secara langsung sambil menyandarkan usaha yang terbaik syarikat penerbangan itu dalam mengendalikan tragedi itu, ahli keluarga sebagai kebingungan tertumpu di Xiaogang Lapangan Terbang di Kaohsiung.
Didalam keadaan hujan kelihatan kenderaan tertimbus dalam runtuhan kesan dari bangkai ketika pesawat TransAsia yang terhempas ketika cuba mendarat dalam cuaca taufan di pulau Taiwan di Penghu, 150 kilometer dari Taiwan di Selat Taiwan. Photo: AP
TransAsia Airways adalah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Taiwan yang memiliki kira-kira 23 Airbus dan pesawat ATR, beroperasi terutamanya pada laluan domestik termasuk juga beberapa penerbangan ke Jepun, Thailand dan Kemboja antara destinasi Asia.
Majlis keselamatan penerbangan Taiwan berkata TransAsia telah mengalami sejumlah lapan kemalangan sejak tahun 2002, termasuk enam yang melibatkan ATR 72.- smh.com.au
Unit pertahanan udara Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya menembak jet perang F16 Israel
Aman Palestin
Kenyataan rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam;
"Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, unit pertahanan udara Briged Izzuddin Al-Qassam, pada Selasa 19:40 melancarkan peluru berpandu ke udara mensasarkan dan mengenai jet perang tentera penjajah Israel model F16 di langit kawasan Deir al-Balah ketika ia cuba untuk menyerang rakyat Palestin di sana..
Tidak dipastikan sama ada ia hanya mengalami kerosakan atau terhempas.
Sumber;
Al-Qassam
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6301
Apa di sebalik kemurkaan Sultan Selangor terhadap Khalid Samad
Aziz Bari
Terdapat laporan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah murka terhadap ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad baru-baru ini (16 Julai Utusan Malaysia). Baginda dilaporkan kecewa kerana cadangan Khalid agar MAIS dilucutkan kuasa. Selepas itu, pada 17 Julai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa siasatan akan dijalankan ke atas ahli parlimen itu di bawah Akta Hasutan. Saya terkejut kerana Khalid Samad tidak membuat kenyataan tentang kuasa Sultan selaku pemimpin agama di Selangor.
Beliau hanya berkata bahawa pindaan perlu dibuat oleh DUN Selangor bagi melucutkan kuasa majlis agama Islam itu. Malah perkara ini difahami kerana MAIS dan JAIS, yang dibawah kuasa Sultan, telah mencampuri urusan penganut Bukan Islam. Kedua-dua agensi ini turut melakukan serbuan ke atas permis seperti gereja dan pejabat. Ini turut melibatkan rampasan beberapa ribu naskah Bible daripada Persatuan Bible Malaysia serta serbuan ke atas majlis perkahwinan agama Hindu di Shah Alam.
Bagi melihat secara lebih tepat, mungkin kita perlu meninjau struktur perlembagaan di mana Sultan merupakan ketua agama Islam di negeri jajahannya. Dalam melaksanakan tugas ini, Baginda diberi kebebasan dengan mengambil kira nasihat yang diberi kerajaan negeri.
Untuk membantu tugasnya, Baginda dibenarkan melantik satu majlis yang terdiri orang-orang yang terpilih. JAIS bertanggungjawab di dalam pentadbiran agama termasuk masjid serta kutipan zakat. Jelas, kerajaan negeri tidak punyai kuasa di dalam pentadbiran hal-ehwal Islam dan ini berlaku sejak kemerdekaan lagi. Perkara ini dibincangkan Raja-Raja serta pemimpin Umno dan Perikatan sejak sebelum merdeka.
Perkara ini perlu jelas kerana pelbagai pihak bertanya tentang peranan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam beberapa isu. Namun sebenarnya pentadbiran agama bukan di dalam bidang kuasanya. Memang benar ada seorang Exco Agama tetapi tugasnya lebih kepada menyelaras atau membantu agensi lain yang diterajui Sultan.
Bagaimanapun peranan MAIS dan JAIS selepas 2008 mula dipersoal apabila mereka mencampuri urusan penganut bukan Islam. Sultan mempunyai kuasa di dalam hal-ehwal ajaran Islam tetapi tidak bagi ajaran penganut bukan Islam. Kerana inilah Khalid Samad memberi cadangan bahawa kuasa MAIS perlu dikekang. Pentadbiran Pakatan Rakyat tidak dapat menerima kecelaruan yang ditimbulkan MAIS dengan menggunakan nama Sultan. Malah mereka enggan menerima keputusan Peguam Negara agar mengembalikan Bible yang dirampas.
Bagaimanapun MAIS mendengar saranan daripada Umno-Barisan Nasional di Putrajaya. Ini menyebabkan mereka kerap terlepas daripada tindakan. Sama juga di dalam persetujuan 10-perkara yang dibuat kerajaan persekutuan bagi mengambil hati penganut Kristian di Malaysian Timur. Mahkamah Rayuan bagaimanapun melarang penggunaan kalimah Allah sambil berkata persetujuan itu tidak sah.
Jadi Sultan murka kerana ahli majlis itu dipilih baginda. Tetapi MAIS tidak bertindak mencerminkan sikap atau tindakan Sultan. Malah ramai yang merasakan tindakan MAIS lebih mirip Umno-BN.
Apa sahaja kedudukan MAIS di bawah Perlembagaan, menurut undang-undang majlis itu wujud dengan sendiri. Ia boleh disaman dan atau mengemukakan tindakan saman. Ini tertulis di dalam enakmen yang diluluskan undang-undang negeri. MAIS juga syarikat yang mengendali perniagaan dan mempunyai sebuah kolej universiti. Ia memantau kutipan dan pengurusan zakat dan pada 2013, Lembaga Zakat Selangor berjaya mengutip RM517 juta.
Namun akibat tindakannya sejak 2008, ahli parlimen Shah Alam mempunyai alasan yang kukuh bagi meminta kuasa statutori majlis itu dikaji semula. Pada 17 Julai, Khalid turut berkata beliau berniat menjaga nama baik Tuanku Sultan.