Walaupun masih menghisap puting tetapi dia adalah seorang penjenayah bahaya dan dikehendaki polis (Gambar)

Foto
Oklahoma City: Polis di bandar raya ini melancarkan operasi memburu seorang lelaki penghisap puting kerana mencuri kereta.

Suspek yang digelar ‘Binky Bandit’ (gambar) didakwa merompak dan mencuri kereta minggu lalu.

Rakaman VIDEO berhampiran tempat kejadian menunjukkan lelaki itu menghisap puting.

Walaupun gambar itu agak menggelikan hati, jurucakap Jabatan Polis Oklahoma City mengingatkan penduduk bahawa lelaki terbabit penjenayah berbahaya.

Sarjan Jennifer Wardlow berkata, suspek mungkin kelihatan keanak-anakan tetapi jenayahnya serius.

“Mangsa pertama tidak cedera tetapi mangsa kedua mungkin tidak bernasib baik,” katanya.

Dalam kejadian minggu lalu, lelaki kulit hitam itu dipercayai penagih dadah berusia 18 tahun, merompak mangsa dan merampas kunci kereta sebelum melarikan kenderaan mangsa. - AFP

Cekik dan cincang anak kerana tidak mencapai keputusan baik di sekolah

Zhejiang: Seorang lelaki mencekik anaknya hingga mati sebelum mencincang mayat mangsa dan membuangnya ke dalam lubang tandas awam.

Zhang Li, 46, bertindak demikian kerana mendakwa anaknya, Sutain, 12, memalukan keluarga mereka selepas tidak mencapai keputusan baik di sekolah.

Dia membuang mayat anaknya yang sudah dicincang itu di tandas awam tidak jauh dari rumah mereka di Bandar Wengzhou, wilayah Zhejiang, timur China.

Seorang jurucakap polis berkata, Zhang, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya selepas didesak oleh isterinya.
Foto
Tempat kejadian Sutain dibunuh dan dicincang bapanya. Gambar kecil, Sutain.

“Bagaimanapun, kami ragu-ragu dengan laporan itu. Dia tidak kelihatan kecewa atau bimbang,” kata jurucakap itu.

Menurutnya, jiran Zhang yang disoal polis berkata, lelaki itu tidak berusaha untuk mencari Sutain. Sebaliknya, dia dilihat gembira dengan ketiadaan anaknya itu.

Tiga hari selepas laporan itu dibuat, polis menemui mayat mangsa setelah seorang pekerja penyelenggaraan membuat laporan menemui tangan manusia ketika membersihkan tandas berkenaan.

Zhang disyaki kerana tingkah lakunya tidak sama seperti kebanyakan ibu bapa yang kehilangan anak.

“Selepas disoal siasat, dia mengaku membunuh Sutain kerana kecewa mangsa gagal menjadi anak yang baik dan memalukan keluarga,” kata jurucakap itu.

Zhang kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.- AFP

(Gambar)Bomoh Dan Isteri Didakwa Lakukan Seks Luar Tabie, Kelucahan Melampau, Cabul Pesakit

FotoT
SEREMBAN: Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks di luar tabie, kelucahan melampau dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan di sini.

Mohd Rashid Mohd Din, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua kesalahan itu terhadap seorang wanita berusia 26 tahun antara pukul 2.30 petang dan 7.00 malam pada 20 September lepas.

Bagi pertuduhan melakukan seks di luar tabie, Mohd Rashid didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Isteri tertuduh, Noralia Daie, 51, pula berdepan pertuduhan bersubahat dengan Mohd Rashid melakukan seks di luar tabie dan mencabul mangsa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagi kesalahan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau dengan denda, atau dengan sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Kahiriah Abd Razak membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM7,800 dengan seorang penjamin manakala Noralia sebanyak RM3,600 dengan seorang penjamin.

Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, dia didakwa mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan Mohd Rashid diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin.

Kes di Mahkamah Sesyen dikendali Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli manakala Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri dan Nabilah Mohammad Zanudin mengendali kes di Mahkamah Majistret.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam A. Partheeban.

Kesemua kes akan disebut semula pada 27 Oktober ini.
-mstar-

Azmin bohong: PAS tidak pernah setuju pengurangan kuota exco

Majlis angkat sumpah anggota Exco baru kerajaan negeri Selangor hari ini telah gagal menamatkan pertikaian politik Selangor.
Walaupun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pengurangan kuota exco PAS - daripada empat kepada tiga orang - adalah satu "pengorbanan" yang perlu dilakukannya, tetapi PAS Selangor kini berkata parti itu tidak pernah bersetuju.

Ini bercanggah dengan dakwaan Menteri Besar Azmin Ali bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Mustafa sendiri telah memberikan persetujuan berhubung penyusunan barisan exco baru.

"PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa PAS telah bersetuju agar bilangan Exco PAS dikurangkan dari empat kepada tiga.

"Kami telah juga dimaklumkan oleh PAS pusat bahawa mereka juga
tidak pernah bersetuju dengan pengurangan ini," kata setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (kanan) dalam satu kenyataan lewat hari ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Ab Samad dan ADUN PAS Sijangkang Dr Yunus Hairi dikekalkan dalam barisan exco, dan disertai muka baru, ADUN PAS Taman Templer, Mohd Zaidy Abdul Talib.

Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi, yang telah berkhidmat dalam pentadbiran lalu, telah digugurkan.

"Kami juga berpandangan penguguran Dr Halimah Ali dan Ustaz Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, PAS mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

"Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

"Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," tambahnya.
-malaysiakini-

Adakah Datuk Seri Wan Azizah Juga Tak Layak Jadi Exco??

Ini kena tanya Azmin Ali atau PKR?

Sidang akhbar Azmin Ali selaku Menteri Besar yang baru angkat sumpah jawatan pagi Selasa tentu menarik perhatian.Ini kerana semua orang nak tahu sikit sebanyak apa rancangan awal beliau.

Antaranya tentulah mengenai ADUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang ' melepas' jawatan Menteri Besar..

Dalam sidang akhbar di Istana Alam Shah Klang itu,Timbalan Presiden PKR itu tidak menolak kemungkinan bosnya,Presiden PKR itu dilantik sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri.

Pengkalan Kubor: Titik Awal Berkuburnya PR?

Edwin Michael
Pergolakan politik negeri Selangor semacam sudah sampai ke penamatnya dengan perlantikan Menteri Besar (MB) baru yang dikatakan telah meredakan ketegangan politik Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak istana.

Kerusi yang sepatutnya menjadi milik Anwar Ibrahim (melalui Langkah Kajang) dan kemudian melobi kerusi itu untuk isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi akhirnya menjadi milik Mohamed Azmin Ali. Percaturan strategi dan permainan politik MB baru ini sebenarnya harus diakui mantap dan tersusun berbanding langkah sumbang yang dibawa Pengarah Strategi parti itu sendiri.

Azmin Ali dan bayangan Khalid Ibrahim

Umum mengetahui bahawa Khalid Ibrahim seorang individu dan juga MB yang berintegriti tinggi dan memiliki rekod politik yang bersih. Legasi yang ditinggalkan oleh Khalid Ibrahim ini adalah bayangan hitam yang bakal mencabar kredibiliti Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor yang ke-15.

Pembongkaran dokumen-dokumen melibatkan skandal rasuah MB baru ini sewaktu menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1995 dan siasatan kesnya yang dikatakan ditutup oleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas arahan Anwar Ibrahim itu sendiri tidak pula dinafikan secara langsung oleh Azmin mahupun Anwar.

Disini, kita berdepan dengan satu kemungkinan yang tidak pasti. Tentang bagaimana seorang Menteri Besar yang dituduh mempunyai rekod rasuah mampu mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang bersih dan telus?

Sementara itu, dalam 10 senarai baru Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, PAS hanya mendapat 3 tempat manakala PKR mendapat 4 sementara DAP kekal dengan 3 jawatan Exco. Walaupun jawatan Timbalan Speaker Dewan akan diberikan kepada PAS kerana dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai Exco, namun ini adalah satu tamparan hebat buat PAS yang sebenarnya mempunyai status quo dalam DUN Selangor dengan 15 kerusi berbanding PKR dan DAP.

Pemecatan Anwar Ibrahim

Tindakan drastik yang diambil Khalid Ibrahim pada hari terakhir beliau menjadi MB Selangor ialah dengan memecat Anwar Ibrahim dari jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan bergaji RM1. Banyak perkara yang menyelubungi isu ini yang tidak didedahkan kepada umum. Walaupun PR mencanangkan propaganda gaji RM1 dibayar kepada Anwar Ibrahim sepanjang menjawat jawatan ini, namun mereka gagal mendedahkan kos pentadbiran dan pengurusan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Plaza Perangsang.

Siapa pula yang akan menerajui jawatan ini kelak? Apakah Azmin Ali akan melantik semula Anwar Ibrahim dengan kadar bayaran gaji yang bersesuaian ataupun sudah ada calon lain untuk mengisi kekosongan itu? Sewaktu pilihan raya kecil Kajang, heboh dikatakan bahawa Rafizi Ramli adalah individu yang terbaik untuk menjawat jawatan tersebut namun melihatkan betapa haru-birunya keseluruhan strategi ‘Langkah Kajang’nya itu, adalah agak pesimistik mengandaikannyanaik menjadi Penasihat Ekonomi.

Pengkalan Kubor, berkuburnya PR?

Kecelakaan yang dilalui oleh PR di Selangor berterusan di Kelantan apabila kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor kepada Barisan Nasional dengan peningkatan majoriti daripada 1,736 kepada 2,635 undi kali ini.

PAS sebenarnya dihukum oleh rakan-rakan gabungannya sendiri. Ketidakhadiran Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sepanjang kempen PRK ini menimbulkan tanda tanya, ditahap mana sebenarnya semangat pakatan mereka.

Menariknya, yang beria-ria dengan Langkah Kajang adalah PKR dan DAP, yang mahukan Khalid Ibrahim berundur adalah PKR dan DAP, yang menerbitkan tohmahan dan tuduhan palsu terhadap Khalid Ibrahim adalah PKR dan DAP, yang mahu jadikan Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah PKR dan DAP, yang mencabar Istana Selangor dengan menghantar satu nama calon MB adalah PKR dan DAP tetapi beban kesalahan diletakkan pada empat bekas Exco daripada PAS yang membantu pentadbiran Khalid Ibrahim ketika itu untuk memastikan tiada pilihanraya kecil negeri malah mereka dilabel pula sebagai pengkhianat oleh DAP.

Harus diakui bahawa kemenangan dengan majoriti yang besar oleh BN juga menjadi isyarat kuat pengundi yang menolak mainan persepsi PR melibatkan isu-isu semasa seperti GST, kenaikan kos sara hidup, royalti minyak dan sebagainya. Pengundi mahukan pembangunan dan soalnya apakah Kelantan dibawah pentadbiran PAS begitu lemah dalam soal pembangunan hinggakan pengundi menolak PAS?

Ironinya, PR cuba dan mahu untuk kuburkan BN tetapi ditimbus liang lahad yang digali oleh mereka sendiri.

Edwin Michael adalah Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak.

(Gambar) Ini jadinya apabila makan terlalu banyak sashimi - kepingan ikan mentah

Guangzhou: Ia antara makanan sushi yang paling mahal dan tidak boleh dinafikan memang sedap.
Tetapi minat seorang lelaki terhadap sashimi hampir membunuhnya selepas cacing pita membiak dalam tubuhnya.

Pada awalnya, lelaki warga China itu mengadu kepada doktor dia sakit perut dan gatal kulit.

Hasil ujian imbasan mendapati dalam badannya dipenuhi cacing itu akibat terlalu banyak makan shashimi - kepingan ikan mentah.

Doktor percaya sebahagian sashimi yang dimakannya itu sudah tercemar.

sashimi worms
UJIAN imbasan mendapati cacing pita membiak di dalam badan lelaki kesan daripada makan sashimi yang tercemar.

Jangkitan seperti ini timbul selepas pesakit makan larva diphyllobothrium yang hidup dalam ikan seperti salmon. Walaupun ikan diperap, ia masih boleh memindahkan cacing ke pesakit.
sashimi worms
Kes seperti ini sering berlaku di kawasan mundur yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah, namun ia masih boleh berlaku di negara maju.

Dr Yin dari Hospital Guangzhou berkata, jangkitan seperti ini mengancam nyawa apabila ia sampai dan membiak hingga ke otak.
-Agensi-

Dicerai kerana enggan tutup pintu kereta

Riyadh: Seorang wanita diceraikan semata-mata kerana enggan menutup pintu kereta.

Kejadian berlaku minggu lalu ketika dia dan suaminya pulang dari berkelah.
Sebaik tiba di rumah, wanita itu menurunkan anak mereka. Si suami menyuruh dia menutup pintu kereta tetapi dia enggan, kerana suaminya lebih dekat dengan pintu itu.

Berang dengan tindakan isterinya, lelaki itu berkata: “Saya ceraikan kamu jika kamu enggan menutup pintu kereta itu.”

Wanita itu serta-merta membawa anaknya pulang ke rumah bapanya.

Seorang ulama terkenal, Sheikh Asim Al-Hakim berkata, kata-kata si suami dan tindakan isterinya menyebabkan perceraian mereka sah.

Kejadian itu adalah sebahagian alasan tidak menasabah yang meruntuhkan rumah tangga pasangan di Arab Saudi.

Menurut satu kajian, pada 2012, terdapat 30,000 kes cerai berlaku di Arab Saudi, purata 82 kes sehari atau tiga dalam masa sejam.

Dan kadar perceraian di negara itu dilapor semakin meningkat setiap tahun. 
-Agensi-

PAS dapat 3 jawatan exco saja

SHAH ALAM: PKR mendapat tambahan satu kerusi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (exco) yang diumumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Beliau mengumumkan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.
 
Adun PKR terdiri daripada Elizabeth Wong Keat Ping, Dr Da‎royah Alwi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari, sementara DAP pula ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau.
 
Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Beliau memaklumkan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor dan bersetuju supaya jawatan itu disandang oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP.


Kenapa Ustaz Azhar Idrus pilih Unisel?

KUALA LUMPUR: Pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus memilih Universiti Selangor (Unisel) sebagai institusi untuk anaknya melanjutkan pengajian kerana yakin dengan mutu pembelajaran dan pengajan yang disediakan.

Katanya, beliau tidak ragu-ragu membenarkan anak lelakinya melanjutkan pengajian di institut pengajian milik Kerajaan Negeri Selangor itu di atas reputasi Unisel yang semakin kukuh.

“Senarai program yang ada di Unisel sememangnya bagus, lagipun kita perlu menyokong kerajaan negeri.

“Unisel bukan sekadar institut pengajian tinggi swasta yang biasa tetapi sebuah universiti yang besar daripada segi kemudahan fasiliti dan sebagainya,” katanya dipetik Selangor Kini.

Kehadiran Azhar di Kampus Shah Alam ketika mendaftarkan anaknya yang mengikuti program tahun asas perakaunan menarik tumpuan para siswa yang berpusu-pusu mahu bersapa dan bergambar dengan beliau.


Lagi Respon Terhadap Kenyataan MP mulut longkang

Kebelakangan ini saya melihat terlalu banyak persepsi dan pandangan buruk terhadap PAS lebih lagi 4 orang EXCO yangbterus mempertahankan kerajaan PR daripada jatuh dan mengelakkan PRN berlaku di negeri Selangor atas kegilaan politik PKR memecat TSKI daripada Ahli PKR.

Pertama ingin saya tegaskan bahawa 4 orang EXCO PAS yang bersama TSKI mentadbir negeri Selangor selepas kemelut pemecatan TSKI dari Ahli PKR adalah penyelamat kerajaan PR daripada tumbang.

Kedua saya ingin tegaskan di atas kebijaksanaan TG Presiden PAS jugalah YAB Dato Azmin Ali di angkat menjadi MB yang ke-15 menggantikan TSKI.
Ada mulut cirit birit seperti Zuraidah yang meminta kerusi EXCO dalam PAS dalam kerajaan PR Selangor di kurangkan dan hanya diberi kerusi simpati adalah MELAMPAU dan KURANG AJAR terhadap muafakat bersama yang di persetujui oleh PR.

Kenyataan Zuraidah itu melambangkan kebodohan dan keangkuhan bersiri dalam kemelut negeri Selangor selepas beberapa siri kebodohannya seperti meyakini bahawa jika PRN berlaku, PR akan mendapat 56-0 menentang BN.
Ini adalah kenyataan-kenyataan seorang yang di lihat gila kuasa dan tamak!

Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Sabak Bernam ingin menyatakan bahawa nama YAB Dato Azmin Ali itu adalah hasil kebijaksanaan politik TG Presiden PAS, bukannya PKR.

Umum mengetahui yang mana PKR seolah ingin memaksa Tuanku Sultan menerima Presiden PKR sebagai MB dengan mengemukakan hanya satu nama bersama DAP walaupun Baginda Sultan meminta lebih dari dua nama.

Kenyataan-kenyataan Zuraidah yang menunjukkan keghairahan berpolitik sepanjang masa ini menimbulkan kebencian rakyat terhadap PR Selangor Khususnya dan Malaysia Umumnya.

Kami juga berharap agar Dato Menteri Besar baru mengekalkan 4 EXCO yang sangat komited pada tugas dan berusaha mempertahankan kerajaan PR Selangor dalam kemelut yang di reka oleh PKR melalui Kajang Move yang GAGAL!

Akhir kata, saya mewakili Pemuda PAS kaw Sabak Bernam mendesak agar Zuraidah tidak lagi mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan memburukkan lagi keadaan.

Muhammad Labib Bin Abd Jalil
Ketua Dewan Pemuda PAS Sabak Bernam.
24 September 2014

PR (PAS) Kalah di Pengkalan Kubor (bersama keputusan lengkap)

Kerusi Dun Pengkalan Kubor kekal milik BN setelah calonnya, Mat Razi Mat Ail menang PRK N 01 menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Pengkalan Kubor, Mohd Sobri Ramli di Pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Bijiwangsa pada jam 8.55 minit malam dengan Mat Razi meraih sebanyak 9,961 undi, Wan Rosdi 7,326 undi manakala Izat Bukhary sekadar memperolehi 38 undi.

Kemenangan itu menunjukkan majoriti BN meningkat daripada 1,736 pada PRU13 lalu kepada 2,365 pada PRK kali ini.

SALAM YDH DATO / TUAN
KEPUTUSAN AWAL PRK
N.01 PENGKALAN KUBOR

PENGKALAN KUBOR :
BN: 1,033 (67.03%)
PAS: 476 (30.89%)
BEBAS : 5 (0.32%)
MAJ : 557

KG KETIL :
BN: 1,015 (49.25%)
PAS: 1,012 (49.10%)
BEBAS: 4 (0.19%)
MAJ : 3

KG TEBING :
BN: 502 (44.11%)
PAS: 609 (53.51%)
BEBAS: 2 (0.18%)
MAJ : -107

KG GETING :
BN: 1,019 (40.66%)
PAS: 1,327 (52.95%)
BEBAS : 3 (0.12%)
MAJ : -308

SIMPANGAN :
BN: 878 (76.48%)
PAS: 263 (22.91%)
BEBAS : 6 (0.52%)
MAJ : 615

TUJOH :
BN: 1,081 (51.57%)
PAS: 971 (46.33%)
BEBAS : 6 (0.29%)
MAJ : 110

KG TELAGA BATA:
BN: 722 (53.92%)
PAS: 607 (45.33%)
BEBAS: 0
MAJ : 115

KG BUNOHAN :
BN : 783 (70.35%)
PAS: 315 (28.30%)
BEBAS: 3 (0.27%)
MAJ : 468

JUBAKAR DARAT :
BN : 754 (89.87%)
PAS: 77 (9.18%)
BEBAS: 1 (0.12%)
MAJ : 677

BENDANG PAK YONG :
BN : 1,108 (54.93%)
PAS: 878 (43.49%)
BEBAS: 5 (0.25%)
MAJ : 231

TELUK JERING :
BN : 424 (79.55%)
PAS : 107 (20.26%)
BEBAS : 1 (0.19%)
MAJ : 316

KEDAI GETING :
BN : 532 (43.01%)
PAS: 671 (54.24%)
BEBAS: 2 (0.16%)
MAJ: -139

UNDI AWAL/POS
BN: 96 (91.43%)
PAS: 8 (7.62%)
BEBAS: 0
UNDI ROSAK: 1
MAJ: 88

Jumlah pengundi : 24,039
Turn out : 17,674 (73.52%)
Undi BN : 9,948 (56.28%)
Undi PAS: 7,322 (41.43%)
Undi BEBAS: 38 (0.21%)
MAJORITI : 2,626 (14.86%)
-tranungkite-

MP mulut longkang menyimpan dendam terhadap exco PAS?

Nurshakira Buang
Post PicSHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mungkin menyimpan dendam terhadap exco PAS, kata penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Zuraida semalam memberitahu beliau akan mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali agar bilangan kerusi exco PAS dikurangkan daripada sebelum ini.

PAS sebelim ini diperuntukkan empat kerusi exco berbanding dua parti kompenan Pakatan Rakyat yang lain, masing-masing tiga kerusi sahaja.

Azizuddin berkata Zuraida SERTA PKR harus terima hakikat bahawa PAS memenangi lebih kerusi berbanding PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekaligus melayakkan parti itu mendapat bilangan kerusi exco paling banyak.

"Tapi yang saya nampak ada rasa nak balas dendamlah sebab sokongannya tidak diberikan oleh PAS sepenuhnya.

"Bagi saya untuk mengekalkan hubungan yang baik dalam Pakatan dikalangan tiga parti ini saya rasa Zuraidah tidak perlu persoalkan isu empat atau tiga kerusi ke, itu bukan isu fundamental. Fundamental sekarang ini dia kena fikirkan kalau nak jadikan kerajaan yang kuat kena adanya PAS dan memikirkan BN lah sebagai lawan yang perlu diambil perhatian.

"Kena terima dengan hati yang terbukalah apa yang berlaku ini," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Zuraida pada Rabu bertegas PAS perlu menerima hukuman kerana enggan menyokong kedua-dua calon PKR iaitu Azmin dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk dicalonkan untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

PAS menyifatkan Azizah sebagai tidak layak untuk menggalas tugas itu dan bertindak mencalonkan beberapa nama termasuk ADUN PAS untuk dinilai Istana Selangor.

Malah Azizuddin berkata Zuraida mahupun PKR harus berterima kasih kepada PAS kerana mengekalkan empat exconya sepanjang Selangor berada dibawah pemerintahan menteri besar peralihan, Tan Sri Khalid Ibrahim lebih dua minggu lalu.

Tindakan PAS itu menyebabkan Selangor masih teguh dibawah pimpinan Pakatan Rakyat dan tidak jatuh ke tangan Umno BN.

"Kalau mahukan PAS kekal dalam PR untuk menubuhkan kerajaan yang mana PAS terlibat sama saya rasa bukan isu untuk kurangkan wakil PAS, Exco PAS malah boleh kekalkan yang sedia ada," katanya.

Jelasnya, isu yang berlaku di Selangor kini bukan hanya melibatkan PAS sebaliknya melibatkan semua pihak termasuk Istana.

"Isu yang melibatkan negeri Selangor ini bukan satu isu yang melibatkan PAS sahaja tetapi melibatkan semua iaitu PKR, DAP dan terutama sekali rakyatlah," tambahnya. 
-Antarapos-

UMNO @ BN Berkempen dengan bantuan SPR saat akhir

Tranungkite

Calon UMNO @ BN letak title USTAZ pada nama calon mereka untuk kertas undi untuk merais sokongan masyarkat kampung.

Selain beri "microvane", pengundi hantu kertas undi pun dia orang nak ekploitasi. Kalau tak memang juga memang UMNO @ BN Bangang!

Rogol wanita Filipina 3 anggota keselamatan ditahan

KOTA KINABALU: Tiga anggota pasukan keselamatan ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol seorang wanita warga Filipina berusia 21 tahun di sebuah HOTELdi bandar Sandakan, pada awal pagi Isnin lepas.

Anggota keselamatan dari pelbagai agensi penguatkuasa dan sukarelawan berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan awal pagi ini selepas wanita itu membuat laporan di Balai Polis Sandakan, Rabu.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1 pagi itu, wanita itu mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek yang berpakaian seragam selepas dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Mangsa memberitahu ketiga-tiga anggota pasukan keselamatan itu bahawa dokumen pengenalan dirinya masih dalam proses dan hanya memiliki salinan Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
-mstar-

BN pertahan Pengkalan Kubor dengan majotiti bertambah

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,625 undi.

Bernama melaporkan, mengikut keputusan tidak rasmi, BN mendapat 9,960 undi manakala PAS mendapat 7,335 undi. Calon Bebas pula mendapat 37 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

-malaysiakini-

Biar betul: Walaupun Gaji RM 1, Tetapi Elaun Dituntut Anwar RM 15 Juta

Seorang facebooker, Mohd Fauzi Muhammmad mendedahkan walaupun gaji Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor hanya bernilai RM1 sahaja namun Ketua Umum PKR itu menuntut RM 15 juta untuk tempoh perkhidmatannya di jawatan itu dari 2009-2014.

Pendedahan Mohd Fauzi sebagai susulan penutupan pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dilakukan SERTA merta semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin dilaporkan Mstar berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

“Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim SERTA peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tergamam melihat dua lelaki bogel sedang menindih isteri

Gombak: “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati,” kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini.

Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek.

“Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.
Foto
RUMAH milik Ahmad yang diceroboh, semalam. Gambar kecil, kain batik milik mangsa.

“Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.
-hmetro-

Apakah Ini Strategi DAP dan PKR?

BayangDiAir
Ucapan-ucapan biadap dari Lim Guan Eng, Tony Pua dan sekutu-sekutu partinya, ucapan-ucapan busuk daripada Zuraida Kamaruddin dan sekutu-sekutunya bagai menjelaskan apa yang tersirat dari lubuk hati dan karung strategi mereka. Macam sudah ada niat mahu buat PAS cabut dari PR. Maki dan hina agar PAS tak tahan. Kalau ditendang, bimbang PAS dapat simpati rakyat. Namun…….

PAS boleh terus bersabar. Dalam bersabar, PAS wajar mempertahankan diri. Dalam bersabar, PAS juga boleh menyerang apabila diserang dengan pelbagai fitnah dan kata nista. PAS dan ahli-ahli di seluruh negara ada maruah. Hinaan perlu dijawab. Peluru yang ditepis perlu dipulangkan.

Kalau inilah cara pemimpin bangang DAP dan PKR berkawan dengan PAS, kita ikut sajalah tari mereka. Elok juga mereka tahu langit itu tinggi rendah. Apakah DAP sakit hati sangat terhadap Raja-raja Melayu kerana mereka tidak layak mengetuai kerajaan negeri di Selangor, Perak dan beberapa negeri lain? Tak boleh hentam Istana, hentam PAS sajalah agaknya.

Memang DAP rasa kuat sekarang……tak perlu undi Melayu. 85% undi Cina berada di pihak mereka. Mereka rasa cukup kuat walaupun PR berpecah. Jika PR berpecah, mereka rasa dapat terus kuasai Pulau Pinang dan mengekalkan kerusi-kerusi yang mereka miliki. Begitu juga dengan PKR, mereka rasa undi Cina dan India tetap untuk mereka. Mereka semua rasa tak hilang undi Melayu kerana mereka ada PASMA.

Melalui PASMA, pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tak bersetuju PAS keluar dari PR, akan jadi galang ganti. Akan terbentuk nanti gabungan baru, DAP, PKR dan PasMa. Justeru mereka tak terjejas apa-apa jika PAS terkeluar atau dikeluarkan dari PR. Iniah sebahagian daripada titik-tolak tindak-tanduk mereka.

Apa khabar rakan-rakan seperjuanganku. Ini suara kita yang perlu disatukan. Ini perasaan kita yang perlu diketemukan. Ini maruah kita yang perlu dipertahankan. Ini masa depan agama kita yang perlu diutamakan. Titik pertemuan dan jatidiri kita ialah, “kita berjuang mencari redha Allah”. Maka di manakah kedudukan kita? Dan apakah peranan kita?

Najib/Rosmah, Anwar/Wan Azizah: Konsep Pengurusan Laki-Bini" - Dari Ranjang Ke Meja Pentadbiran

mummyrokiah
Amalan pentadbiran dengan meletak isteri sebagai anggota penting dalam kerajaan semaada secara resmi atau tidak resmi nampaknya semakin popular. Memberi muka kepada pengaruh isteri dalam pentadbiran Kerajaan mungkin boleh diistilahkan sebagai konsep “Pengurusan Laki-Bini (KPLB)’ atau “Managing By Husband and Wife”. Pendekatan pengurusan terkini yang sebaris dengan pengurusan “Management By Objective” yang dipopularkan oleh Peter Drucker.
Dalam perkembangan terkini amalan ini baru sahaja menemui kegagalan apabila ia cuba dipratikkan secara sah dalam cubaan meletak isteri sebagai Menteri Besar Selangor. Ini kerana ia berjaya disekat oleh Sultan Selangor. Di mana Anwar gagal meletak Wan Azizah sebagai pemimpin bonekanya di Selangor.

Sebaliknya konsep Pengurusan Laki-Bini berjalan segar secara terhormat di peringkat pucuk kepimpinan tertinggi. Bayangkan majlis menandatangani MOU sesama sendiri yang dibuat di New York (klik sini). Entah apa sangkutan PERMATA Negara dan Petronas yang terpaksa dibuat di New York. Bukan kah ia boleh ditandatangani di dalam negara sahaja.

Untuk hebat buat sahaja di pucuk menyayup tingkat 88 Menara Berkembar Petronas, di antara menara yang tertinggi di dunia.

Mengheret rombongan isteri yang sebegitu ramai hanya untuk 'signing' MOU ke New York bukan nya satu perbelanjaan yang sedikit.

Tidak terkecuali di negeri Kedah pun sudah mengamalkan konsep Pengurusan Laki-Bini. Pentadbiran Mukhriz telah meghalalkan Setiausaha Kerajaan Negeri melantik isteri kesayangan beliau menjawat jawatan nombor tiga tertinggi dan terpenting dalam negeri Kedah.

Apapun cukup-cukuplah sekadar berguling garak di atas katil apa perlunya dasar kerajaan sehingga dibawa ke meja pentadbiran di pejabat. Biar suami lebih objektif dengan pengurusannya.

DAP dah tak mahu berkawan dengan PAS

Tranungkite
Semalam badan tertinggi DAP iaitu CEC nya telah bermesyuarat dan memutuskan menyokong YB Azmin Ali sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang baru (sebagaimana dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya , Lim Guan Eng) memetik laporan dalam The Star Online, Lim menyatakan:

DAP expresses regret at the four PAS exco members for their betrayal of the principles of solidarity and democracy as well as failing to stand loyally together with the six DAP and PKR excos who were unjustly sacked by the previous Mentri Besar who had lost majority support of the state assembly…

DAP melahirkan rasa kesal di atas tindakan empat orang EXCO PAS yang telah mengkhianati prinsip kesatuan dan demokrasi dan kerana gagal berdiri teguh bersama keenam-enam EXCO DAP dan PKR yang telah dipecat sewenang-wenangnya oleh bekas MB yang lalu yang telah hilang sokongan majority Dewan Negeri….

Dalam semangat meraikan perlantikan MB yang baru, ternyata kenyataan DAP ini sungguh memeranjatkan dan sangat dikesali. Adakah DAP masih menganggap PAS sebagai rakannya dalam PR atau kini sudah melonggokkan PAS sebagai musuh politiknya, yang tidak lagi merupakan rakan kongsinya dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

PAS telah pun menyatakan secara jelas sebelum ini bahawa tindakan mengekalkan keempat-empat EXCO nya di dalam kerajaan negeri adalah demi mengekalkan kesinambungan kerajaan PR dan memastikan Umno/BN tidak mengambil kesempatan di atas kegawatan politik ketika itu.

Malah sesungguhnya tindakan keempat-empat EXCO PAS berkenaan telah mendapt pujian banyak pihak khasnya rakyat Selangor dan terbaru Tuanku Sultan pun ketika mengambil mengadap keempat-empat EXCO PAS di Istana hari ini telah memuji tindakan EXCO PAS itu kerana membantu menjalankan pentadbiran negeri sehingga pelantikan menteri besar baharu dilantik.

Bermakna jika keempat-empat EXCO PAS itu bertindak melepaskan jawatan masing-masing sebagaimana EXCO-EXCO DAP dan PKR, tidak mustahil pihak Umno/BN akan mengambil kesempatan dan ini akan lebih merumitkan suasana dan mencampakkan Selangor ke dalam krisis yang lebih besar dan gawat.

Adakah ini pengkhianatan?

Guan Eng sebenarnya telah menyembunyikan satu hakikat dan fakta yang besar, bahawa lantaran adanya keempat-empat EXCO PAS itu yang terus mengekalkan kesinambungan kerajaan negerilah maka pentadbiran kerajaan negeri terus berfungsi sehingga hari ini. Kalau DAP mahu memutuskan hubungan terus dengan kerajaan ini semata-mata kerana Tan Sri Khalid MB nya, mengapa jawatan-jawatan lantikkan politik yang lain, yang dijawat oleh pimpinan DAP pelbagai peringkat tidak diputuskan juga.

Sepanjang tempoh ini ahli-ahli majlis DAP di PBT-PBT seluruh Selangor terus memegang jawatan termasuklah ahli-ahli lembaga Pengarah GLC dan ketua-ketua kampung baru dan JKKK mereka.

Tidakkah itu juga pengkhianatan? Yang keluar hanya kepala tetapi badan dan ekor terus berperanan, makan elaun dan menjalankan kuasa. Mengapa ada “double standard” dalam hal ini?

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga salah seorang EXCO PAS itu, Ustaz Sallehen Mukhyi ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng itu menyebut:

“Jangan label Exco PAS sebagai pengkhianat. Saya fikir Lim Guan Eng tidak memahami Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Sejak awal saya sebut empat orang exco PAS menjadi benteng terakhir Pakatan Rakyat.

Lim Guan Eng semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan”

Sememangnya sebagai rakan kenyataan Guan Eng itu pasti menyinggung perasaan ahli-ahli PAS seluruh Negara. Rakan sewajarnya bertegur-menegur demi kebaikan, tetapi apabila rakan menuduh rakan yang lain sebagai pengkhianat, jelas ia tidak mahu berkawan lagi dan sudah bersedia meletakkan kawan itu sebagai musuh.

Kesimpulannya saya mahu memetik kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak Ustaz Noarazli Musa berhubung isu ini:

Kami mengulangi untuk menegaskan kepada CEC DAP bahawa tundingan ke atas 4 EXCO kami dari Selangor hendaklah ditarik balik atau DAP akan menghadapi risiko dipandang masyarakat Melayu Islam sebagai sebuah parti yang tiada prinsip dan hanya menjaga kepentingan sendiri demi kelangsungan berkuasa dalam lanskap politik tempatan di Pulau Pinang.

Kami tiada masalah berkorban nama dan masa untuk rakan-rakan di semua PRK yang ada termasuk PRK Kajang. Namun jika ini yang dibalas, DAP perlu ingat bahawa DAP bukan sahaja nampak sebagai Pak Turut kepada PKR bahkan menjadi batu loncatan kepada Umno dan BN untuk merancang balik merobek kerusi-kerusi mereka di masa akan datang.

PAS tidak punya kerugian yang besar kerana kami berjuang bukan setakat laba di dunia tetapi kami percaya segala usaha kami akan diganjarkan dengan ganjaran yang besar oleh Allah.

Semoga DAP bertindak rasional dan terus mahu kekal berkawan dengan PAS.

Lelaki dipenjara 80 tahun dan 20 sebatan kerana merogol anak saudara

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 20 sebatan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya selama enam tahun.

Yohanes Kopong,40, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan di hadapan Hakim Egusra Ali dengan melakukan kesalahan itu sejak 2009 ketika anak saudaranya berusia sembilan tahun.

Mangsa kini berumur 14 tahun dan sedang mengandung tujuh bulan anak lelaki tersebut.

Hakim Egusra menjatuhkan hukuman ke atas lelaki Indonesia itu dengan lapan tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, 10 tahun (pertuduhan kedua), 12 tahun (pertuduhan ketiga), 14 tahun (keempat), 16 tahun (kelima), dan 20 tahun SERTA 10 kali sebatan untuk kiraan terakhir.

Hukuman itu dijalankan secara serentak.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Filanny Siji, Yohanes adalah abang kepada bapa mangsa tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mangsa di sebuah ladang di hilir Kinabatangan dan bertanggungjawab menjaga mangsa dan adik-beradiknya.

Walau bagaimanapun, dia mula mencabul ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja dan kemudiannya merogol beberapa kali sehingga tahun ini.

Tertuduh juga telah memaksa mangsa untuk melakukan seks oral kepadanya, memberi minuman yang dicampur dengan dadah dan menonton video lucah sebelum merogolnya.

Dia terus tinggal bersama keluarga ini walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai buruh dan mengancam untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika mendedahkan perkara ini kepada sesiapa atau menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Bagaimana pun nasib malang mangsa akhirnya terbongkar pada 29 Ogos lalu apabila ibunya melihat perubahan badan mangsa dan mereka membuat laporan polis pada 3 September lalu.
-mstar-

Mahathir cabar polis untuk menangkapnya?

Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

“Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan,” katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya.

Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.

“Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya, sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan Lim Lip Eng (Segambut) berhubung kenyataan sebelum ini dan gesaan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi melayan sama rata laporan polis yang dibuat.

Berikutan ikrar Zahid bahawa laporan polis mengenai hasutan akan disiasat dalam tempoh 24 jam, Lip Eng hari ini membuat laporan terhadap Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lip Eng (kanan) membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada tengah hari berkaitan dakwaan Mahathir terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Lip Eng juga mendakwa Najib mengucapkan kenyataan yang berunsur hasutan semasa Perhimpunan Agung Umno 2010.

Desakan supaya tokoh BN itu disiasat turut dibuat Kit Siang hari ini yang tidak puas hati terhadap kenyataannya Mahathir ketika beliau bertanding di Gelang Patah dalam pilihan raya umum lalu.

Kit Siang mendakwa Mahthir berkata, beliau bertanding kerusi itu keana mahu orang Cina di Gelang Patah dan Johor “menolak bekerjasama dan berkongsi dengan orang Melayu” selain “membenci orang Melayu”.

'Pemimpin mesti tegas'
Sementara itu, Bernama melaporkan Mahathir sebagai berkata, seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan
yang dibuat tidak popular.

"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," beliau dipetik sebagai berkata dalam ucap utama bertemakan “Kepimpinan dan Pengurusan Krisis” pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur.

Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.

"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia campur tangan dan menghapuskan amalan buruk dan ia menuntut kepimpinan kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan.
-malaysiakini-

Ini ulasan Aspan Alias mengenai MP PKR mulut longkang

Aspan Alias
Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen PKR Ampang, memberikan pandangan kepada Azmin Ali agar PAS hanya diberikan ‘consolation seats’ dalam barisan Exco Selangor. Sebabnya mudah kerana PAS tidak memberikan sokongan kepada calon Menteri Besar dari PKR, Wan Azizah Ismail.

Pandangan Zuraida ini tidak mengejutkan dan beliau sedang menunjukan sikap mahu bermusuh berpanjangan kerana tidak sependapat di antara PKR dan PAS. Kita sebagai pemerhati, hanyalah membuat persepsi yang sikap dendam-mendendam yang ada di dalam dirinya itu tidak dapat disorokkan dan inilah contoh seorang pemimpin dari PKR yang selama ini disokong oleh ramai pengundi semasa pilihanraya yang lalu.

Inilah yang menyebabkan rakyat sudah mengetahui sikap sebenar pemimpin PKR apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti yang berlaku dalam isu pengganti Khalid Ibrahim dahulu.

Zuraida sepatutnya berfikir sebelum bercakap kerana kata-kata seorang pemimpin itu sentiasa dalam pemerhatian dan fokus rakyat yang ramai. Zuraida tidak begitu mahir untuk memberikan pemikiran yang meyakinkan sebagai seorang pemimpin. Kerjasama PAS bukannya dengan Wan Azizah, tetapi dengan PKR. PAS dari awal mahukan PKR jadi Menteri Besar dan Azmin merupakan calon yang dicadangkan oleh PAS. Azmin itu dari parti mana, Zuraida?

Malahan Azmin, Timbalan Presiden PKR itu tidak dicalonkan pun oleh PKRtetapi yang mencalonkan beliau ialah PAS. Bagaimana Zuraida tidak sampai pemikirannya sampai ke sini. PKR tetap dengan pencalonan tunggal, iaitu Wan Azizah dan sentiasa menafikan yang Azmin itu telah dicalonkan oleh PKR. PAS bukannya menolak PKR dari memegang jawatan Menteri Besar itu.

PAS hanya tidak menyokong Wan Azizah.Jika Azmin bersikap seperti Zuraida ini, beliau tidak perlu melantik sesiapa dari PKR untuk menjadi Exco kerana PKR tidak pernah mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar. Azmin juga tidak perlu melantik exco dari DAP kerana DAP mahukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Kita berharap Azmin tidak melayan pandangan politik kuning seperti yang ditunjukan oleh Zuraida ini.

Tetapi akhirnya pencalonan PAS itulah yang diterima oleh Istana, dan calon itu adalah dari PKR. Namanya Azmin Ali. Jika inilah sikap dan caranya pemimpin seperti Zuraida ini memimpin, maka rakyat terpaksa berfikir kembali dalam pilihanraya yang akan datang samada untuk menyokong beliau atau pun sebaliknya kerana beliau telah menunjukan kesuntukan pemikiran sebagai seorang pemimpin.

Saya berharap media telah salah memetik kata-katanya itu. Jika kata-kata nya itu adalah benar dan tidak disalah petik, maka Zuraida boleh dianggap sebagai pemimpin PKR yang memberikan nasihat yang tidak sihat terhadap partinya, khususnya kepada Azmin Ali. Kita berharap Azmin tidak akan se naif Zuraida itu.

Inilah contoh pemimpin parti yang mengaku sebagai ‘alternative’ kepada UMNO yang kian uzur itu. Sekarang bukan UMNO sahaja yang uzur, PKR nampaknya lebih uzur lagi. Berapa ramai kah pemimpin dalam PKR yang mempunyai tahap pemikiran seperti Zuraida ini?

Jika ramai yang seperti Zuraida ini, bagaimana kah rakyat hendak yakin dengan parti yang beliau anggotai itu?