PETALING JAYA: Pemuda Umno Johor menggesa kerajaan supaya memperhalusi semula rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang mencadangkan supaya merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.
Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, merotan anak perlu dibezakan antara memukul untuk mendidik dengan memukul yang membawa kemudaratan kepada kanak-kanak.
Katanya, walaupun terikat dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), kerajaan seharusnya terlebih dahulu merujuk kepada budaya masyarakat Malaysia, serta mengutamakan agama Islam sebelum membuat keputusan berhubung cadangan itu.
"Rentetan dari kes Azizul dan Shalwati di Sweden yang bersalah kerana memukul anak telah membuka satu persepsi baharu dalam masyarakat Malaysia tentang terma mendisiplinkan anak. Majoritinya di Malaysia, malah Islam tidak menolak rotan sekiranya ia tidak mencederakan anak.
“Oleh itu, Pemuda Umno Johor mengesa kerajaan memperhalusi semula akta baharu ini dan mengkaji semula dalam memberi sepenuh keupayaan untuk kepentingan terbaik bagi kanak-kanak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, merotan anak bakal menjadi suatu kesalahan jenayah sekiranya rang undang-undang baharu itu yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Menurut Rohani, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Hahasrin berkata, gesaan itu turut mahu mengelakkan mana-mana pihak untuk mengeksploitasikan akta baharu demi kepentingan peribadi dan agenda tersendiri.
Sehubungan itu katanya, satu penerangan umum yang jelas perlu dibuat kepada masyarakat sebelum perkara tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.
-mstar-
Ambil iktibar kes pasangan Sweden
RUJUKAN kes pasangan Malaysia Sweden sudah jelas dan nyata, mungkinkah anak-anak akan dipisahkan dengan ibubapa kandung hingga berusia 18 tahun?
Akan wujudkah manipulasi dan 'industri anak angkat' yang memberi pulangan lumayan, sepertimana Sweden membayar 10 ribu Swedish Kronas (RM4,300) kepada ibubapa angkat ?
1. Pengalaman SukaGuam sebagai pemerhati dalam kes pasangan Malaysia di Sweden mendapati larangan merotan anak seperti terkandung dalan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) ditentang hebat oleh pengamal undang-undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak-pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.
2. Jika pihak mereka juga tidak sependapat berkenaan perkara ini, mengapa pula Malaysia mahu mencontohi undang-undang yang jelas berlawanan dengan amalan agama majoriti rakyat negara ini yang merotan anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplin melalui kaedah tertentu.
3. Harus diingat bahawa merotan bagi tujuan mendidik adalah 'amat berbeza' dengan perbuatan mendera seperti yang ditafsir dalam CRC. Malah, statistik penderaan kanak-kanak tidak pun berkurangan, malah bertambah buruk di negara-negara yang melarang perbuatan merotan anak.
4. Kesalahan jenayah melibatkan 2 elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah). Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar dari pengertian ini.
5. SukaGuam bimbang, hukuman ke atas ibubapa yang merotan anak akan disusuli dengan tindakan susulan seperti di Sweden iaitu memisahkan anak-anak berkenaan sehingga berusia 18 tahun. Anak-anak akan diperintah mahkamah untuk diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat yang berkemungkinan berbeza agama.
6. Hasil kajian kami di Sweden juga mendapati bahawa sejak undang-undang itu diperkenalkan pada 1979, sudah lebih 300 ribu kanak-kanak dipisahkan dengan ibubapa kandung mereka dan terpaksa hidup dengan keluarga angkat sehingga berusia 18 tahun. Undang-undang ini amatlah menyiksa jiwa anak-anak dan ibubapa kandung berkenaan.
7. Beberapa pihak di Sweden juga mendedahkan betapa undang-undang ini dimanipulasi untuk mengaut keuntungan dengan wujudnya 'industri anak angkat', di mana pemberi maklumat dan ibubapa angkat diberi bayaran sehingga 10 Ribu Swedish Krona (kira-kira RM4,300) bagi seorang anak angkat yang dijaga.
8. Menteri berkenaan mungkin terkhilaf dalam perkara ini, namun masih belum terlambat untuk memperbetulkannya. Merotan anak-anak adalah diharuskan oleh agama bagi tujuan mendidik, seperti yang disebut dalam Hadis Nabi.
9. Mengapa kita mahu termakan umpan agenda Barat melalui Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang secara halus mahu umat Islam menjauhi ajaran agama dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah?
10. Cadangan ini jika dilaksanakan bakal melahirkan 'generasi besar kepala', tidak menghormati ibubapa, seterusnya membesar dengan akhlak buruk seperti yang kini berlaku di negara yang mengamalkan peraturan larangan merotan anak.
Khairul Anwar Rahmat
Pengerusi SukaGuam Malaysia
-------------------------
Siti Zailah Mohd Yusoff
Seandainya setiap ibu bapa memahami kepentingan rotan kepada anak-anak, serta mengetahui bahawa rotan ini adalah dari anjuran Rasulullah sollallahualaihiwasallam, maka sudah tentu cara ini diamalkan sepanjang masa dan ketika.
Ramai pakar motivasi yang tidak bersetuju dengan penggunaan rotan untuk mengajar anak-anak. Apakah puncanya pakar-pakar motivasi ini memandang rotan secara negatif?
Sememangnya tentu ada sebabnya yang tertentu, namun bagi kita, Rasulullah sollahu'alaihiwasallam ada menyebut tentang rotan ini dalam hadis-hadis baginda, misalnya:
رَحِمَ اللهُ عَبداً عَلَّقَ في بيتِهِ سَوطاً يُؤَدِّبُ أَهْلَهُ
(رواية الأمام السيوطي)
(Rahmat Allah kepada seseorang hamba yang menggantungkan di dalam rumahnya rotan, dengan tujuan mengajar adab dengannya akan keluarganya.)
Dalam hadis baginda yang lain ada dinyatakan:
لَأَنْ يُؤَدِّبُ أحَدُكُم ولَدَهُ بسَوطٍ خيرٌ لهُ من أن يتصدَّقَ عنه صاعٍ
ابن حجر في تحرير المقال
(Bahawa mengajar adab seseorang terhadap anaknya dengan memukulnya dengan rotan, terlebih baik dari berbuat sedekah dengan satu gantang zakat fitrah.)
Manakala hadis yang selalu kita dengar dibaca orang ialah:
مُروا الصبِيَّ بالصلوات إذا بلغَ سَبْعَ سنين وإذا بلغَ عشرَ سنين فاضرِبوا عليها
رواه أبو داود والطبراني في الكبير
(Suruh olehmu anak-anakmu dengan sembahyang ketika umur mereka 7 tahun, dan apabila telah sampai umurnya 10 tahun, maka pukul olehmu jika ia meninggalkan sembahyang.)
Berdasarkan 3 hadis di atas, anak-anak yang agak degil dengan solat ini perlu serba sedikit diadabkan dengan rotan, agar mereka sedar bahawa meninggalkan solat itu amat besar dosanya.
Rasulullah sollallahualaihiwasallam menyuruh kita mengajar adab dan akhlak dengan pemantauan secara berotan, jika kelihatan anak-anak itu dari kalangan manusia yang patuh dan taat, maka rotan tidak perlu digunakan.
Namun menggantungkan rotan di rumah masih-masing adalah tanda untuk memperingatkan anak-anak agar sentiasa ingatkan solat serta berakhlak tinggi.
Maka kesannya, sudah tentu anak-anak dapat diajar sejak dari kecil dan diadabkan dengan cara yang benar-benar mengikut aturan agama.
Namun, rotan yang dianjurkan Islam sebenarnya bukanlah rotan yang boleh mendatangkan luka atau parah. Ia adalah rotan yang bertujuan mendidik.
Pakar-pakar motivasi perlu melihat dalam ruangan yang amat positif, agar kaedah rotan ini menjadi salah satu cara terbaik yang mampu mengadabkan anak-anak.
Penulis ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

itu pasal lah dasar perjuanan pas meletakan Islam sebagai landasanya alwuran Dan sunnah rasul itu sebagai panduanya ni tidak korang amik hukum ciptaan manusia untuk mentabir malaysi jawao nya tumpo le yeop kembali lah kelandasan supaya semuanye selamat.
BalasPadam