Fitnah terbaru: Bagi bukti pimpinan PAS kaya luar biasa – Mat Sabu

mat sabuKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyangkal dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengatakan terdapat pemimpin PAS di Kelantan memiliki kekayaan luar biasa. 
Sehubungan itu beliau meminta supaya NGO terbabit mengemukakan bukti. 

“Jika benar, kita tidak akan bela pemimpin PAS itu,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini. 

Terdahulu Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa terdapat segelintir pemimpin PAS di Kelantan memiliki kekayaan luar biasa. 

Ramesh mendesak supaya satu badan siasat dibuat untuk menyiasat akaun dan kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin PAS itu. 

Katanya, pemimpin PAS itu terdiri dari bekas Exco dan Exco PAS memiliki wang jutaan ringgit Malaysia yang disimpan di selatan Thailand dan Kemboja. 

Bagaimanapun Ramesh tidak mendedahkan nama pemimpin PAS terbabit.

 Ketika ditanya mengenai penubuhan Majlis Tindakan Bencana Barisan Nasional (BN) – Pakatan Rakyat (PR) yang dicadangkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi mencari penyelesaian masalah dihadapi mangsa banjir di lima negeri di Malaysia, Mohamad Sabu enggan mengulas. 

“Perkara itu boleh dibincangkan bila-bila masa. Sama ada kalau jet tak balik atau Datin Rosmah Mansor naik jet itu, kita akan buat sidang media lain,” katanya. 

Beliau berkata, buat masa ini PAS akan menumpukan sepenuhnya dalam membantu mangsa banjir dan mengenai perkara lain PAS akan menjawab di sidang media yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan