Tentera Tembak Mortar Ke Arah Majlis Perkahwinan, 17 Maut

KANDAHAR: Seramai 17 kanak-kanak dan wanita terkorban selepas tentera Afghanistan dilapor melepaskan tembakan mortar ke arah satu majlis perkahwinan yang sedang berlangsung pada Jumaat.

Kesilapan yang dilakukan tentera Afghanistan itu dijangka akan menimbulkan kemarahan rakyat serta suasana tidak selamat.

"Anggota tentera telah melepaskan tembakan mortar ke arah satu majlis perkahwinan yang sedang berlangsung sehingga mengorbankan 17 wanita dan kanak-kanak.

"Serangan itu dilakukan selepas militan dari kawasan sama dilaporkan melakukan serangan terhadap pusat pemeriksaan tentera," kata Timbalan Gabenor Helmand, Mohammad Jan Rasoulyar.
-mstar-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan