Kereta paling laju di dunia (Gambar dan video)



Stockholm: Pengeluar kenderaan Sweden melangkaui tahap kelajuan kenderaan dengan memperkenalkan kereta terpantas di dunia yang mampu mencapai kelajuan 442 kilometer sejam (km/j).

Kereta Koenigsegg One:1 dianggap ‘kereta mega pertama dunia dan kenderaan paling berkuasa yang pernah dibina’ dan harganya kira-kira dengan kos £1.67 juta (RM9.1 juta) Dipacu dengan dengan enjin V8 lima liter dengan 1,322 kuasa kuda, ia 10 kali ganda lebih berkuasa dari Ford Fiesta.
Kereta berkenaan dilaporkan mampu mencapai kelajuan maksimum 442 km/j - lebih 6 km/j berbanding Hennessey Venom GT dan 9 km/j mengatasi Bugatti Veyron Super Sport.

Lebih menarik ia boleh mencapai kelajuan dari 0-400 km/j dalam masa 20 saat.

Kenderaan ini dilihat mampu memecahkan rekod apabila ia boleh menurunkan kelajuan dari kelajuan maksimum dalam masa 10 saat. Koenigsegg One:1 diperkenalkan menerusi Pameran Motor Geneva. Bagaimanapun, bagi mereka yang berminat untuk memilikinya, ia mungkin sudah terlambat kerana semua lima unit model kereta berkenaan sudah dijual. 
-Mymetro-

Lihat banyak gambar disini

ISIS Makin Ganas

Mayat mangsa ISIS bergelimpangan di bandar Raqqa.
KEKEJAMAN militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang menguasai sekitar bandar Raqqa semakin menjadi-jadi.

Tanpa belas kasihan kumpulan pengganas itu melakukan pembunuhan setiap hari sama ada membabitkan orang awam atau anggota tentera Syria.

Terkini, beberapa mayat bergelimpangan laluan pejalan kaki di bandar Raqqa.
Antara mayat yang kepalanya ditusuk pada besi pagar.
Lebih mengerikan apabila kepala beberapa mangsa tertusuk pada besi pagar, manakala ada yang badannya diikat pada pagar di tepi jalan.
Mayat orang awam dan tentera yang menjadi mangsa kekejaman ISIS.
Suasana yang menggambarkan perlakuan tidak berperikemanusiaan itu mencetuskan rasa takut terutama di kalangan wanita dan kanak-kanak.

Bagaimanapun di kawasan lain di bandar itu, ada pihak yang bertindak mempengaruhi kanak-kanak supaya menyertai kumpulan militan itu.

"Lebih baik sertai kami, jika tidak kamu akan menjadi antara yang dibunuh nanti," ugut anggota kumpulan itu kepada sekumpulan remaja.
-mstar-

Minum Arak mabuk tak apa asal jangan berzina! Istilah MAKSIAT baru perempuan MELAYU sekarang!

Wanita Melayu sekarang boleh posting di facebook memberitahu dia sekadar mabuk dalam hotel bersama lelaki untuk menyambut harijadi tak lebih daripada itu. Dalam tulisannya dia tak buat maksiat dan marah orang kata dia sudah rosak (berzina).

Bangga dengan arak dan anggap arak bukan maksiat itu yang boleh dikatakan daripada posting yang dibuat.

Apa nak jadi dengan anak gadis Islam sekarang susah untuk dikatakan. Mereka seoalah-olah sudah tidak ada nilai agama dan moral.

Dimana mak bapak dia orang?

Gejala maksiat dan kehidupan soaial yang terlampau jika tak dibendung sudah pasti akan menjadi kudis gatal yang akan membinasakan genarasi akan dating. Islam akan terasing dibumi umat Islam dan maksiat akan menjadi suatu kebiasaan. Ulama dan pemerintah sudah lari daripada tanggungjawab sekadar mengejar keduniaan.

Kita akan terasing bila kita nak Islam...

TEMPAYAN RETAK

Mesyuarat PR: Presiden PAS Mula Disabotaj ?

Pemilihan tarikh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Isnin depan, 27 Oktober dilihat sebagai usaha mensabotaj kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Meyuarat PR yang bakal diadakan di bangunan parlimen, Kuala Lumpur, memilih tarikh sehari sebelum Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Menurut The Malaysian Insider, berkemungkinan besar, Presiden PAS tidak dapat menyertai mesyuarat itu kerana beliau akan berada di Kuala Terengganu keesokan harinya, 28 Oktober, bagi menyertai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

“Saya rasa Tok Guru tidak akan ke Kuala Lumpur, kerana esoknya dia ada bicara di Kuala Terengganu,” kata sumber yang rapat dengan beliau, lapor portal itu.

Abdul Hadi dijangka akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada tarikh tersebut susulan saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, terhadapnya berkaitan dengan isu isu pil kuda.

Menurut The Malaysian Insider, Abdul Hadi tidak pernah menyertai mesyuarat PR sejak lebih setahun lalu.

“Ketika in,i Hadi masih berada di London. Beliau berlepas ke sana 14 Oktober lalu bersama beberapa ustaz bagi menyertai program di sana ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentang Bajet 2015 Jumaat lepas.

“Tindakan beliau tidak menyertai sidang yang dianggap paling penting sebagai seorang ahli Parlimen itu dikritik hebat pelbagai pihak, khasnya pengguna media sosial.

“Beliau disifatkan sebagai ‘ponteng’ tugasannya sebagai ahli Parlimen yang dipilih pengundi kawasannya di Marang,” lapor portal itu lagi.

Kenapa ISIS Tempur Habis-Habisan di Kobane?

KOBANE (voa-islam.com) - Banyak yang bertanya, kenapa Kobane menjadi kota yang semakin berkibar namanya di pemberitaan. Apabila di Irak, mujahidin IS tengah menyerang beberapa kota di wilayah Anbar untuk membuka jalan menuju Baghdad maka di Suriah mujahidin IS memusatkan banyak pasukannya untuk mengepung dan menyerbu wilayah Kobane yang dikuasai oleh milisi Kurdi.
Kobane yang memiliki nama lain Ayn al Arab merupakan sebuah kota kecil namun memiliki posisi yang strategis. Kobane menjadi salah satu pintu masuk logistik dan bantuan internasional yang menuju Suriah dari Turki selain Yamadiyyah di Provinsi Latakia dan Bab al Hawa di Provinsi Idlib.

Dibawah kekuasaan Bashar Assad, Kobane masuk kedalam Provinsi Allepo. Pertama kali dibebaskan dari rezim Bashar Assad ketika awal Revolusi Suriah, tepatnya 19 Juli 2012 oleh kelompok Mujahidin. Setelah bebas dari Bashar Assad, Kobane dikotrol oleh pasukan milisi Kurdi YPG. Kobane telah berkali-kali mendapat serangan dari milisi IS namun berhasil dipatahkan hingga 16 September lalu, IS kembali melakukan serangan ke wilayah Kobane dan menjadi serangan terbesar yang dilancarkan IS ke Kobane.

Banyak yang bertanya-tanya kenapa IS terlihat bergitu memaksa untuk menguasai Kobane padahal di Kobane tidak terdapat pasukan Bashar Assad atau kelompok Mujahidin lain yang selama ini menjadi “musuh” IS.

Ada beberapa kemungkinan tentang alasan IS yang mati-matian menggempur Kobane.

Pertama, posisi Kobane yang merupakan salah satu jalur logistik Internasional menuju Suriah, terutama menuju Raqqah, ibukota dari IS. dengan mengontrol Kobane, IS bisa mengawasi jalur keluar masuk yang melintasi Kobane dari dan menuju Suriah.

Kedua, Serangan IS ke Kobane adalah serangan “balas dendam” IS kepada pasukan Peshmerga di Provinsi Erbil, Irak. IS gagal falam menakhlukkan Provinsi Erbil, sebuah provinsi yang mayoritas berpenduduk Kurdi.

Ketiga, penyerangan IS ke Kobane hanya strategi kamuflase IS untuk menutupi tujuan utama mereka, yaitu menyerang Baghdad. Kondisi terakhir di Irak menunjukkan bahwa IS sedang menumpuk kekuatan dan menduduki beberapa kota yang berada didekat Baghdad.

Beberapa kali Baghdad diguncang serangan bom yang diklaim oleh IS, salah satunya sebuah ledakan disebuah masjid Syi’ah dipusat Kota Baghdad. Beberapa aktivis mengabarkan bahwa posisi IS sekarang hanya berjarak beberapa kilometer dari Baghdad. Bahkan di wilayah Abu Ghuraib, IS hanya berjarak sekitar 15 km dari Bandara Internasional Baghdad. [MuhammadUmar/voa-islam.com
-tranungkite-

Lelaki ini patah kaki dan tangan terpaksa mengesot tiga hari cari bantuan setelah sedar di tempat kemalangan

Nicholas yang patah kaki dan tangan kanannya akibat nahas itu kini dirawat di HTI.
Nicholas yang patah kaki dan tangan kanannya akibat nahas itu kini dirawat di HTI. Nicholas yang patah kaki dan tangan kanannya akibat nahas itu kini dirawat di HTI.
TAPAH - Seorang lelaki bukan hanya tidak sempat meraikan Deepavali bersama keluarga, malah terpaksa mengesot selama tiga hari untuk mendapatkan bantuan selepas terbabit dalam kemalangan di Tapah, 19 Oktober lalu.

Ketika kejadian pada kira-kira jam 3 pagi di Kilometer 62.8 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Bidor itu, A Nicholas Andrew, 33 dan rakannya R Thiyagarajan, 34, yang maut ketika nahas terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di Tapah selepas mengedarkan kad kahwin adiknya kepada saudara mara di Bidor.

Nicholas berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung.

“Apabila buka mata, saya tercampak keluar dari kereta dan saya cuba bangun tetapi kaki dan tangan kanan patah, menyebabkan saya tidak mampu berdiri.

“Saya terpaksa mengesot dengan gerakkan badan serta kaki kiri untuk bergerak hingga belakang badan luka.

“Ketika itu, saya hanya mampu pujuk hati supaya lebih kuat untuk selamat pulang berjumpa dengan kedua ibu bapa, isteri dan ketiga-tiga orang anak yang masih perlukan saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan (HTI) semalam.

Penjawat awam di Kem Askar Wataniah Teluk Intan itu berkata, dia turut memanggil Thiyagarajan namun tiada jawapan dan beranggapan rakannya tercampak di kawasan lain.

Katanya, dia cuba mengesot ke arah curam gaung untuk memanjat bagi mendapatkan pertolongan namun gagal kerana kerana ia terlaku curam dan licin.

Menurutnya, dia kemudiannya mengesot ke arah parit berhampiran yang dijadikan sumber minumannya bagi menambah tenaga sebelum tidur di bawah sebatang pokok.

“Pada hari kedua, saya cuba mengesot ke tempat lain dengan harapan dapat lihat orang awam untuk minta bantuan dan ketika itu saya jumpa sebatang anak sungai yang dijadikan sumber minuman saya,” katanya.

Menurutnya, disebabkan hujan, paras air sungai naik mendadak dan menyebabkan dia terpaksa mengesot ke tempat lebih selamat.

Katanya, sepanjang tempoh itu, dia sentiasa cekalkan hatinya untuk ingat kepada ibu bapanya, isteri dan tiga orang anaknya.

Dengar bunyi motosikal

Nicholas berkata, pada hari keempat, dia terdengar bunyi motosikal dan menjerit meminta tolong namun tiada yang tampil membantunya.

Katanya, ketika itu dia hampir berputus asa ditambah pula kesakitannya dialami daripada tangan yang patah dan bernanah.

Menurutnya, bagaimanapun, kira-kira 20 minit kemudian, muncul Orang Asli bersama rakan untuk membantunya sebelum sepasukan anggota polis tiba.

“Saya berterima kasih kepada tuhan kerana masih dipanjangkan umur,” katanya.

Sementara itu, isterinya, M Ratna, 34, berkata, ketika kejadian, dia sedang bekerja di Ipoh dan apabila pulang ke rumah keesokan harinya, dia berasa pelik apabila suaminya tidak menunggunya di jalan masuk rumah mereka di Tapah seperti kebiasaannya.

Katanya, dia bertambah hairan apabila suaminya tiada di rumah dan menelefon keluarga mertuanya untuk bertanya mengenai suaminya itu.

Menurutnya, dia turut menghubungi rakan-rakan Nicholas untuk mengesan suaminya sebelum membuat laporan polis pada 19 Oktober lalu.

“Ketika di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, saya buat laporan namun suami saya tidak balik juga sebelum saya datang semula ke IPD 20 Oktober lalu untuk buat laporan mengenai kehilangan suami saya setelah gagal hubungi dia.

“Saya turut minta bantuan rakan-rakan suami untuk mengesannya di kawasan dia suka memancing namun gagal dan ketika itu saya hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya dia selamat,” katanya.

Ratna berkata, pada kira-kira jam 5 petang Isnin lalu, dia menerima panggilan daripada pakciknya yang memaklumkan orang awam menjumpai Nicholas.
-sinarharian-

Bila Azmin nak, terjah pusat judi, maksiat di Selangor, ada berani ke?

Shahbudin Husin
Sudah kira-kira sebulan Azmin Ali menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Antara janjinya sebaik mengangkat sumpah, Azmin mahu menjadi pemimpin negeri yang lebih kerap turun padang bertemu rakyat daripada berada di pejabatnya yang berhawa dingin.
Beliau juga mahu dilihat lebih kerap berpakaian biasa daripada bertali leher dan memakai kot.

Untuk mencapai matlamat itu, pendekatan terjah atau turun padang secara tiba-tiba menjadi simbolik baru kepimpinannya. Tidak lama selepas memegang jawatan menteri besar Selangor, beliau melakukan terjahan ke pusat pelupusan sampah di Sungai Kertas dan menyerbu lori-lori tanpa permit yang sesuka hati membuang sampah di kawasan itu.

Permulaan yang dilakukannya itu sehingga digelar "Jokowi Malaysia" segera mendapat pujian dan sanjungan banyak pihak, apatah lagi dalam terjahan yang dilakukan itu, Azmin tidak menampakkan beliau berasa geli apabila masuk ke dalam longkang atau memanjat lori sampah yang kotor dan berbau masam itu.

Dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Beruntung dua hari lalu, Azmin sekali lagi melakukan terjahan ke kawasan itu untuk melihat sendiri apa yang berlaku serta mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM500,000 untuk mengatasi masalah itu serta RM150,000 lagi sebagai bantuan kepada 120 keluarga mangsa.

Sekali lagi, tindakan pantasnya menyelesaikan masalah rakyat menggamit pujian dan ucapan terima kasih. Ramai pengundi Selangor yang merasakan beliau mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk Selangor.

Namun demikian, di sebalik dua terjahan yang dilakukannya sehingga ini, ramai juga yang mengharapkan beliau tidak sekadar melihat isu sampah dan tanah runtuh saja sebagai sasarannya.

Isu lain yang menjadi kerisauan ramai di Selangor ialah bercambah dengan meluasnya pusat judi haram, judi internet, pusat hiburan dan pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau refleksologi.

Di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Difahamkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah banyak serbuan pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula.

Sebenarnya, di sinilah berpuncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa dan mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid sekolah.

Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu.

Berdasarkan laporan daripada setiap PBT, bukanlah sesuatu yang sukar untuk beliau mengetahui antara tempat yang berlesen dengan yang diuruskan secara haram. Sesetengah yang berlesen pula tidak mustahil menyelewengkan kebenaran yang diberi demi memperolehi keuntungan yang lebih berganda.

Di sinilah pentingnya Azmin melakukan banyak terjahan untuk menunjukkan seriusnya beliau menangani dan mengawal perkara yang sangat membimbangkan itu.

Kiranya Azmin dapat melakukan terjahan ke pusat judi dan maksiat ini, ia bukan saja menaikkan lagi namanya, bahkan pastinya menggembirakan lebih ramai pengundi dan ibu bapa di Selangor ini.

Dengan pembangunan Selangor yang berkembang pesat, ramai yang mengharapkan Azmin tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan terjahan ke tempat yang memberi lebih kesan buruk kepada masyarakat itu tetapi begitu terbuka perniagaannya. 

Rupanya selama ini Arab Saudi yang biaya tentera ISIL

ISIL didakwa melancarkan serangan gas beracun dalam serangan terbaharu di bandar Kobani.
ISIL didakwa melancarkan serangan gas beracun dalam serangan terbaharu di bandar Kobani.
RIYADH - ARAB SAUDI. Jutawan Arab Saudi, Alwaleed bin Talal mendedahkan bahawa kerajaan negara itu pernah menyokong kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang kini telah menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq serta Syria.

Menurut Press TV, kerabat diraja Saudi itu memberitahu beberapa ekstremis di Riyadh turut memberi bantuan dana kepada ISIL.

"Kini, kami tidak lagi membiayai kumpulan itu kerana kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk menghentikan 'sokongan' tersebut," katanya tanpa memberi butiran lanjut ketika diwawancara CNN.

Sebelum ini, bekas Ketua Risikan Arab Saudi, Putera Bandar bin Sultan pernah mendapat perhatian masyarakat dunia selepas banyak pihak menuduh beliau sebagai dalang utama di sebalik konflik yang semakin meruncing di Syria.

Dalam perkembangan lain, tentera Kurdish mendakwa kumpulan Takfiri menggunakan senjata kimia dalam insiden keganasan terbaharu di bandar Kobani, sempadan Syria.

Petugas perubatan memaklumkan gas beracun dilepaskan di kawasan timur bandar Kurdish terbabit, lewat Selasa lalu.

"Kebanyakan mangsa menunjukkan beberapa simptom seperti pening dan mata berair. Bagaimanapun, kami tidak mempunyai peralatan untuk mengesahkan jenis senjata kimia tersebut," kata pegawai kanan Kurdish, Aysa Abdullah.
-sinarharian-

Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN pada November depan - Khir Toyo

Abdul Khalid akan 'let go' DUN Pelabuhan Klang - Dr KhirKUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatannya sebagai ADUN pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor November depan.
Katanya, Abdul Khalid yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu dilihat akan menggunakan strategi 'ponteng' sidang berkenaan dan jawatannya sebagai ADUN akan tergugur secara automatik.

"Dia (Abdul Khalid) tidak akan datang untuk lebih dua kali pada sidang depan. Dia akan 'let go' Pelabuhan Klang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Khir mengulas mengenai situasi Selangor kini selepas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 23 September lepas

Abdul Khalid dipecat kerana mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan selain ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Ia termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar, Exco dan ADUN Selangor.

Abdul Khalid sebelum ini pernah menimbulkan persoalan mengenai kedudukan sebagai ADUN Pelabuhan Klang yang akan diputuskannya pada sidang DUN Selangor, November ini.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberitahu dia akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai Anggota Parlimen Bandar Tun Razak walaupun tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Dr Khir merupakan Menteri Besar Selangor yang ke-13 sebelum diganti Abdul Khalid pada 13 Mac 2008.

Jawatan Abdul Khalid kemudiannya digantikan Azmin.

Ketika ditanya prestasi Azmin selepas hampir sebulan memerintah Selangor, Dr Khir menjelaskan;

"Masih belum nampak apa-apa dan belum boleh komen apa-apa. Dia masih baru dan belum buat sebarang keputusan besar."

Dalam pada itu, Dr Khir menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri masih belum berbuat apa-apa selepas isu pertukaran menteri besar.

Katanya, UMNO dan BN juga disifatkan masih senyap dan belum menampakkan 'taring' untuk menawan semula negeri itu.

"UMNO pun senyap, semua macam main sorok-sorok, semua buat hal masing-masing," jelasnya.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar menuduh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'gila kuasa' dan tidak memahami Perlembagaan Negeri dalam menentukan kedudukan menteri besar negeri itu.
-Astro-

28 Oktober ini siapa yang bakal sangkut, Haji Hadi atau Anwar

Adam Abu Bakar
Hadi Awang Anwar IbrahimPETALING JAYA: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan tidak timbul isu diantara menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 28 Oktober ini.
Anwar dan Hadi akan dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang sama namun tempat yang berbeza.

Menurutnya, kronologi kes di antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Presiden PAS adalah sangat berbeza.

“Kes Anwar ini sudah berlangsung selama bertahun-tahun, melibatkan isu-isu tentang keadilan, isu kehakiman dan juga isu pendakwaan yang terpilih.

“Maknanya tabiat kes Anwar ini cukup berliku dan ini berbeza dengan tabiat dan kes Presiden PAS,” katanya ketika dihubungi FMT.

Jelasnya, motif hukuman juga tidak sama.

“Anwar sudah sampai ke tahap rayuan yang merupakan jalan terakhir.

“Manakala Presiden saya, dia diminta hadir ke mahkamah mengenai pertuduhan yang dikatakan fitnah terhadapnya,” ujar beliau lagi.

Walaubagaimanapun, Mujahid tidak menafikan bahawa Anwar dan Hadi merupakan pemimpin besar di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Mujahid turut membayangkan bahawa kemungkinan pemimpin PAS dari Pantai Timur akan turun ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu manakala pemimpin lain akan berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan di Parlimen dan juga memberi sokongan kepada Anwar.

Namun demikian Mujahid tidak menyatakan sama ada beliau akan menghadiri kes Anwar ataupun Hadi.

“Saya belum buat apa-apa keputusan. Implikasi di Kuala Lumpur dan di Terengganu juga berbeza. Kita kena faham.

“Saya berasakan saya kalau dapat hadiri di kedua-dua tempat adalah lebih baik. Tetapi apakan daya saya tidak boleh berada di dua tempat yang sama,” ujar beliau.

Pada 28 Oktober ini, Hadi akan menghadiri perbicaraan kes saman fitnah oleh calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada jam 9 pagi. Manakala Anwar akan menghadiri Mahkamah Tinggi Putrajaya bagi tuduhan liwatnya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyatakan beliau akan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bagi mengiringi kes Presiden PAS pada tarikh tersebut. Manakala, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan bahawa beliau akan hadir ke Putrajaya bagi memberi sokongan kepada keluarga Anwar Ibrahim.
-FMT-

TMJ - Khaleeda Selamat Diijab Kabul Pagi Tadi


JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, di Istana Bukit Serene dalam satu majlis tertutup di sini, Jumaat.

Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisuri Raja Zarith Sofiah bersama-sama anakanda baginda turut hadir.

Selepas majlis itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith dilihat meninggalkan kawasan istana sekitar pukul 11.45 pagi.

Lebih kurang 15 minit kemudian, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda meninggalkan istana.

Mereka melambaikan tangan kepada wartawan yang menunggu di luar pintu gerbang istana.

Sebelum itu, pengantin lelaki tiba di pintu gerbang istana pada pukul 10 pagi menaiki kereta Rolls-Royce Phantom bersama polis pengiring.

Pemimpin negeri termasuk anggota exco Johor dan tetamu jemputan tiba di Istana Bukit Serene sekitar pukul 8 pagi.
-mstar-

Mariah Carey tayang punggung di Malaysia?

DIVA Pop antarabangsa, Mariah Carey tayang punggung ketika beraksi dalam konsert 'The Elusive Chanteuse Show" Tour in Malaysia 2014'? Biar betul!?

Bintang barat itu dikatakan menarik perhatian penonton membuat beberapa ‘pose’ atau aksi nakal yang mendedahkan punggungnya kepada peminat.

Dengan hanya mengenakan jaket hitam pendek paras punggung, aksi-aksinya dikatakan menggamatkan lagi kehangatan konsert yang berlangsung di Dataran Merdeka malam semalam.

Setiap kali bintang ini membuat aksi tersebut, stadium dikatakan gegak gempita dengan sorakan peminatnya.

Konsert Carey dilapor bermula pada jam 9.15 malam semalam.

Bagi membuka tirai persembahan, Carey memilih untuk mendendangkan singlenya yang bertajuk ‘'Fantasy', 'Touch My Body' dan 'Shake It Off'.

Namun kehangatan konsert terhenti dan bertukar suasana panik akibat kebakaran kecil di pentas stadium.

Menurut sumber, kebakaran tersebut terjadi ekoran percikan bunga api yang menyambar bahagian bawah tirai yang melatari pentas.

Kebakaran tersebut disedari oleh kru dan segera dipadamkan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Menurut laporan, insiden tersebut berlaku sebaik Mariah Carey menamatkan alunan single ‘Hero’.

"Oh, ada kebakaran rupanya di situ? (sambil menunjukkan ke arah tirai yang terbakar itu)".

"Ini berereti konsert saya pada malam ini bukan saja diterangi cahaya gemerlapan (spotlight, percikan bunga api), hujan tapi... juga ada kebakaran. Tak mengapa..., apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga", katanya dengan tenang.
-sinarharian-

Muhdalena, wanita amuk di Putrajaya lari dari hospital

JOHOR BAHARU: Muhdalena Ahmad, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas, melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pada Khamis.
Muhdalena, 30, yang dimasukkan ke HSA pada Ahad lepas kerana bersalin, didapati hilang pada kira-kira 9 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataan di sini berkata polis giat mencari Muhdalena, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.

Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

Hasnan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis di talian 07-2212999. 
-Bernama-

Anjing dipakai serban, jubah cubaan hina ulama

Datuk Mohamad Tamyes Abdul WahidKUALA NERUS: Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.
Beliau berkata, gambar anjing berserban serta berjubah kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.

"Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

"Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa' Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini.

Mohamad Tamyes berkata, umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.

"Tetapi kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing," katanya. 
-Bernama-

Azmin Ingkar Parti Lobi Jawatan MB: Lima Adun tarik balik sokongan ke atas Dr Wan Azizah

PETALING JAYA: Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor nampaknya tidak menamatkan kemelut dalam Pakatan Rakyat apabila kepemimpinannya digesa mengambil tindakan disiplin terhadap pihak yang ingkar keputusan parti berhubung isu berkenaan.
Azmin juga dinamakan antara yang perlu dikenakan tindakan kerana didakwa melobi untuk mendapat jawatan itu.

Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin berkata, selain itu, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat yang menyokong Azmin juga wajar dikenakan tindakan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa tiga Adun PKR dan dua mewakili DAP itu telah menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi menteri besar selepas membuat surat akuan berkanun berbeza untuk taat kepada siapa sahaja yang dipilih oleh istana.

"Masing-masing menarik balik sokongan ke atas Dr Wan Azizah dan kononnya taat setia dengan pilihan Sultan Selangor.

"Muncul persoalan, siapa yang menyediakan surat akuan berkanun yang dilihat seragam format dan ayatnya," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Chegubard berkata, beliau mempunyai bukti surat akuan berkanun tersebut, tetapi tidak bersedia mengedarkannya atau mendedahkan nama Adun yang dimaksudkan kerana mahu menuntut penjelasan daripada mereka.

"Saya akan dedah mengikut respon mereka. Setakat ini tak ada sebarang penafian, tapi kalau mereka nafi, mungkin mereka kata ini (bukti) palsu...saya hanya mahu penjelasan," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau bersedia memberikan semua bukti yang ada berhubung dakwaan ini jika Lembaga Disiplin parti memberi jaminan akan mengambil tindakan serius terhadap mereka.

"Lobi diri sendiri dan sengaja tidak akur keputusan mesyuarat untuk hanya memilih Dr Wan Azizah ialah perlanggaran disiplin parti.

"Persoalannya apa tindakan disiplin parti? Adakah Azmin begitu berkuasa kerana bukan sahaja dia dengan jelas dan sengaja tidak akur keputusan parti tetapi mampu membuat u-turn dan mengikut kehendaknya," katanya.

Beliau turut membandingkan dakwaan terhadap Azmin ini dengan nasib Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat kerana tidak berdisiplin dan tidak mengikut arahan parti.

"Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang berbeza, satu untuk anggota biasa dan satu set undang-undang untuk mereka yang istimewa," katanya.

Chegubard yang kini digantung keahliannnya berkata, beliau tidak bimbang tindakan mendedahkan perkara ini akan menyebabkan keahliannya dilucutkan kerana ia melibatkan integriti parti.

"Saya lebih sayangkan nilai perjuangan menegakkan integriti dan kebenaran.

"Biar saya tak jadi apa-apa tapi dikenang sebagai orang yang bercakap tentang kebenaran," katanya sambil menambah turut menerima sokongan daripada pimpinan peringkat atas dan akar umbi.
-mstar-

Video: Pelacur Lari Lintang-Pukang Takut Ditahan Polis

 
KUALA LUMPUR: Gara-gara takut ditahan pihak berkuasa, sekumpulan pelacur warga China bertindak lari lintang-pukang sehingga sanggup membahayakan diri di Jalan Gelang di sini, Rabu malam.

Kumpulan pelacur tersebut merupakan antara wanita yang memperagakan diri dengan tarian ghairah di pentas sebuah medan selera untuk mendapatkan pelanggan.

Bagaimanapun ketika sedang memikat pelanggan, pelacur berkenaan dikejutkan dengan serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 12 tengah malam.

Serbuan tersebut diketuai oleh Deputi Supritendan, Shahrulnizam Jaafar bersama dua pegawai dan 25 anggota.

Hasil tindakan pantas polis, seramai 35 wanita warga asing yang menawarkan diri untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu berjaya ditahan.

Daripada jumlah itu, seramai 24 wanita merupakan warga China manakala 11 lagi rakyat Vietnam.

Turut ditahan seorang lelaki yang dipercayai pengurus medan selera berkenaan.

Pemeriksaan lanjut di sebuah bangunan yang dijadikan bilik tumpangan wanita-wanita terbabit menemui sejumlah kondom dan pelbagai peralatan seks.

Kesemua 35 wanita terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
-mstar-

Video seks: Ini jawapan dari pihak Ustaz Azhar Idrus

Kuala Terengganu: Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga PROGRAM ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah PROGRAM 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan PROGRAM ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.
-hmetro-

Najib Boleh belajar apa itu 'kesederhanaan' dari Jokowi

Alyaa Alhadjri
Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri pelantikan presiden Indonesia yang baru, kami berharap bahwa oleh-oleh dari tetangga dan mewah hotel penginapan kami bukan satu-satunya take-rumah yang beliau bawa pulang ke negara itu.

Reputasi sebagai Republik "paling popular" di mana ahli politik hanya boleh menjadi platform yang diperlukan untuk presiden ketujuh di Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo untuk menolak melalui pelaksanaan dasar "tidak popular" di bawah pentadbiran beliau, bersama-sama dengan timbalannya Jusuf Kalla.

Yang mungkin mengapa Jokowi dilaporkan mengambil suplemen tradisional atau jamu manakala pasangannya untuk jawatan timbalan presiden mempunyai rambut yang dipotong sebelum pelantikan mereka. Kedua-dua perlu menjadi kuat dan aerodinamik untuk mengharungi badai reformasi ke depan.

Ini termasuk rancangan untuk mengurangkan subsidi bahan api dan mengelakkan melanggar batas undang-undang ke atas defisit bajet, seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada 20 Okt, memetik penasihat kepada Jokowi yang mengatakan bahawa kerajaan baru merancang untuk memerintahkan paling curam peningkatan harga bahan api itu sembilan tahun "dalam tempoh dua minggu pertama mengambil pejabat".

Ceramah akan berlaku kenaikan harga bahan api akan berlaku telah di kad sejak kemenangan Jokowi di Julai pilihan raya presiden tetapi laporan media tempatan menunjukkan bahawa presiden keluar Susilo Bambang Yudhoyono telah menolak cadangan itu kerana takut reaksi politik, berdasarkan pemberontakan yang sama pada tahun 1998 yang menyumbang kepada kejatuhan rejim Orde Baru mantan presiden Soeharto.

Dalam laporan yang berasingan, Bahasa Inggeris-harian The Jakarta Post juga memetik Indonesia itu Timbalan Gabenor Bank Pusat Perry Warjiyo sebagai mendesak Jokowi untuk naik momentumnya dan bertujuan untuk menaikkan harga bahan api pada bulan November.

"Sebagai balasan bagi inflasi, saya rasa November adalah masa yang sesuai [untuk menaikkan harga bahan api].

"Setiap kali polisi itu dilaksanakan, Bank Indonesia akan berusaha untuk memastikan bahawa kesan inflasi yang berumur pendek akan dibendung," Perry dilaporkan berkata.

Laporan yang sama menyatakan bahawa pasukan ekonomi Jokowi telah mengusulkan kenaikan harga petrol premium subsidi oleh 3.000 rupiah per liter (25 US sen), dari harga semasa 6,500 rupiah, dalam usaha untuk mengurangkan beban yang sedang berkembang import bahan api dan mengagihkan semula yang subsidi bahan api untuk perbelanjaan lain yang diperlukan.

Walaupun pada mulanya berhadapan dengan perlawanan dari enam negara "Merah Putih" pakatan pembangkang yang diketuai oleh Prabowo Subianto, saingannya untuk jawatan presiden, pemerhati menyatakan bahawa pertemuan rasmi antara kedua-dua pemimpin pada hari Isnin sebagai isyarat perdamaian untuk memudahkan perdebatan yang membina mengenai perkara-perkara dasar di Parlimen.

Terdahulu pada hari Isnin, Jokowi dan Jusuf telah dilantik ke jawatan dalam satu majlis besar-besaran yang diadakan di Dewan Perwakilan Rakyat Republik (MPR) bangunan di Jakarta, yang dihadiri oleh bukan sahaja pemimpin Indonesia atas parti politik tetapi juga Najib dan orang kenamaan asing lain.

Seorang bekas jurujual perabot, Jokowi hubungan dengan orang-orang yang sebahagian besarnya berpunca daripada latar belakang yang sederhana sendiri dan kesediaan untuk turun ke tanah - gaya ditiru ketat oleh sekurang-kurangnya satu yang baru dilantik menteri besar di Malaysia.

Walaupun pengkritik telah mempersoalkan apakah mereka mempunyai gaya yang lebih daripada bahan kenaikan Jokowi untuk kuasa, ia tidak dapat dinafikan bahawa turun ke bumi imejnya telah menyumbang kepada populariti beliau sebagai seorang pemimpin.

Sebagai contoh, dalam laporan yang berasingan, Tempo.co menyoroti bagaimana kedua-dua Jokowi dan Jusuf akan memakai kasut yang dipesan dari pengeluar tempatan di Cibaduyut - sebuah daerah di Bandung terkenal untuk menghasilkan barang-barang kulit, termasuk kasut.

Daripada menikmatinya dalam status barunya sebagai ibu negara Indonesia, isteri Jokowi Iriana Widodo juga dipetik sebagai berkata bahawa dia akan mengekalkan gaya sekarang, kecuali pada acara-acara resmi untuk menyelaraskan dengan suaminya.
Dan ini, pada dasarnya, adalah pelajaran utama yang Najib dan pentadbirannya perlu belajar dari Jokowi. Petunjuk yang diharapkan Najib mengambil ketika beliau menghadiri perasmian Jokowi ini.

Walaupun ia akan mudah untuk berdebat baru-baru ini kenaikan 20 sen kita sendiri harga petrol dan diesel adalah berdasarkan keperluan yang sama untuk mengurangkan perbelanjaan persekutuan, Najib dan kabinetnya telah gagal untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka telah berjalan ceramah tersebut dan dilaksanakan kos yang sama langkah penjimatan untuk gaya hidup mereka sendiri.

Sesungguhnya perbelanjaan kerajaan untuk program-program kerajaan yang mewah dan mahal kontrak tiket besar tampaknya meningkatkan walaupun subsidi yang dipotong.

Tetapi yang lebih fundamental, selain daripada kritikan terhadap gaya hidup dan perjalanan yang kelihatan mewah perkiraan untuk dia dan rombongannya, Najib juga memegang rekod sebagai Perdana Menteri yang mempunyai paling ramai perunding dan menteri-menteri yang berkhidmat secara langsung di pejabatnya.

Belum lagi mempunyai Jabatan Perdana Menteri paling buncit sebagai pejabatnya terus menikmati bahagian terbesar daripada bajet persekutuan.

Ia hanya boleh berharap bahawa Najib dan rombongannya terbang tinggi beliau akan mengambil daun dari Jokowi dan wanita pertamanya. Untuk mengajar kesederhanaan, satu harus rendah hati dan mengamalkan kesederhanaan pertama
-theantdaily.com

Semoga Allah melaknat mereka yang menyebar video seks Ustaz Azhar

Tranungkite
Penyebaran Video yang diambil secara curi di hotel dan rumah tumpangan adalah suatu perbuatan sangat jahat dan keji. Apatah lagi menyerang individu yang tidak disenangi atas kenyataan-kenyataan yang dibuat.

Akhir ini terdapat video dikatakan mirip Ustaz Azhar Idrus bersama isterinya telah disebar dilaman sosial.

Tujuan penyebaran tidak jelas tetapi sudah nyata berniat jahat. Semoga Allah melaknat mereka yang terbabit secara langsung dan tak langsung.

(MESTI BACA) Awas tekanan darah rendah juga boleh mengancam nyawa

NORAWAZNI YUSOF
Hipotensi atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya.
Hipotensi atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya. Hipotensi atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya.
TEKANAN darah rendah atau Hipotensi merupakan penyakit yang kerap dialami, namun ada segelintir masyarakat mengabaikan dan menganggap ia sebagai pening biasa atau masalah dehidrasi.

Malah ada segelintir daripada kita membiarkan tekanan darah rendah tanpa sebarang rawatan padahal penyakit ini boleh mengancam nyawa.

Tekanan darah setiap orang adalah berbeza tetapi jika seseorang yang mengalami tekanan darah rendah bacaan darah sistolik kurang 90 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik kurang 60 mm Hg atau tekanan darah yang sentiasa berkurangan pada kedua-dua tahap berkenaan.

Apabila tekanan darah rendah berlaku, setiap organ badan tidak mendapat aliran darah mencukupi, menyebabkan gejala penyakit terbabit timbul.

Tanda tekanan darah rendah seperti pening atau pitam, pengsan, penumpuan kelam, penglihatan kabur, loya, kulit dingin, pucat dan lembap, pernafasan pendek dan cepat, keletihan dan dahaga.

Berkait masalah jantung

Tekanan darah rendah juga boleh dikaitkan dengan masalah jantung berikutan organ berkenaan tidak berupaya mengepam darah dengan baik dan akan menyebabkan badan gagal mengedarkan darah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien dikehendaki.

Selain itu, masalah endokrin seperti penyakit paratiroid dan penyakit Addison yang menyebabkan kekurangan adrenal, gula dalam darah yang rendah atau hipoglisemia juga menyumbang kepada tekanan darah berkurangan. Malah, penyakit diabetes boleh mencetuskan tekanan darah rendah.

Mereka yang mengalami muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk juga terdedah kepada risiko mendapat tekanan darah rendah berikutan mengalami dehidrasi kerana ketika dehidrasi, tubuh akan kehilangan banyak air.

Lebih buruk, komplikasi dehidrasi seperti hypovolemic berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan penurunan mendadak tekanan darah dan pengurangan oksigen untuk sampai ke organ penting. Jika tidak dirawat, hypovolemic teruk boleh menyebabkan kematian.

Hipotensi wanita hamil

Wanita hamil juga mudah mendapat serangan tekanan darah rendah dan menyebabkan rasa pening serta loya dalam tempoh berkenaan akibat hormon kehamilan.

Jika wanita hamil mendapat serangan penyakit ini akan wujudnya masalah seperti anemia ( kekurangan haemoglobin atau darah merah) yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

Tekanan darah masa mengandung biasanya akan turun semasa trimester kedua (13-26 minggu) dan naik balik ke tahap biasa semasa trimester yang ketiga ( 27-40 minggu).

Jadi bacaan tekanan darah 90/53 atau 90/40 adalah biasa kalau puan adalah dalam linkungan trimester kedua. Tanda seperti pitam bila bangun dari kedudukan baring adalah biasa sebab tekanan darah rendah. Namun demikian pertukaran posisi kena dibuat secara perlahan.

Jikalau seseorang itu bukan dalam trimester kedua tekanan darah seperti tersebut perlu diperiksa dengan lebih teliti lagi kerana kemungkinan akan berlaku penurunan berat badan seperti 3.7kg dalam 7 minggu agar merisaukan.

Tanda-tanda kesejukan, pitam adalah satu tanda yang tidak meyakinkan dan pemeriksaan jantung dan haemoglobin perlu dibuat. Pembesaran bayi pun perlu diperiksa secara ultrasound.

Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja

Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa sahaja namun risikonya lebih tinggi kepada mereka yang lebih berusia.

Diagnosis tekanan darah rendah dilakukan bagi memastikan punca penyakit terbabit, sekali gus membantu mendapatkan rawatan sesuai, di samping mengenal pasti masalah berkaitan jantung, otak atau sistem saraf yang menyumbang kepada penurunan tekanan darah.

Biasanya, pesakit dikehendaki menjalani ujian tekanan darah yang membaca tekanan sistolik dan diastolik. Doktor juga akan menawarkan ujian elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung.

Pemeriksaan tahap tekanan darah juga boleh dilakukan menerusi ujian darah bagi mengesan sama ada seseorang mengalami lebihan atau kekurangan gula dalam darah dan kekurangan sel darah merah yang menyebabkan tekanan darah menurun.

Pakar Perubatan Obstetrik & Ginekologi KPJ Klang,
Dr Lillian George