Bandingkan harga kita dengan negara pengeluar minyak lain

Tranungkite
Jangan banding dengan negara pengimport minyak seperti yang dilakukan oleh page Friend of Barisan Nasional tu.

Pemimpin UMNO bangang jangan buat macam dibanding harga durian di malaysia dengan Jepun sebab jepun tiada durian. Memang Malaysia akan murah!!

Gambar Azmin Ali 'terjah' lori sampah ala-Jokowi

Dari longkang sehingga lori sampah, tiada apa-apa terlalu remeh buat Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali - sekurang-kurangnya itulah imej yang tergambar melalui publisiti yang menggelarkan beliau sebagai Jokowi Malaysia.
Dengan telefon pintar yang setiasa tersedia, penyokong Azmin telah membanjiri media sosial dengan gambar beliau yang kelihatan seperti tidak kisah untuk mengotorkan kemeja putih lengan pendeknya sewaktu turun padang.

Gambarnya sewaktu memanjat lori sampah pagi semalam mengingatkan kita kepada sidang media di tapak pembuangan sampah oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo, yang meningkat popular dalam politik secara sekelip mata.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dikenali ramai dengan gaya 'blusukan' (istilah Indonesia untuk turun padang) sejak beliau berkempen untuk jawatan gabenor Jakarta lagi sebelum menang pemilihan presiden Indonesia.
Namun, Azmin menggunakan istilah "terjah', istilah dengan rujukan budaya popular yang biasanya merujuk kepada situasi apabila selebriti didatangi wartawan dan jurugambar secara mengejut.

Istilah itu diguna Azmin sewaktu membalas twit seorang penyokongnya yang menghantar imej beliau memanjat lori sampah ke laman blog mikro Twitter.
-malaysiakini-

Tuntut Elaun Rm 15 Juta: DS Anwar Akan Saman Faekah?

Tranungkite
Faekah berbohong. DS Anwar tidak serakus itu. DS Anwar cuma terima RM1 sahaja setiap bulan. DS Anwar perlu buat kenyataan segera untuk menangkis kenyataan Faekah.

Siapakah yang layak dipercayai. Siapakah yang betul dan siapa pula yang berbohong. DS Anwar patut menutup mulut Faekah yang cuba menjatuhkannya dengan kenyataan yang tidak benar. Ini fitnah. DS Anwar perlu saman Faekah atas kenyataan mengarut beliau..

Gambar Jambatan Gantung Menakutkan Di Dunia

Ok, this definitely is the scariest bridge ever
JURUTERA China berjaya mengilhamkan sebuah jambatan gantung paling menakutkan di dunia di wilayah Hunan, selatan negara tersebut yang telah dibuka kepada orang ramai.

Ia bukan sebuah jambatan yang membahayakan nyawa pengguna tetapi lantainya yang diperbuat daripada cermin membuatkan pengguna takut untuk melihat curam sedalam 180 meter di Pingjiang.

Jambatan gantung yang menemukan dua puncak bukit setinggi 300 meter itu juga dikatakan akan bergoyang apabila ditiup angin.

Ok, this definitely is the scariest bridge ever

Keadaan itu akan menambah ketakutan orang ramai yang melaluinya kerana ramai diantara mereka merasakan akan jatuh ke dalam gaung.

"Pada mulanya saya masih tidak berasa gentar, tetapi apabila berada di tengah jambatan yang bergoyang, lutut saya mengigil ketakutan," kata Yun Ku, 23, sebagai reaksi selepas melintasi jambatan gantung berkenaan.

Bagaimanapun, orang ramai yang mengalami ketakuran ketika berada di tengah jambatan akan dibantu oleh kakitangan terlatih untuk menghabiskan perjalanan mereka.
-mstar-

'Hina Rara, Dyana, Melati bererti hina semua wanita'

MP DAP Gobind Singh Deo mengutuk kenyataan yang "kejam, tak berhati perut dan "seksis" terhadap anggota wanita yang baru menyertai parti itu.
Pengerusi Biro Undang-undang nasional DAP itu berkata serangan terhadap Dyana Sofya Mohd Daud, Young Syefura Othman dan Jamila Rahim kerana penglibatan mereka dengan DAP dianggap "penghinaan terhadap semua wanita".

"Saya rasa serangan ini memalukan dan menghina perempuan secara umumnya.

"Ia tidak dapat diterima dan perlu dikutuk sepenuhnya," kata Gobind dalam kenyataannya.
Di antara serangan itu, tegas ahli parlimen Puchong itu adalah ulasan yang disiarkan Free Malaysia Today bertajuk 'DAP dan politik onani'.

Rencana itu mendakwa DAP menggunakan Dyana, Syefura dan Jamila untuk mewujudkan 'keghairahan' di kalangan belia Melayu terhadap parti itu.
-malaysiakini-

Naik motor pergi kebun, bukan banyak minyak habis

DR AZMAN IBRAHIM 
TIBA di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman kira-kira jam 10 pagi waktu Malaysia atau 4 pagi waktu tempatan, semalam.

Saya pasti nun jauh di tanah air sana, isu yang sedang hangat diperkatakan di mana-mana ialah kenaikan harga minyak yang kembali bertandang.

Ketika harga getah skrap merudum di bawah RM2 sekilo, harga kelapa sawit pula menjunam, rakyat pula dalam mood persiapan untuk menyambut Idul Adha, hadiah istimewa ini tiba. Ianya tentu sangat lumayan.

Memang sebagaimana dulu dan dulu-dulu juga, ini bukan kenaikan harga minyak tetapi hanya rasionalisasi subsidi. Perbelanjaan negara untuk subsidi minyak telah terlalu banyak lantas perlu dijimatkan supaya ianya dapat disalurkan kepada sektor-sektor lain yang lebih memerlukan. Sektor mana yang menerima manfaat dari penjimatan subsidi minyak? Entahlah...

Walau bagaimanapun, minyak kita masih lebih murah berbanding Singapura dan Thailand! Bermakna negara kita sebenarnya lebih baik dan kehidupan rakyatnya lebih makmur serta pemerintahnya lebih bijak menguruskan ekonomi negara!

Anehnya mengapa tidak pula dibuat perbandingan harga minyak dengan negara-negara serantau yang sama-sama memiliki khazanah emas hitam ini dari perut bumi mereka seperti Brunei dan Indonesia.

Membandingkan harga minyak di Malaysia dengan Singapura ibarat membandingkan harga rambutan di Kuala Berang, Terengganu dengan Tokyo!

Drama minyak ini telah bermula dari seminggu lalu apabila Terengganu, Pahang dan Kelantan dinafikan kononnya tidak memiliki minyak. Rupanya selama ini bila kita melintasi bandar Kerteh Terengganu dan melihat kawasan industri petroleum tersergam di kiri dan kanan jalan, kita sangka itu adalah pusat pemprosesan minyak tetapi rupanya kita ditipu. Hakikat sebenarnya ia adalah kawasan industri pemprosesan minyak gamat, bukannya petroleum!

Episod seterusnya dari drama minyak ini nyata lebih dramatik. Sebagaimana biasa, orang kampumg tak payah risau. Sekadar memiliki sebuah Honda Cub, bukannya makan minyak banyak. Naik pun 20 sen sahaja. Kalau biasa kita isi RM5, lepas minyak naik pun kita tetap boleh isi RM5, bukannya RM5.20! Apa mau bimbang? Naik motor pun sekadar untuk pergi ke kebun dan surau. Bukan banyak pun habis.

Bila minyak naik harga, fenomena BRIM akan terus kelihatan bersesak-sesak di stesen-stesen minyak. Beratur Ramai Isi Minyak (BRIM). Penuh sesaklah segala stesen minyak. Silakan isi, kemudian parking kereta dalam garaj, bungkus elok-elok dan pergi kerja naik motosikal atau naik bas. Itulah petua terbaik untuk penjimatan minyak kereta. Tak salah untuk dicuba. Saya yakin ianya berkesan.

Tentunya minyak sebagai nadi penggerak ekonomi, maka kenaikannya tak akan terhenti setakat itu sahaja. Ianya akan disusuli dengan kenaikan itu dan ini, barangan itu dan barangan ini, caj di sana dan di sini sehingga akhir sekali ramai yang akan naik minyak!

Tapi saya yakin, kerajaan tak perlu bimbang apa-apa. Fenomena rakyat naik minyak ini mudah saja diturunkan semula dengan sedikit gula-gula. Kesudahannya mereka tetap akan undi BN lagi.

Time getah naik harga, kelapa sawit naik harga, kita tak bising pulak, bila minyak naik harga sikit dah bising riuh rendah. Belajarlah bersyukur sikit! Inilah ungkapan yang biasa keluar dari mulut JKKK yang tidurnya berselimut dengan bendera kati.

Bumi Malaysia kami tinggalkan untuk sementara kira-kira pada jam 10.10 malam semalam menuju dalam rehlah panjang. Transit seketika di Bangkok menuju Amman, Jordan dan seterusnya Khortoum, Sudan.

Rasa rugi juga kerana tak sempat nak menikmati minyak dengan harga baru menjelang jam 12 tengah malam semalam. Apa pun syabas dan tahniah untuk rakyat Malaysia atas hadiah Hari Raya Haji ini.

Selesai misi kemanusian ini, kami dengan izin Allah akan kembali semula ke tanah air. Masa itu, bila ada jemputan ceramah, tentunya bayaran saguhati untuk duit minyak kena tebal sikit. Bukan salah penceramah, tapi salah tangan-tangan yang masih tegar memangkah BN!

Memang suara rakyat suara keramat, tapi kalau pesen suara pengundi yang percaya mati-matian dengan 'keris keramat' jawabnya makan kayu keramatlah kita.

Salam Eidul Adha dari Bumi Amman, Jordan.

PROTESPETROL 104: Perhimpunan raksaksa esok di Dataran Merdeka pada jam 4 petang

Penyebaran mengenai perhimpunan bantahan kenaikan harga minyak di WhatsApp.KUALA LUMPUR: Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.

“Secara tidak langsung ia mampu mengganggu ketenteraman awam selain mencemarkan imej negara. Sehingga hari ini, kita belum menerima sebarang permohonan daripada pihak penganjur. Juga, masih tiada laporan diterima membabitkan perhimpunan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Tajudin berkata pihak polis akan memperketatkan kawalan di kawasan berkenaan bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang ramai diadakan.

“Saya nasihatkan orang ramai agar jangan sertai perhimpunan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas dan kita juga pantau perkara ini dari masa ke semasa,”katanya kepada Sinar Harian, semalam.
-sinarharian-

China beri amaran kepada AS

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Kerajaan China memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak campur tangan dalam protes pro demokrasi yang semakin meruncing di Hong Kong.

Menteri Luarnya, Wang Yi berkata situasi yang berlaku di Hong Kong adalah masalah dalaman China dan menegaskan semua kerajaan asing harus menghormati kedaulatannya.

"Kerajaan China amat tegas dalam hal ini. Mana-mana kerajaan atau kumpulan tidak boleh bertindak sesuka hati kerana ianya bakal menggugat ketenteraman awam," kata Yi selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry, semalam.

Sebelum ini, AS menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan China menahan puluhan penunjuk perasaan yang bertindak melancarkan protes bagi menggesa peletakan jawatan pemimpin demokrasinya, Leung Chun-Ying.
Menurut AS, China sepatutnya menggunakan budi bicara dan membenarkan rakyatnya berkumpul bagi menyatakan pandangan mereka secara aman.

Namun tegas Yi, tindakan China adalah wajar dan berkata AS akan mengambil pendekatan sama jika situasi tersebut berlaku di negaranya.

Difahamkan, penunjuk perasaan terus menghalang laluan utama pengangkutan dan pelajar mengancam untuk meningkatkan bantahan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi termasuk peletakan jawatan Chung-Ying dan menarik balik pelan reformasi pilihan raya yang diumumkan Beijing.

Polis memaklumkan lebih 70 orang cedera sejak bantahan dimulakan minggu lalu, dipetik dari laporan IBT

Padah berPMkan Anak Bangsawan

Shahbudin Husin
Sejak malam tadi apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, bukan saja stesen minyak dibanjiri dengan kenderaan, malah laman sosial juga sarat dengan kecaman terhadap keputusan yang dianggap tidak bijak dan membebankan rakyat itu.

Dengan mengumumkan kenaikan itu hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha yang pastinya akan melonjakkan peningkatan harga barang-barang keperluan serta menambah lagi jumlah perbelanjaan, kerajaan berslogankan mendahulukan rakyat pimpinan Najib Razak seakan-akan sudah tersasar jauh daripada apa yang selalu mereka laungkan.

Bukan saja kenaikan itu yang dipertikaikan kerana beberapa laporan media antarabangsa menyebut harga minyak dunia sedang menurun ketika ini tetapi juga masa kenaikan itu yang hanya tiga hari sebelum sambutan Hari Raya Korban turut dianggap tidak sesuai sama-sekali.

Apakah kerajaan tidak prihatin lagi kepada rakyat? Kenapakah kerajaan tidak boleh menunggu seminggu dua lagi untuk mengumumkan kenaikan itu?

Di media sosial, ramai yang meluahkan kemarahan mereka. Bulan saja penggiat media sosial pro pembangkang yang mengambil kesempatan ini untuk membelasah lagi kepimpinan Najib Razak, malah ramai juga yang pro kerajaan turut meluahkan perasaan yang sama. Semua mereka berpendapat kenaikan itu tidak wajar, selain masanya juga tidak sesuai.

Terdapat juga yang menyindir Najib dan kerajaan berikutan kenaikan itu seperti memberi petua menjimatkan minyak kereta dan bagaimana untuk memastikan penanda minyak sentiasa di garisan F yang dibuat dalam bentuk lawak jenaka. Ada pula yang mentafsirkan BR1M 2.0 dengan maksud "Beratur Ramai-ramai Isi Minyak 20 sen".

Yang memerli Najib dan kerajaan dengan mengucapkan terima kasih dan tahniah juga ramai atas tindakan menaikkan harga minyak, antaranya ialah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin.

Ustas Kazim Elias, penceramah agama yang sebelum ini menolak lantikan sebagai Ahli MT UMNO oleh Najib adalah antara yang paling awal meluahkan perasaan tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini serta meminta kerajaan mengkajinya semula atas dasar prihatin terhadap rakyat yang berpendapatan rendah.

Di kalangan pemimpin kerajaan pula, walaupun media sosial seharusnya menjadi medium mendekatkan interaksi antara pemimpin dengan rakyat, tetapi kenaikan harga minyak malam tadi telah menyebabkan mereka senyap sunyi dan "tidur awal" lantaran mengelak untuk berhujah dengan kemarahan rakyat. Jelas bahawa tidak ramai pimpinan kerajaan yang berani mempertahankan tindakan kerajaan itu dan berhujah secara terbuka.

Hanya Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang tampil cuba merasionalkan kemarahan rakyat dengan menulis di twitternya "Ron95 sebenar pasaran RM2.58 seliter. Harga di Malaysia RM2.30. Subsidi kerajaan 28 sen seliter. Diesel sebenar 2.52. Msia 2.20. Subsidi 32 sen. Tq."

Namun sebenarnya bukan harga pasaran minyak dan jumlah subsidi yang diberikan kerajaan atau jumlah RM2 billion subsidi yang diperuntukkan kerajaan yang menjadi isu dan boleh meredakan suhu marah rakyat, tetapi hal paling besar ialah kenapakah Najib bersetuju dengan kenaikan yang dianggap tinggi dan dilakukan menjelang Hari Raya Korban pula?

Apakah kerajaan sudah kekeringan kantung kewangannya sehingga tidak sabar-sabar mahu mengurangkan subsidi rakyat? Kalau kerajaan kekurangan wang yang memberi erti prestasi ekonomi tidak membersangkan, bagaimana pula diumumkan baru-baru ini ekonomi negara berkembang sebanyak 6.4 peratus?

Logiknya jika ekonomi makin berkembang yang tentunya diikuti dengan bertambah kukuhnya kewangan negara, tentulah kerajaan tidak begitu terdesak memotong subsidi untuk rakyat bawahan.

Walaupun ada yang meletakkan punca kenaikan ini berdasarkan saranan Pemandu yang dipimpin oleh Idris Jala, kata putus membenarkan kenaikan itu tetap di tangan Najib Razak selaku Perdana Menteri. Hanya jika Najib bersertuju dengan kenaikan yang dicadangkan itu, barulah ia akan dinaikkan.

Menaikkan harga minyak dan mengurangkan subsidi rakyat bukanlah kali pertama dilakukan Najib. Ia sudah banyak kali dilakukan sebelum ini. Alasan klise yang selalu diberikan ialah untuk meningkatkan daya saing rakyat dan memberi ruang ekonomi berkembang dengan lebih baik.

Tetapi memotong subsidi yang menyebabkan harga minyak naik tanpa angin dan tanpa ribut serta menjelang musim perayaan bagi umat Islam bukan saja tidak meningkatkan daya saing dan perkembangan ekonomi, bahkan tidak lain adalah manifestasi wajah dan warna hati sebenar Najib sebagai anak bangsawan yang tidak memahami derita dan kesusahan rakyat terbanyak di negara ini.

Sementara beliau dan keluarga teus bermewah dengan pelbagai kemudahan yang ditanggung rakyat melalui cukai rakyat, sedikit demi sedikit rakyat disengsarakan dengan pelbagai beban dan kenaikan yang dipaksakan. Sebagai anak bekas Perdana Menteri yang sejak lahir dilimpahi kemewahan, bukan saja kesusahan tidak pernah dirasainya, pemahaman mengenai erti derita dan kemiskinan juga tidak sama dengan mereka yang pernah mengalaminya.

Setelah enam tahun berlalu, kesilapan memilih anak bangsawan sebagai Perdana Menteri nyata makin ketara. Negara tidak harus mengulangi lagi kesilapan ini. Anak, cucu atau menantu Perdana Menteri tidak seharusnya lagi diberi ruang memimpin negara ini jika kehidupan rakyat bawahan dan marhaen ingin benar-benar difahami, diperjuangkan dan dibela

Warga Malaysia yang terpaksa bergelut menyara hidup

Ng Kee Seng
Kerajaan persekutuan gemar hidup dalam dunia sendiri, memberitahu bahawa segala-galanya bagus untuk semua rakyat Malaysia, dari segi kewangan dan ekonomi. Tetapi golongan miskin bandar dan luar bandar, dan kini golongan berpendapatan sederhana, sedang bergelut untuk menyara hidup.

Kos sara hidup sedang melambung, membesarkan anak-anak, memberi mereka makan dan pendidikan yang baik merupakan suatu tekanan.

Kemewahan seperti kereta dan motosikal, hubungan telekomunikasi dan peralatan IT berada di luar kemampuan ramai.
Dan bagaimana pula dengan kos memiliki tempat tinggal?

Rakyat kebanyakan mengetahui dan merasakannya. Mereka tidak boleh tertipu mengenai realiti ke atas kos sara hidup.

Walau bagaimanapun, kerajaan persekutuan terus menyebarkan dan menenangkan rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa kesemuanya adalah baik-baik sahaja.

Tetapi statistik global dari Indeks Kos Sara Hidup Generasi Y (GYCLI) telah membawa pendedahan.

Laporan Knight Frank Global Cities 2015 yang julung kali diadakan, yang diterbitkan pada 25 September mendedahkan bahawa tiada bandar Asia yang berjaya mendapat tempat 10 teratas.

Ini bermakna, Generasi Y berhempas pulas mencari rezeki setiap hari tanpa dapat menyimpan. Kuala Lumpur tidak pun berada dalam tangga 20 teratas.

GYCLI menilai kos sara hidup di bandaraya-bandaraya global kepada golongan profesional muda.

Hong Kong muncul sebagai bandar yang paling kurang berpatutan manakala Frankfurt mengungguli indeks itu. Semua tujuh bandaraya-bandaraya global Asia Pasifik berada di bawah tangga 10 teratas.

Keputusan laporan CLI ini menunjukkan bahawa graduan muda yang tinggal di Frankfurt mempunyai paling banyak pendapatan boleh guna, dengan kira-kira 60 peratus daripada gaji bersih mereka masih berbaki pada akhir setiap bulan, berbanding dengan 4.61 peratus defisit bagi graduan-graduan Hong Kong.

GYCLI memberi tumpuan kepada graduan muda di daerah-daerah perniagaan pusat (CBD), dengan menggunakan pembolehubah seperti gaji permulaan graduan, kos penginapan, bil, sewa serta harga satu pain bir, secawan kopi dan barang-barang runcit.

Laporan itu menganalisis kos sara hidup di daerah-daerah yang baru muncul di sekitar CBD tradisional dunia di bandar-bandar terkemuka global, seperti kawasan sekitar Square Mile di London, atau Downtown New York.

Ketua penyelidikan perdagangan Knight Frank, James Roberts berkata: "Banyak daerah-daerah yang baru muncul di sekeliling CBD tradisional telah membangun sebagai tempat bertenaga dan canggih untuk didiami, dan sering menarik siswazah-siswazah muda untuk memulakan kerjaya mereka di situ.

"Bagaimanapun, apabila populariti kawasan-kawasan ini meningkat, harga akan naik dan graduan muda sering bergelut untuk kekal mendiami kawasan itu.

“Ia tidak boleh lagi dianggap bahawa pekerja-pekerja yang lebih berumur mahu berpindah ke pinggir bandar, sebaliknya mereka turut sukakan gaya hidup bandar yang bertenaga, jadi persaingan bagi mendapatkan tempat kediaman di kebanyakan lokasi-lokasi bergaya menjadi semakin panas. Satu cabaran di kebanyakan bandar-bandar global adalah bagi mengimbangi permintaan bercanggah bagi menempatkan gelombang firma baru, dan pekerja-pekerja mereka, dalam kawasan yang sama yang menjadi tumpuan ramai.”

Kos Sara Hidup Generasi Y (disusun mengikut kemampuan)
Sumber: Laporan Knight Frank Research/Newmark Grubb Knight Frank, Global Cities 2015, Mukasurat 93
Di bandar-bandar Malaysia, seperti ibu kota persekutuan Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru, graduan Gen Y tertekan dari segi kewangan.

Jangan disebut mengenai makan mewah atau bufet dalam suasana berhawa dingin di hotel untuk memikat gadis, atau bakal pelanggan.

Adakah sesiapa yang terfikir mengapa di Lembah Klang, kedai-kedai nasi campur tradisional ekonomi sudah tidak lagi ekonomi. Sepinggan nasi boleh menelan harga RM10 atau lebih!

Set makan tengah hari/malam nasi beriani boleh dikenakan caj sehingga RM18 bagi seorang!

Nasi Kandar dan daun pisang? Jangan tanya. Anda minta pelayan untuk mengira sebanyak tiga kali, dan dia akan memberikan anda tiga harga yang berbeza.

Dengan kenaikan yang akan berlaku terhadap harga bahan api dan kadar tarif kuasa, ditambah pula dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April akan datang, apa yang boleh rakyat Malaysia jangkakan tahun depan?

Ramai yang pasti akan menjawab bahawa kos sara hidup di Singapura adalah lebih tinggi daripada di Malaysia. Ini tidak tepat atau benar.

Sepinggan nasi lemak di pusat penjaja makanan di Singapura (dengan sepotong ayam, telur, kentang dan sayur-sayuran) hanya berharga S$3.50.

Bagaimana pula di Malaysia? Sudah tentu anda tidak boleh menukar matawang dan menyatakan yang ianya adalah lebih mahal daripada di Malaysia, apabila anda memiliki dolar Singapura.

Selain itu walaupun kos sara hidup di Singapura adalah lebih tinggi, tetapi pendapatan individu juga telah meningkat secara berkadar. Seorang guru sekolah menengah dibayar lebih daripada $10,000, belum termasuk bonus. Bandingkan ini dengan guru-guru di Malaysia.

Jadi, apakah masalah-masalah sosio-ekonomi sebenarnya di Malaysia? Kerajaan atau rakyat? 
-http://bm.theantdaily.com

Ng Kee Seng percaya bahawa tuhan sentiasa membantu mereka yang menolong diri mereka sendiri. Dalam sebuah demokrasi yang sihat, setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan yang perlu dimainkan dalam politik dan negara.

‘Biar bedabah ini berhadapan dengan undang-undang’ - Bung Mokhtar

bungmokhtar
PETALING JAYA : Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menggesa pihak polis agar bertindak segera membawa penulis blog, Alvin Tan pulang ke Malaysia.

Bung berkata, Alvin perlu segera dibawa ke muka pengadilan dan berhadapan dengan undang-undang negara bagi dikenakan tindakan yang sewajarnya.

“gunakan apa juga sumbar kekuatan g ada bawa balik Alvin Tan keMalaysia..biar bedabah ini berhadapan dgn undang Negara ini.@KBAB51,” katanya menerusi twitter.

Alvin sebelum ini mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan melalui akaun Facebooknya.

Minyak naik: Rakyat luah perasaan di media sosial

SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Sebaik pengumuman kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen oleh kerajaan yang berkuatkuasa tengah malam tadi, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh rakyat negara ini.
Masing-masing menggunakan medium media sosial untuk memberi respons terhadap kenaikan petrol dan diesel itu.

Di dalan laman Facebook, rata-rata penggunanya berlumba-lumba memuat naik status sebaik sahaja mengetahui kenaikan harga petrol.

Majoriti mereka menyatakan tidak puas hati dan lebih daripada itu menghentam tindakan kerajaan yang semakin menekan rakyat.

Tidak kurang juga ada yang memberi respons menyindir kerajaan dengan memuat naik status "terima kasih kerajaan", 'Nasib baik 20 sen bukannya 20 ringgit', "Syukur harga kangkung tak naik" dan bermacam-macam lagi.

Fadhil Saari; " kenaikan harga minyak hadiah malam ini"

Zaleha Said; Yeayy...BN menang rakyat senang. Naik jangan tak naik"

D' Mas Saima; "Naik 20 sen jah...kita patut bangga jadi rakyat kepada BN. Naik lagi lah..."

Abdul Latif; "Hadiah hari raya korban...rakyat terkorban. Terima Kasih BN".

Bukan sahaja status tidak puas hati bahkan gambar-gambar pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya dengan pelbagai caption bernada gurauan senda telah menjadi viral di facebook dan juga whatsApp.

Malahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) turut terkena tempias apabila akronim BR1M diterjemahkan kepada 'Beratur Ramai-ramai Isi Minyak'.

Ramai juga yang menyifatkan kenaikan harga petrol ini sebagai 'Tragedi Oktober' yang dikaitkan dengan sebuah lagu oleh kumpulan rock yang terkenal suatu ketika dahulu, sambil menggunakan gambar artis berkenaan.

Pada malam tadi juga ramai yang turut mengongsi Pantun Seloka Minyak Naik 20 sen saja, antaranya yang berbunyi ..."minyak naik 20 sen saja, tapi rakyat hidup menderita,nak jimatkan duit di mana, kalau barang semuanya naik belaka.
"minyak naik 20 sen saja,tapi kerajaan jangan lupa, elaun menteri kena potong juga, barulah adil sama-sama"

Namun, bagi mereka yang memberi komen menyokong tindakan kerajaan itu pula menerima kutukan di kalangan pengguna Facebook, apabila menyifatkan kenaikan 20 sen itu ibarat empat biji gula-gula atau dua batang aiskrim poli pong.
"20 sen pun hendak berkira. 20 sen pun beban ke?" muat naik salah seorang pengguna facebook.

Ekoran status itu beliau menerima kecaman hebat malah ada yang menyifatkan beliau masih tidak faham kesan kenaikan harga petrol walaupun nilainya 20 sen.

Statusnya telah menjadi viral di Facebook dan menerima lebih 400 komen dalam masa hampir satu jam.

Mat Sabu masuk hospital kena denggi (Gambar)


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikejarkan ke hospital dipercayai akibat demam denggi.

Sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial sejak pagi Khamis menunjukkan Mohamad yang dikenali sebagai Mat  Sabu diperiksa oleh seorang doktor.

Beliau yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya.

Berita mengenai keadaan Mohamad turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Menerusi Twitternya, Khalid memberitahu bahawa Mohamad kini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

"Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya
-mstar-

Azmin umum penjenamaan baru portfolio exco

Radzi Razak
Barisan Exco baru Menteri Besar Azmin Ali mengumumkan barisan exco barunya dengan penjenamaan baru beberapa portfolio Exco negeri. Azmin turut mencantumkan beberapa portfolio untuk tingkatkan prestasi dan jamin produktiviti Exco terbabit.

Beliau memberi contoh Exco kanan Datuk Teng Chang Kim dan Iskandar Ab Samad yang memegang portfolio yang baru dijenamakan dan dicantumkan.

Teng kini memegang portfolio baru iaitu Perindustrian (Industri Kecil & Sederhana) dan Perdagangan di sampig melepaskan portfolio Kerajaan Tempatannya.

"Datuk Teng Chang Kim sebelum ini tumpukan kepada perindustrian  pelaburan. Kita rasakan IKS ini sesuatu yang penting untuk jana pertumbuhan ekonomi Selangor.

"Dengan pengalaman dan kepakarannya, beliau ada boleh membantu pertumbuhan negeri," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Sementara itu Iskandar pula mendapat portfolio yang dijenamakan semula iaitu Kehidupan Bandar yang sebelum ini dikenali sebagai Peneroka Bandar.

Berikut merupakan senarai penuh Exco Selangor dan portfolio mereka.
  • Kewangan, pembangunan tanah, pengurusan sumber alam, majlis tindakan ekonomi selangor dan penerangan: Azmin Ali.
  •  Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan: Datuk Teng Chang Kim.
  •  Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar: Iskandar Ab Samad.
  •  Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna: Elizabeth Wong Keat Ping.
  •  Kerajaan tempatan, pemutihan kilang haram dan pembangunan kampung baru: Ean Yong Hian Wah.
  •  Hal ehwal agama Islam, jawatankuasa adat melayu, pembangunan desa dan kampung tradisi: Ahmad Yunus Hairi.
  •  Kesihatan, Kebajikan, hal ehwal wanita dan keluarga: Dr Daroyah Alwi.
  •  Kemiskinan, kerajaan prihatin dan pekerja ladang: V Ganabatirao.
  •  Pendidikan, pembangunan modal insan, sains dan teknologi dan inovasi: Nik Nazmi Nik Ahmad.
  •  Generasi muda, sukan, kebudayaan dan pembangunan usahawan: Amirudin Shari.Infrastruktur, kemudahan awam dan industri asas tani: Zaidy Abdul Talib.

Memahami pergolakan Pakatan Rakyat

Timmy Say
Untuk memahami apa yang sedang melanda× Rakyat, data di dbawah perlu dijadikan rujukan.

Di Pulau Pinang, DAP tidak menubuhkan kerajaan mereka sendiri tanpa PKR mahupun PAS. Bersama PAS sahaja tanpa PKR juga tidak melayakkan DAP untuk memerintah Pulau Pinang.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
DAP: 19
PKR: 10
PAS: 1
BN: 10

(Pakatan Rakyat: BN = 30:10)

Dewan Undangan Negeri Kelantan
PAS: 32
PKR: 1
BN: 12

(Pakatan Rakyat: BN = 33: 12)
Dewan Undangan Negeri Selangor
PKR: 13
DAP: 15
PAS: 15
Bebas : 1
BN: 12

(Pakatan Rakyat: BN:Bebas = 43: 1: 12)

Atas dasar tersebut, fahamlah mengapa DAP selalu akan menyokong tindakan PKR, meskipun perkara tersebut tidak dapat diterima rakyat.

Atas kepercayaan kaum× Cina terhadap DAP, parti itu kini ada kuasa mencairkan dan mengeruhkan isu-isu politik yang melanda parti komponen Pakatan Rakyat.

Di Selangor, kerana tindakan× Sungib dan Hasnul Baharuddin, pertimbangan kuasa di× Rakyat kini sedang bergolak.

Perlu diingat,× Rakyat hanya wujud selepas kemenangan yang dicapai PAS, DAP dan PKR secara berasingan di PRU12 (2008).

DAP ketika itu bermati-matian mengisytiharkan mereka tidak akan bekerjasama dengan PAS.

Oleh kerana DAP, PKR dan PAS perlu bekerjasama memerintah Selangor, maka wujudlah Pakatan Rakyat – satu pakatan yang wujud kerana sokongan rakyat yang membenci BN.

Pada hari ini, kerana adanya Saari Sungib dan Hasnul, DAP dan PKR boleh memerintah× Selangor tanpa PAS – seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Asalkan DAP dan PKR kekal bersama sokongan dua× Adun ini, kerajaan yang ada akan kekal wujud.

Pendirian Saari Sungib dan× Hasnul membolehkan DAP dan PKR mengambil langkah memaksa PAS mengikut segala yang diputuskan antara DAP dan PKR dalam segala perbincangan – dan ini bermula dengan desakan mendapatkan persetujuan PAS untuk menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini menyebabkan PAS bertindak-balas, maka terjadilah apa yang terjadi hari ini.

Melalui kanta ini, mudah kita fahami mengapa Saari Sungib dan Hasnul diberi penghormatan begitu besar oleh DAP.

Ditambah pula dengan pilihan raya negeri Sarawak yang semakin mendekat, pendekatan politik DAP dan PKR tidak susah dibaca bagi mereka yang tidak faham akan tindakan mereka mutakhir ini.

Sebenarnya apa yang penting di Pakatan Rakyat bukanlah kerjasama PKR dan DAP. PKR dan DAP sebenarnya berkongsi sokongan yang sama.

Kejayaan terbesar rakyat di 2008 ialah dapat memaksa PAS dan DAP yang jauh perbezaan ideologi untuk duduk bersama melawan BN. Platform Pakatan Rakyat sebenarnya dibina atas perkara ini – PKR pula menjadi orang tengah.

Selama ini, BN mudah mengalahkan pembangkang kerana PAS dan DAP enggan bekerjasama. Apabila mereka sudi duduk bersama, Umno-BN menggunakan pelbagai cara untuk memisahkan mereka.

Kerana perbezaan ideologi yang ketara, PAS dan DAP perlu ada sesuatu di antara mereka untuk bergantung hidup pada satu sama lain supaya dua-dua parti boleh berunding. Di 2008, perkara itu ialah peluang untuk menguasai Selangor.

Namun pada 2013, keperluan itu hilang kerana tindakan Saari Sungib dan Hasnul – dan kerana itu, Pakatan Rakyat bergolak.

Seperti kata Tun Dr Mahathir – undi Melayu selalu berpecah, undi kaum Cina selalu menjadi penentu di dalam pilihan raya Malaysia.

Dilihat daripada reaksi merata media sosial selepas krisis MB Selangor, nampak gayanya kaum Cina kini bersatu menolak PAS dan juga Umno.

Tetapi bagaimana pula situasinya dengan pola pengundian kaum Melayu? Apakah mereka masih akan berpecah seperti dulu, atau bersatu, selepas pergolakan politik besar ini? DAP dan PKR perlu memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya kerana besar impaknya.

Kepada PKR, DAP dan PAS, jangan selalu "look for short-term gains and lose sight on your long term goals."

Ketahuilah bahawa Umno-BN sedang ketawa terbahak-bahak

DAP dan politik onani - Edwin Michael

Edwin Michael
DAP dan strategi keji berpisah tiada
rarararaPolitik narsis boleh digambarkan sebagai satu keadaan apabila para politikus sanggup melakukan apa sahaja untuk mempopularkan diri mereka atau mengejar status tertentu dalam dunia politik walaupun hakikatnya suara majoriti belum tentu menyokong pemahaman dan aspirasi "kepura-puraan" mereka. Perilaku ini juga disebut secara 'seksual' sebagai politik onani yang cenderung untuk menyanjung dan menyenangkan diri sendiri tanpa mempedulikan sama ada orang lain tertarik ataupun tidak dan kenikmatan berpolitik onani ini hanya bersifat sementara sahaja.

Pemilihan Presiden Indonesia baru-baru ini dikategorikan sebagai satu pilihan raya yang bersifat politik onani apabila calon Presiden, Joko Widodo atau Jokowi mendapat perhatian yang luar biasa daripada rakyatnya. Penganalisis politik melihatnya sebagai satu tindakbalas jangka pendek daripada rakyat dan apabila sampai satu tempoh, mereka yang memberikan perhatian luar biasa padanya akan mula mengkritiknya.

Percubaan DAP untuk hapuskan biji mata orang Melayu

Di Malaysia, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dilihat mempelopori politik onani ini apabila menggambarkan bahawa parti yang majoriti ahlinya terdiri daripada etnik Cina dan sering dilabel sebagai parti yang bersifat kauvinis serta membelakangkan etnik  Melayu kini sudah diterima oleh bangsa  Melayu. Benarkah sedemikian?

Bermula daripada Dyana Sofea, Syefura Othman dan terkini gadis berpurdah, Rahim yang masing-masing mempertaruh kelainan dalam mewujudkan 'keghairahan' anak-anak muda  Melayu terhadap parti ini. DAP sememangnya kelihatan terdesak dengan memberikan publisiti yang meluas dengan menggunakan gadis-gadis Melayu seolah-olah kini DAP adalah parti yang bakal memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Bumiputera. Hakikatnya, ini hanyalah untuk survival politik DAP untuk memastikan orang-orang Melayu terus diperbodohkan dengan agenda politik mereka.

Kepura-puraan DAP demi survival politik

Apabila DAP secara terbuka melabelkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor dibawah pentadbiran bekas Menteri Besar (MB) Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat lalu mengangkat dua ADUN PAS sebagai hero sementara Pemuda DAP Sarawak pula isytiharkan tidak akan lagi bekerjasama dengan PAS maka hanya dengan merekrut anak-anak muda Melayu sahajalah jalan terakhir buat DAP pimpinan dinasti Lim ini untuk memastikan momentum sokongan bangsa Melayu terus stabil.

Malangnya, anak-anak muda  Melayu ini terperangkap dalam sindrom ketagihan politik onani DAP ini. Apa yang pasti, mereka akan diarak bagaikan dewa-dewi, wajah mereka akan terpampang di segenap poster DAP dan dilabel dengan pelbagai kata-kata bersifat politikal motivasi. Lalu, sampai pada satu tahapnya atau dalam bahasa mudah, sebaik mencapai ejakulasi, tahap kenikmatan itu pun akan menurun. Watak-watak ini sudah tidak diperlukan lagi dan adegan yang sama akan diulang semula dengan menggunakan anak-anak muda Melayu berwajah baru pula. Malah, jangan terkejut andai suatu hari nanti DAP terdesak hingga sanggup merekrut gadis-gadis India yang berwajah persis aktres-aktres Tamil pula untuk memujuk rayu etnik India sebagai salah satu strategi membodohkan rakyat negara ini.

Namun, apabila Rahim mencanang bahawa DAP bersifat humanisme pada imejnya, sindrom ketagihan DAP terhadap politik onani ini makin jelas.

Dicantas apabila Melayu mengkritik DAP

Dasar kemanusiaan dalam kerangka politik DAP ialah memecat seorang Melayu yang mengkritik dasar perumahan negeri yang mengutamakan kapitalis dan bukannya mengutamakan rakyat marhaen. Malah, pengertian kemanusiaan itu bagi DAP adalah apabila Kerajaan P.Pinang menjual tanah kerajaan dengan skala saiz yang besar berkeluasan 190 hektar di Kawan dengan harga RM 1.02 bilion kepada Eco World Group Bhd secara terbuka. Eco World yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Rahsid Manaf dan dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan Zainuddin inilah yang mencetuskan kontroversi di Selangor sehingga membawa kepada pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun tuduhan yang dilemparkan pada beliau sehingga kini gagal dibuktikan secara sah. Kerajaan DAP yang bersifat humanisme ini hakikatnya menjual tanah untuk dibangunkan dengan projek mewah dan bukannya projek perumahan mampu milik buat rakyatnya.

DAP bukan parti multirasial

Jika nilai berperikemanusiaan itu diterjemahkan dalam konteks politik, maka setiap seorang ahli politik akan mendabik dada mengakui bahawa dialah manusia yang bermanusiawi sedangkan hakikatnya dipalit dengan lumpur kekotoran politik.

DAP dan politik onani dengan sedikit kekhayalan tentang humanisme tidak menjadikan parti itu sempurna buat bangsa Melayu khasnya dan buat rakyat Malaysia amnya. Hanya mereka yang mahukan keglamoran dan kenikmatan publisiti akan memilih jalan untuk menjadi ahli parti ini untuk diusung dipentas politik onani DAP.

Edwin Michael adalah Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman

Gembira dapat bersama anak-anak semula (Gambar Shalwati dan keluarga)

 
KOTA BAHARU: Shalwati Norshal yang dibebaskan dari Penjara Hinseberg, Frovi di Sweden pada Isnin lepas setelah menjalani hukuman penjara 14 bulan, berkata beliau tidak menyalahkan anak-anaknya atas apa yang berlaku dan menyifatkan ia sebagai suratan takdir.

"Semua perkara yang terjadi ada hikmahnya dan saya tidak salahkan anak-anak. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa malam Rabu.

Ketibaan Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalludin dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 7.40 malam disambut empat anak mereka iaitu Aishah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, serta anggota keluarga dalam suasana gembira bercampur sedih.

Keempat-empat anak pasangan terbabit turut memegang kad ucapan yang tertera 'Welcome Home Mummy' serta membawa jambangan bunga bagi menyambut ketibaan ibu tercinta.

Sebaik melihat mereka, Shalwati meluru ke arah anaknya itu lalu memeluk mereka dan suasana gembira bercampur hiba itu turut dirasai orang ramai yang berada di sekitar balai ketibaan.

Aishah, anak sulung pasangan suami isteri itu, berkata pertemuan semula dengan ibunya merupakan saat paling menggembirakan dalam hidupnya.

"Syukur mummy selamat tiba dan ia adalah saat yang paling menggembirakan dalam hidup saya," katanya.

Aishah berkata semua anggota keluarganya bersyukur dan gembira apabila dapat menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini bersama kedua-dua orang tua mereka.
-mstar-

CELAKA Haramjadah Amerika, buat video fitnah 'Mujahidin sembelih wartawan' dalam studio (Gambar)

Kantoi: Awas Tipu Daya Untuk Memburukkan Mujahidin Dan Menipu Umat Islam Seluruh Dunia Dengan Rakaman Studio
Cerita yang direka untuk memburukkan pejuang Islam. Berita palsu ini juga turut disiar media arus perdana.

Dipetik daripada blog pakat-pakatkalih.
http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/

SEGERA Minta tolong: Tak dapat menoreh kerana sering dikejar dua ekor ular sawa besar dikebun

SUREENA
Saya tidak dapat meneruskan pekerjaan saya sebagai penoreh getah walau ia satu-satunya sumber pencarian saya.

Ia adalah kerana kehadiran dua ekor ular sawa besar yang sering mengejar saya. Tiada penduduk dapat membantu kerana takut.

Saya berharap ada pihak yang berkenaan dapat membantu saya untuk meneruskan hidup saya untuk menoreh dengan menangkap ular-ular itu.

Kebun itu terletak di parlimen Jeli, mukim Jeli di Gemang No PT 4530, Kelantan.

Penyanyi Man Bai sudah hilang sabar, isterinya ada skandal dengan lelaki lain

FotoKuala Lumpur: Penyanyi Man Bai atau Abdul Rahman Osman, 47, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai mempunyai skandal dengan isterinya di laman sosial Facebook (FB) baru-baru ini.
Man Bai berkata, dia sudah tidak boleh bertolak-ansur dengan perbuatan tidak bermoral individu berusia 44 tahun itu lagi kerana dia pernah memberikan amaran sebelum ini, namun keadaan masih tidak berubah.

“Saya pernah beri amaran kepada dia sebelum ini, tapi nampaknya dia benar-benar mahu mencabar saya! Semua bukti saya sudah kumpul dan saya akan bawa ke pihak berkuasa dalam sehari dua.

“Lelaki itu pernah memikat dan menjalin hubungan dengan isteri saya di FB sekitar 2008 hingga 2012. Apabila saya dapat hidu perbuatan mereka berserta bukti pada 2012, saya beri amaran kepada lelaki itu dan isteri untuk menghentikannya.

“Selepas itu, keadaan ‘okey’ tapi pada minggu lalu saya dapat kesan lelaki yang sama muncul semula di FB dan menjalin hubungan dengan isteri saya. Cuma kali ini dia guna identiti palsu untuk mengaburi mata saya. Saya tak bodoh dan akhirnya dapat juga kesan dia lelaki yang sama.

“Keadaan semakin melampau dan saya tak akan berlembut lagi kali ini. Saya sudah ada semua bukti dan akan bawa perkara ini ke tengah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
-hmetro-

Makcik ni bela harimau untuk takutkan kera (Gambar)

Kehadiran patung harimau membolehkan hasil tanaman Azizah Saad sekeluarga tidak lagi dirosakkan oleh kera.
POKOK SENAL: Setiap pengunjung yang datang ke rumah Azizah Saad, 52, di Kampung Pauh, dekat sini pasti akan terkejut dengan kewujudan seekor harimau di rumahnya itu.

Harimau itu dikatakan sering berada di hadapan dan belakang rumah serta di bawah pokok hingga pengunjung terpaksa menelefonnya terlebih dahulu jika ada temu janji berikutan bimbang keselamatan mereka setiap kali sampai ke rumahnya itu.

Difahamkan, harimau itu dikatakan menjadi penunggu rumahnya setiap kali dia dan suaminya, Johari Hanafiah, 56, bersama anak mereka keluar dan harimau itu menjaga hasil tanaman mereka agak tidak dicuri atau dirosakkan pihak tertentu.

Azizah berkata, sejak mereka berpindah 15 tahun lalu, kawasan rumahnya itu dahulunya adalah hutan dan banyak kera yang sering merosakkan tanaman mereka serta orang kampung hingga memaksa mereka mencari pelbagai cara untuk menghalaunya tetapi tidak berjaya.

“Sebenarnya harimau itu ialah patung yang digunakan untuk menghalau kera yang sering merosak dan mencuri hasil tanaman di rumah saya ini. Semenjak saya menggunakan teknik ini hasil tanaman kami tidak lagi dicuri oleh binatang perosak itu.

"Dahulunya terdapat kira-kira 50 hingga 100 kera sering datang ke kampung kami merosakkan tanaman. Malah pernah juga turut memasuki rumah jika kami sekeluarga keluar dan binatang itu mengambil kesempatan memasukinya," katanya.

Bagaimanapun sehingga kini, teknik yang digunakan itu telah memberi manfaat kepada keluarganya kerana semenjak itu binatang perosak tidak lagi berani mendekati halaman rumah mereka.

Menurutnya, dia mendapat idea meletak patung harimau itu selepas melawat rumah saudaranya di Pantai Remis di kawasan kelapa sawit yang turut menghadapi masalah sama.

"Teknik itu sangat berkesan hingga menyebabkan saya turut membeli anak patung harimau di Air Hitam, Johor Bahru dengan harga RM120 dan meletak di sekitar halaman rumah.

“Alhamdulillah, semenjak saya meletak di sekitar halaman rumah, binatang seperti kera dan babi hutan tidak lagi berani menghampiri kawasan rumah kami," katanya.

Malah katanya, bagi mengelirukan binatang perosak itu, dia turut sering mengubah patung harimau itu.

"Apa yang menariknya, semasa kami meletakkan harimau di bawah pokok, kami tengok gelagat kera yang datang sekumpulan berteriakan seolah-olah bimbang akan menjadi mangsa harimau itu," katanya.
- Sinar Harian-