Afdlin terganggu dengan 'Datuk' Jackie Chan

Artis terkenal Afdlin Shauki hari ini menyatakan rasa terganggunya dengan pemberian gelaran Datuk kepada pelakon aksi antarabangsa Jackie Chan.
Sambil menegaskan sukakan Chan, Afdlin bagaimanapun berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.

“...apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.

Menulis di Facebook, Afdlin berkata, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.

“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah... Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya.

Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.

Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan