Bolehkah kita betul-betul tidak dikenali di Internet?

Tan Jee Yee
PETALING JAYA: Pada bulan Oktober, sebuah peranti bernama Anonabox tiba di laman ‘crowdfunding’ Kickstarter, mahu mengumpulkan AS$7,500 (RM24,985) untuk membiayai pembuatan dan pengedarannya. Dalam masa lima hari, ia berjaya mengumpul sehingga AS$585,000 (RM1.5 juta).
Bagaimanakah ia mendapat begitu banyak perhatian dengan begitu cepat? Anonabox adalah sebuah penghala kecil bernilai AS$45 (RM149.88) yang akan menghalakan semua lalu lintas atas talian pengguna ke dalam sistem yang memantulkan kehadiran mereka atas talian kepada pelbagai pelayan, hampir menjadikan ia hampir mustahil untuk dikesan. Secara ringkas, ia membolehkan pengguna untuk melayari internet secara tidak dikenali.

Walaupun projek itu akhirnya dikeluarkan dari Kickstarter (disebabkan perbezaan perkakasan serta beberapa isu-isu keselamatan), sokongan cepat dan besar-besaran terhadap Anonabox ini hanya menunjukkan bahawa permintaan untuk ketanpanamaan di atas talian (dan juga privasi atas talian) adalah tinggi. Subjek itu sendiri mendapat lebih banyak tumpuan sepanjang tahun lalu, berikutan pendedahan pemberi maklumat, Edward Snowden mengenai Agensi Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (NSA) dan aktiviti pengintipan yang dilakukannya.

Ini membawa kita kepada soalan pentingnya: bolehkah kita benar-benar mempunyai ketanpanamaan semasa berada di atas talian? Hollywood mahu kita percaya bahawa hanya tindakan menggunakan alamat e-mel palsu dari kafe siber boleh membawa masalah kepada kita. Namun sebenarnya, kita meninggalkan kesan-kesan melalui cara yang kita tidak dapat lihat. Menggunakan status "incognito" pada pelayar web anda sahaja tidak cukup.

Perjuangan bagi ketanpanamaan atas talian dihalang oleh hakikat bahawa, atas sebab-sebab yang baik dan juga buruk, Internet sentiasa cuba untuk mengetahui siapa penggunanya.

Dahulunya, pendaftaran alamat e-mel hanya memerlukan beberapa butir-butir yang dengan mudah boleh dipalsukan. Hari ini, pendaftaran akaun Hotmail memerlukan anda untuk menyediakan nombor telefon sah yang aktif.

Tambahan pula, perkhidmatan-perkhidmatan seperti YouTube meminta anda log masuk dengan sebuah akaun yang mempunyai hubungan dengan e-mel anda, untuk mendapat pengalaman yang terbaik.

Ini termasuklah butiran-butiran yang anda mungkin beri secara sukarela. Apa yang mungkin tidak diketahui pengguna-pengguna adalah maklumat aktiviti-aktiviti atas talian mereka dirakamkan melalui beberapa cara yang berbeza. Sejarah pelayaran dan ‘cookies’ adalah sebahagian daripadanya (ia boleh dimatikan, nasib baik), tetapi satu perkara yang cenderung diabaikan ramai orang adalah alamat IP.

Alamat IP menjejak akses internet setiap pengguna, dan rekodnya disimpan pembekal-pembekal perkhidmatan internet bagi mengetahui pemilik IP itu, dan seterusnya menjejak pelanggan-pelanggan itu. Alamat IP anda dihantar setiap kali anda mengakses laman web. Walaupun laman web itu mungkin tidak mengetahui siapa yang mengunjunginya, ia mempunyai rekod semua IP. Memandangkan saiz fail log yang kecil, alamat IP boleh disimpan selama bertahun-tahun.

Terdapat sebab-sebab yang baik supaya ketanpanamaan atas talian dihadkan, dan ini kebiasaannya berkaitan dengan jenayah siber. Hakikat yang kumpulan ‘hacking’ paling prolifik di dunia, Anonymous menggunakan nama tersebut adalah satu sebabnya, kerana ia hanya menyukarkan pihak berkuasa untuk menganiaya penjenayah siber. Pada skala yang lebih kecil, ketanpanamaan atas talian membolehkan pengguna-pengguna menyebabkan kerosakan dalam cara yang lain – salah satunya pembuli-siber.

Ini merupakan petikan sebuah rencana yang pertama kali diterbitkan dalam Focusweek isu 6 Disember 2014. Untuk cerita sepenuhnya, sila layari www.focusweek.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan